Satu Cycling Club

Satu Cycling Club

Share

Sebuah kelab berbasikal dari Syarikat Air Terengganu yang aktif menyertai acara2 berbasikal

Photos from Satu Cycling Club's post 21/12/2022

Seramai 50 orang peserta dari SCC telah menyertai acara kayuhan Golden Monsoon Ride yang diadakan di Terengganu International Endurance Park,Setiu pada 17 Disember baru-baru ini.Acara yang menawarkan beberapa kategori perlumbaan dan "funride" itu menarik hampir 2000 penyertaan.

Program kali kedua anjuran Terengganu Incorporated itu menyajikan laluan yang mencabar buat para peserta perlumbaan mahupun funride yang berkayuh dengan suasana Monsun Timur Laut yang sedang melanda negeri pantai timur ini.

Paling mencuri tumpuan adalah kelibat seorang peserta dari SCC yang berjaya menaiki podium iaitu Ahmad Izani Mohammad setelah menamatkan perlumbaan kategori Men Masters di tempat keempat.Empat lagi peserta perlumbaan turut berjaya menamatkan kayuhan dengan cemerlang.Tahniah diucapkan.

📸 Foto Rasmi Kejohanan

Photos from Satu Cycling Club's post 27/11/2022

Semalam telah berlangsung satu acara berbasikal Fun Ride Mental Health 2022 bersempena Hari Terbuka Psikologi Negeri Terengganu.Kayuhan sejauh 40km yang bermula dan tamat di Wisma Darul Iman itu disertai beberapa ahli kelab SCC turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Terengganu,Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja.

Program kali kedua yang dianjurkan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam(AKRAB) dengan kerjasama Kelab Wisma Darul Iman disertai hampir 2000 peserta bertemakan itu diadakan bertujuan memberikan pendedahan terhadap kesihatan mental kepada para peserta.SCC sentiasa akan menyokong acara-acara berbasikal yang akan dianjurkan pada masa akan datang.

📷 Foto oleh Robi Obie

Photos from Satu Cycling Club's post 17/11/2022

Pada pagi 17 November 2022 telah diadakan satu 'Test Trek' untuk Kejohanan Terengganu Inc:International Golden Monsoon Ride 2022 yang akan berlangsung di Lembah Bidong pada pertengahan bulan Disember ini.Satu Cycling Club diwakili 4 orang peserta bersama-sama ahli kelab berbasikal dari syarikat-syarikat anak syarikat Terengganu Incorporated turut serta menguji laluan bagi acara 'offroad' yang akan dilalui para peserta pada kejohanan itu nanti.

Trek yang melalui kawasan ladang milik Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd itu sudah pasti akan memberikan cabaran yang tersendiri buat para peserta.Selamat maju jaya buat para peserta nanti.Jumpa anda disana!

Photos from Satu Cycling Club's post 07/08/2022

Beberapa orang ahli SCC tidak melepaskan peluang menyertai acara kayuhan Primula Pink Ride yang berlangsung pada 6 Ogos dengan jarak kayuhan sejauh 44km.

Acara 'funride' anjuran Hotel Primula dengan kerjasama Terengganu Polygon Cycling Team(TSG) dan Terengganu Incorporated itu turut diserikan dengan penyertaan YBM Tengku Seri Bijaya Raja yang turut berkayuh bersama lebih 800 peserta lain.

Photos from Satu Cycling Club's post 03/06/2022

Kelab SCC tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan acara 'Fun Ride' bersempena dengan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Terengganu.Kesemua wakil kelab ini berjaya menghabiskan kayuhan santai dengan jarak 25km yang bermula dan tamat di Litar Permotoran Gong Badak.

Seperti kebiasaannya,SCC akan terus menyokong acara-acara seperti ini yang akan dianjurkan kelak.

Photos from Satu Cycling Club's post 16/03/2022

Pada 12 Mac baru-baru ini,SCC turut menyertai acara kayuhan 'funride' anjuran Kelab Yayasan Terengganu sempena Sambutan Jubli Emas Yayasan Terengganu.Seramai 10 orang wakil dari SCC menyertai kayuhan sejauh 35km tersebut yang disertai hampir 1500 peserta dari dalam dan luar Terengganu yang bermula dan tamat di Dataran Pantai Batu Buruk.Kayuhan tersebut turut diserikan dengan kehadiran YBM Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang sama-sama berkayuh dengan para peserta lain.

SCC juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan syarikat atas sokongan yang diberikan kepada kelab ini untuk menyertai acara berkenaan.Kelab ini juga akan terus menyokong program kayuhan yang akan dianjurkan di negeri ini pada masa akan datang dengan membawa nama baik syarikat.

Photos from Satu Cycling Club's post 15/01/2022

Beberapa orang wakil SCC tidak ketinggalan memeriahkan program kayuhan Comor Challenge 2022 yang berlangsung di Kuala Berang pagi tadi.Kayuhan 'funride' sejauh 25km yang menyajikan suasana mendamaikan itu melalui beberapa buah kampung antara lain bertujuan mempromosikan lagi sektor pelancongan di daerah Hulu Terengganu.

Acara perlumbaan yang bermula di pekan Kuala Berang dan berakhir di Sungai Comor,Tasik Kenyir p**a menawarkan laluan pendakian yang mencabar turut disertai dua wakil SCC dan mereka berjaya menamatkan perlumbaan sejauh 50km tersebut dengan selamat.

SCC akan terus menyokong acara kayuhan berbasikal di negeri ini pada masa akan datang.

Photos from Satu Cycling Club's post 13/06/2021

Satu Cycling Club(SCC) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir dan Selamat Bersara buat Penyelia Bisnes SATU Kuala Terengganu merangkap Presiden SCC,Encik Zulkifli Ab Rani.SCC ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan beliau sepanjang bersama SCC selama ini.Semoga terus maju jaya dalam apa jua bidang yang akan diceburi selepas ini dan berbahagia disamping keluarga tercinta.

Photos from Satu Cycling Club's post 03/09/2020

Sempena sambutan Hari Malaysia,tiga acara kayuhan basikal berkonsep “Funride” akan diadakan serentak pada hari tersebut.
Warga SCC sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai acara-acara tersebut yang akan menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah.Daftar sekarang!!



🇲🇾🇲🇾🚴🏽‍♂️🚴🏽‍♂️

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Terengganu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Terengganu.
Kuala Terengganu
20400