Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan SATU

Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan SATU

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan SATU, Sports, Kuala.

22/08/2026

CABARAN SATU FC BERAKHIR

Satu FC menamatkan saingan Kuala Terengganu League - KTL di pusingan 16 setelah tewas 0-1 kepada pasukan BTK FC. Biarpun tidak berjaya melangkah ke pusingan seterusnya,ia bukan pengakhiran buat pasukan ini sebaliknya ia dijadikan medan buat para pemain menimba pengalaman bagi menghadapi kejohanan akan datang.Antaranya adalah kejohanan TIG Games yang dijadualkan pada November dan juga SBAM 2027 dimana Terengganu atau lebih tepatnya SATU bakal menjadi tuan rumah.

Barisan pengurusan dan pemain menzahirkan ucapan terima kasih buat semua penyokong yang sentiasa memberikan sokongan terutamanya pengurusan SATU sendiri yang sentiasa menyokong usaha dalam melahirkan kakitangan yang aktif.




22/08/2026

⚽️ πŠπ”π€π‹π€ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐋𝐄𝐀𝐆𝐔𝐄 πŸπŸŽπŸπŸ” - π‡π€π‘πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 ⚽️

π˜½π™π™† π™π˜Ύ 𝙫𝙨 π™Žπ˜Όπ™π™ π™π˜Ύ
πŸ“† 22 OGOS 2026 - SABTU
⏰ 4.00 pm
🏟 Padang Kg Banggol Tok Ku,Serada

Ayuh sama-sama hadir memberikan sokongan buat SATU FC.Semestinya dengan sorakan padu para penyokong dapat menyuntik semangat bagi misi ke peringkat suku akhir.




21/08/2026

Cabaran SATU FC dalam Kuala Terengganu League - KTL 2026 akan diteruskan esok apabila pasukan Satu FC akan berkunjung ke Serada bagi menentang pasukan BTK FC di pusingan 16.Hadir sebagai pasukan 'underdog',Satu FC nekad untuk mempamerkan aksi terbaik bagi menempah slot ke peringkat suku akhir.

Apa yang diharapkan barisan pengurusan dan pemain Satu FC semestinya sokongan padu terutamanya di kalangan warga kerja SATU.Ayuh sama-sama berikan sokongan buat pasukan ini.




Photos from Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan SATU 's post 04/08/2026

SEJARAH YANG SATU

Syarikat Air Terenggani Sdn. Bhd baru-baru ini mencipta sejarah yang tersendiri apabila mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records bagi kategori 'Pendakian Gunung Kinabalu Berkumpulan Paling Ramai oleh Kakitangan Operator Air di Malaysia'.Majlis penyerahan sijil tersebut disempurnakan Pegawai Rasmi MBR, Encik Edwin Yeog Tiong Chin kepada Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ts. Haji Abdul Karim bin Endut sambil disaksikan Pengerusi KSKK Satu, Encik Izzul Badri bin Mohamed.

Pendakian 2 hari 1 malam ke puncak Kinabalu itu melibatkan 35 peserta terdiri dikalangan kakitangan SATU termasuk Tuan KPE sendiri yang juga merupakan Penaung KSKK Satu turut disertai 3 kakitangan wanita.KSKK turut melahirkan rasa bangga atas pencapaian ini dan menzahirkan sekalung ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan SATU atas sokongan dan tahniah buat semua pendaki dalam merealisasikan kejayaan ini.



Photos from Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan SATU 's post 23/07/2026

⛰️ KINABALU YANG SATU ⛰️

Sejarah tercipta buat KSKK dan SATU khususnya pada hari ini apabila dapat mengukir nama di puncak setinggi 4095 meter dari aras laut itu apabila kesemua peserta berjaya tiba di puncak Kinabalu.Kejayaan tersebut hadir dengan semangat yang tinggi disamping kekuatan fizikal dan mental para pendaki dalam misi memahat nama SATU.

Tiada kata yang lebih manis dapat diungkapkan selain daripada ucapan syabas dan tahniah buat para pendaki.

TAHNIAH SATU!!!



Photos from Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan SATU 's post 22/07/2026

MISI KINABALU ⛰️

Para peserta Ekspedisi Ke Gunung Kinabalu yang memulakan pendakian pda pagi tadi telah selamat tiba di Checkpoint Panabalan pada petang tadi untuk berehat sebelum meneruskan pendakian ke puncak tertinggi Asia Tenggara itu awal pagi nanti.

SIKEKKK LAGIII!!



Photos from Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan SATU 's post 21/07/2026

MISI TAKLUK KINABALU ⛰️

Seramai 35 orang peserta terdiri daripada kakitangan Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) dan 15 orang kakitangan Ladang Rakyat Terengganu (LRT) selamat tiba di Kota Kinabalu pada pagi hari ini bagi misi menakluki gunung tertinggi di Asia Tenggara,Gunung Kinabalu.

Program julung kali dianjurkan kelab ini akan diketuai Ketua Pegawai Eksekutif SATU,Ts. Haji AbdulKarim Endut dan akan memulakan pendakian ke Laban Rata seawal pagi 22 Julai 2026.

Kami mendoakan agar kesemua peserta diberikan kekuatan fizikal dan mental serta kesihatan yang baik dalam menakluki AKINABALU!! seterusnya selamat turun kembali.



Photos from Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan SATU 's post 18/07/2026

Rakaman aksi pemain dan gelagat penyokong SATU FC yang sempat dirakam pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Kuala Terengganu League - KTL petang semalam.Perlawanan tersebut turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ts. Haji AbdulKarim Endut yang hadir memberikan sokongan.

Biarpun tewas dengan jaringan 1-0 kepada Kepong FC, beliau tetap memberikan semangat dan motivasi buat pemain agar terus bangkit pada perlawanan akan datang.



17/07/2026

πŸ“£ πŒπ€π“π‚π‡ πƒπ€π˜ πŸ“£

SATU FC bakal turun dalam perlawanan menentang Kepong F.C dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Kuala Terengganu League - KTL 2026

πŸ—“οΈ 17 Julai 2026
⏰ 5.00 Petang
🏟️ Padang Banggol Tokku

SATU FC sentiasa mengharapkan sokongan daripada seluruh penyokong terutamanya di kalangan warga kerja SATU.Ayuh penuhkan venue pada petang ini dan semoga keputusan yang positif berjaya dicapai bagi megesahkan tempat ke peringkat seterusnya.



Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuala