23/08/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, selesai sudah Latihan Akademi KUSEL/PHDKS Siri Ke-15. Tahniah dan terima kasih kepada semua pemain yang hadir serta memberikan komitmen yang baik sepanjang sesi latihan berlangsung. ππ»π
Kita jumpa lagi pada sesi latihan yang akan datang. Jaga diri, jaga kesihatan dan teruskan semangat untuk berlatih! πͺπ»
Insya-Allah, jumpa lagi! π«‘π
22/08/2026
Tahniah Aqil Syahmi! ππ
Min ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Aqil Syahmi kerana berjaya menempatkan diri dalam skuad MSSM Selangor bagi menghadapi Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026. π²πΎπ
Semoga Aqil terus maju jaya, memberikan komitmen terbaik serta menyumbangkan tenaga dan kemahiran untuk membantu skuad MSSM Selangor mencapai kejayaan.
Teruskan berjuang dan buat yang terbaik, Syahmil! πͺπ₯
Min bangga dengan pencapaian kamu. Good luck & all the best! π«‘π
π Tahniah Muhammad Aqil Syahmi!
Tahniah kerana terpilih mewakili Pasukan Hoki L12 Negeri Selangor ke Kejohanan Hoki MSSM 2026.
Aqil Syahmi yang beraksi cemerlang sepanjang kejohanan MSSD dan MSS berjaya membuktikan beliau antara pemain yang berbakat di dalam pasukan STaKe Hockey
Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah, daerah serta Negeri Selangor.
Selamat maju jaya! πͺ
SK Tanjung Keramat
Persatuan Hoki Daerah Kuala Selangor
16/08/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, selesai sudah Latihan Akademi KUSEL/PHDKS Siri Ke-14. Tahniah dan terima kasih kepada semua pemain yang hadir serta memberikan komitmen yang baik sepanjang sesi latihan berlangsung. ππ»π
Kita jumpa lagi pada sesi latihan yang akan datang. Jaga diri, jaga kesihatan dan teruskan semangat untuk berlatih! πͺπ»
Insya-Allah, jumpa lagi! π«‘π
09/08/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, selesai sudah sesi penyerahan jersi dan latihan hoki KUSEL/PHDKS pada hari ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pemain serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan kepada Persatuan Hoki Daerah Kuala Selangor (PHDKS) selama ini.
Sokongan, komitmen dan kepercayaan daripada semua amat kami hargai. Semoga usaha kita bersama dapat terus membina dan melahirkan lebih ramai pemain hoki yang berbakat pada masa akan datang.
Insya-Allah, kita berjumpa lagi pada sesi latihan yang seterusnya.
Terima kasih dan teruskan sokongan kepada PHDKS! ππͺ
02/08/2026
Latihan Hoki KUSEL/PHDKS Siri Ke-12
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, selesai sudah Latihan Hoki KUSEL/PHDKS Siri Ke-12 bagi minggu ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pemain yang telah memberikan komitmen serta hadir dengan penuh semangat sepanjang sesi latihan. Terima kasih juga kepada para ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kepada kami.
Semoga segala usaha yang dicurahkan akan membuahkan hasil yang cemerlang. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi pada sesi latihan yang akan datang.π«‘
31/07/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, tirai Kejohanan Hoki MSS Selangor 2026 telah pun melabuhkan tirainya.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan MSSS U18 Kuala Selangor (KUSEL) atas kejayaan mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan pasukan MSSS Kuala Langat dengan keputusan 1-0 di peringkat separuh akhir.
Walaupun rezeki tidak memihak kepada KUSEL pada aksi final apabila tewas kepada juara bertahan, MSSS Klang, menerusi penentuan shoot-out selepas perlawanan yang cukup sengit, anda semua telah membuktikan semangat juang yang tinggi, disiplin yang utuh serta komitmen yang luar biasa sehingga ke wisel penamat.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pemain, barisan jurulatih, pegawai pasukan, ibu bapa serta semua penyokong yang sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan. Kejayaan meraih gelaran Naib Johan MSS Selangor 2026 adalah satu pencapaian yang amat membanggakan dan wajar dihargai.
Kalah atau menang bukanlah penamat, tetapi setiap pengalaman adalah langkah untuk membina pasukan yang lebih kuat. Teruskan berusaha, kekalkan semangat juang dan bangkit dengan lebih gagah pada kejohanan akan datang.
Tahniah KUSEL! Anda semua tetap kebanggaan Kuala Selangor. ππ
KUSEL... Terus Berjuang, Terus Melakar Kejayaan! πͺ
29/07/2026
Our Staff & Coaches β MSS Kuala Selangor (Boys U18)
Head Coach: Cikgu Syukuri Mazlan
Assistant Coach: Cikgu Ahmad Fuad
Physiotherapist: Cikgu Khumaizi Aspani
28/07/2026
Tahniah kepada Pasukan MSSS Kuala Selangor Lelaki U18 atas kejayaan melangkah ke peringkat kalah mati yang akan berlangsung pada Jumaat ini dalam Kejohanan Hoki MSS Selangor 2026.
Semoga momentum cemerlang ini dapat diteruskan di peringkat separuh akhir, seterusnya melayakkan pasukan ke perlawanan akhir dan akhirnya dinobatkan sebagai juara.
Teruskan berjuang dengan penuh semangat, disiplin dan keyakinan. Seluruh warga Kuala Selangor sentiasa mendoakan dan menyokong perjuangan anda.
Good Luck & All the Best! πͺπ