11/07/2026
📌 Looking for Accredited HRD Corp Trainer?
I'm Hamirudin Hamidi, an Accredited HRD Corp Trainer (7299) with over 25 years of experience in corporate training, motivation, leadership, team building, stress management, communication, and personal development.
My sessions are practical, interactive, and delivered in Bahasa Malaysia, which is designed to inspire participants and create lasting workplace impact.
📍 Available for in-house training across Malaysia.
📞 WhatsApp: wa.me/60123978743
If you're planning a training programme or know an organisation looking for a trainer, I'd truly appreciate the opportunity to contribute.
07/07/2026
Program team building bersama Casa Cambini, sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan pendidikan tadika dan mempunyai banyak cawangan. Semua peserta nyata rasa ceria menjalani program ini 😁
Hubungi saya sekarang untuk mengadakan program seceria ini ☺️
wa.me/60123978743
07/07/2026
🔥 UPGRADE TEAM ANDA SEKARANG!🔥
Bangkitkan Semangat Juang Pasukan Anda bersama Coach Amir!
Ingin pasukan anda lebih padu, bersemangat dan saling menyokong? Sertai program team building yang fun, bertenaga dan penuh makna bersama Coach Amir, Trainer Bertauliah HRD Corp (7299)!
🎯 Apa yang anda bakal alami?
- Aktiviti kolaboratif yang menguji komunikasi & strategi
- Modul direka khas mengikut keperluan organisasi anda
- Suasana ceria, penuh gelak tawa dan refleksi mendalam
- Pengalaman yang akan dikenang dan diceritakan semula!
📌 Maklumat Program:
- Trainer: Coach Amir, Trainer Bertauliah HRD Corp (7299)
- Lokasi: In-house di lokasi pilihan syarikat anda (pejabat/hotel)
- Tarikh:
- Isnin hingga Jumaat – program sehari atau dua hari
- Sabtu & Ahad – program dua hari
- Jumlah Peserta: Sehingga 50 orang
- Kos Latihan: Tuntutan Levi HRD Corp atau tajaan syarikat anda atau LO (jabatan kerajaan)
- Bahasa Pengantar: 100% dalam Bahasa Melayu
📲 Hubungi sekarang untuk tempahan dan pertanyaan:
📧 [email protected]
📱 WhatsApp : 0123978743
wa.me/+60123978743
WhatsApp SEKARANG!!! ☺️
02/07/2026
🔥 UPGRADE TEAM ANDA SEKARANG!
Bangkitkan Semangat Juang Pasukan Anda bersama Coach Amir!
Ingin pasukan anda lebih padu, bersemangat dan saling menyokong? Sertai program team building yang fun, bertenaga dan penuh makna bersama Coach Amir, Trainer Bertauliah HRD Corp (7299)!
🎯 Apa yang anda bakal alami?
- Aktiviti kolaboratif yang menguji komunikasi & strategi
- Modul direka khas mengikut keperluan organisasi anda
- Suasana ceria, penuh gelak tawa dan refleksi mendalam
- Pengalaman yang akan dikenang dan diceritakan semula!
📌 Maklumat Program:
- Trainer: Coach Amir, Trainer Bertauliah HRD Corp (7299)
- Lokasi: In-house di lokasi pilihan syarikat anda (pejabat/hotel)
- Tarikh:
- Isnin hingga Jumaat – program sehari atau dua hari
- Sabtu & Ahad – program dua hari
- Jumlah Peserta: Sehingga 50 orang
- Kos Latihan: Tuntutan Levi HRD Corp atau tajaan syarikat anda atau LO (jabatan kerajaan)
- Bahasa Pengantar: 100% dalam Bahasa Melayu
📲 Hubungi sekarang untuk tempahan dan pertanyaan:
📧 [email protected]
📱 WhatsApp : 0123978743
wa.me/+60123978743
WhatsApp SEKARANG!!! ☺️
02/07/2026
Selepas melalui fasa-fasa sukar sebab terkena sakit dan siap masuk wad dulu, saya boleh buat kesimpulan bahawa banyak dugaan kesihatan berpunca daripada pemakanan yang salah!
Nabi Muhammad ﷺ jugak pernah bersabda bahawa "Tidak ada bekas yang diisi oleh anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya..." (Riwayat Jami' al-Tirmidhi dan Sunan Ibn Majah).
Sejak tu, saya belajar bahawa bukan semua makanan yang sedap membawa kebaikan pun. Ada kalanya lidah kita memang sedap lah menikmati, tapi badan yang tanggung akibatnya. Tengok sajalah makanan viral zaman sekarang yang ada dalam media social tu..
Hari ni saya pilih makanan sebagai penawar, bukan sekadar memuaskan selera. Kesihatan yang baik adalah berpunca daripada setiap suap yang kita pilih.
So, berhati-hati lah ya..
01/07/2026
𝗗𝘂𝗹𝘂 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁, 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸.
Salam Cemerlang!
Masa muda dulu, saya pernah kerja kuat sangat sampai demam seminggu. Masa tu saya kerja sebagai kru di A&W Jalan TAR.. Masa tu umur 16 tahun.. Pernah!
Saya fikir, kalau saya bagi komitmen 100%, orang mesti la hargai, kan... Store Manager saya mesti akan pandang saya kan.. Rupanya tak!
Rupanya hidup tak semudah tu..
Ada masa kita kerja betul-betul, tapi nama kita langsung tak disebut pun
Tapi beberapa tahun lepas tu, saya sedar pasal sesuatu...
Usaha yang ikhlas mungkin tak dibalas oleh manusia pada hari ini, tetapi ia tengah bentuk diri kita untuk peluang yang lagi besar pada masa depan 🤩
Kalau hari ni usaha anda still belum dipandang, janganlah terus nak berenti!
Pokok yang paling kuat pun ambil masa bertahun-tahun sebelum orang boleh berteduh kat bawahnya, kan..
Teruskan berjalan! Allah tak pernah mensia-siakan tiap langkah yang ikhlas.
— Coach Amir
01/07/2026
Dulu saya pernah benar-benar berharap dapat menyertai dan memimpin sebuah organisasi yang saya kagumi.
Saya berusaha memohon, menunggu dan berdoa agar diberikan peluang, namun akhirnya rezeki itu tidak menjadi milik saya.
Sejujurnya, ketika itu saya memang kecewa. Saya tertanya-tanya mengapa pintu itu tidak terbuka untuk saya.
Kini, selepas 25 tahun berlalu, saya semakin memahami bahawa setiap organisasi mempunyai perjalanan, cabaran dan keutamaan yang tersendiri.
Begitu juga dengan kehidupan kita. Tidak semua impian yang tidak tercapai bermaksud kita gagal.
Kadang-kadang, ia sekadar petunjuk bahawa Allah sedang menyediakan laluan yang lebih sesuai dengan kemampuan dan peranan kita.
Apabila saya menoleh ke belakang, saya bersyukur dengan perjalanan yang telah Allah aturkan.
Pengalaman yang saya lalui, insan yang saya temui dan peluang untuk memberi manfaat kepada orang lain mungkin tidak akan saya kecapi jika jalan hidup saya berbeza.
Ia mengingatkan saya kepada seorang yang terlepas menaiki sebuah bas. Dia kecewa kerana bas itu bergerak tanpa dirinya. Namun beberapa kilometer kemudian, bas itu rosak di tengah jalan.
Rupa-rupanya, kelewatan yang disangka malang sebenarnya adalah satu bentuk perlindungan.
Sebab itu, jika ada impian yang belum menjadi kenyataan, jangan terlalu cepat menyalahkan takdir.
Percayalah, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Ada yang kita sangka kehilangan, rupa-rupanya itulah rahmat yang hanya difahami apabila masa telah berlalu. 💛