12/08/2026
Dulu, waktu zaman persekolahan, beliau seringkali menghiasi muka depan majalah Pancing dan Sirip.. artikel2 beliau sentiasa menjadi rujukan kaki pancing sebelum munculnya media sosial
Siapa sangka, hari ini admin berpeluang menjadi guide beliau di Tasik Kenyir.. terima kasih legend kerana sudi kembali ke sini selepas 11 tahun.. semoga berjumpa lagi π«‘π€©
12.08.2026
06/08/2026
Selesai sudah tanggungjawab admin sebagai guide untuk Prostaf Daiwa China/Japan.. perasaan cemas, kagum dan gembira jelas terpancar apabila berjaya menaikkan seekor toman saiz 4kg.. lesen pertama kali memancing di Tasik Kenyir, tahniah π«‘
Terima kasih kerana sudi ke sini.. semoga berjumpa lagi
06.08.2026
30/07/2026
Penutupan sementara santuari kelah bagi tujuan penyelengaraan.. harap maklum
PENUTUPAN SANTUARI KELAH TASIK KENYIR
Dimaklumkan bahawa Santuari Kelah Sungai Petang, Tasik Kenyir akan ditutup sementara kepada semua pengunjung bermula 29 Julai 2026 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Penutupan ini adalah bagi memberi ruang kepada usaha pemuliharaan habitat dan memastikan kelestarian spesies ikan kelah serta ekosistem semula jadi di kawasan tersebut.
Kerjasama dan pemahaman semua pihak amatlah dihargai. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi KETENGAH.
25/07/2026
Produk tempatan yg sentiasa mewarnai dunia pemancing Malaysia π«‘
13/07/2026
Jelajah Lubuk edisi ke-10
Kali ini kami melangkah lebih jauh untuk mencari sejenis ikan yg sering menjadi bualan dan kontroversi di kalangan pemancing Malaysia
Saiz terbesar yg berjaya di daratkan pada trip ini, berukuran 54cm dan selebihnya hampir 17 ekor saiz muda remaja di bawah 30cm
Kalau ikutkan hati, banyak lagi yg nak dikongsikan tentang ikan ini.. namun cukup sampai di sini sahaja supaya tidak mengundang lebih banyak kontroversi.. sekian, terima kasih ππ€
γ
12.06.2026