Friends Of PDRM

Friends Of PDRM

Share

Cerita tentang PDRM. Info, Gambar, Video. Serious, Sedih, Gembira, Lucu dan banyak lagi..

17/08/2026

Selesai tugas harini . Flower Of Central 🌼✨

16/08/2026

Jarang jarang muncul.
sut yang dipakai anggota Unit Pemusnah Bom (UPB).
Siapa tahu berapa jumlah berat dia? 😎

15/08/2026

Dalam perjalanan ke Lembah Bidong, Setiu bagi Latihan Ulang Kaji (LUK) Bom Asap, anggota FRU Unit 6 Terup dan Water Cannon 6C terserempak dengan kemalangan di Exit Highway Gemuruh.

Sebuah kenderaan terbabas dan terbalik, melibatkan sebuah keluarga. Anggota FRU bertindak pantas memberikan bantuan serta membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan.

Sedia Berkhidmat, Sedia Membantu. 🚨

15/08/2026

Mohon bincangkan.
Jangan gaduh gaduh ye. 😎

15/08/2026

Nanti boleh bercerita
"Ayah dulu..." 😁

🎥 Mat Yehh

15/08/2026

“Jangan terlalu mengejar rezeki, tetapi kejarlah Pemberi Rezeki.” Farid Syazwan

15/08/2026

Nampak macam senang kan?
Hakikat sebenar. 😅

Photos from Friends Of PDRM's post 14/08/2026

Saya dan seluruh keluarga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih kepada dua anggota MPV dari IPD Timur Laut, Kpl Siva dan Konst Jerico, atas bantuan pantas, keprihatinan serta tindakan profesional yang diberikan ketika kami sekeluarga berada dalam keadaan kecemasan.

Pada hari kejadian, anak saya, Muhamad Faaeq bin Muhamad Fitri Zuhaili, secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di rumah. Dalam keadaan yang sangat cemas dan panik, kami terus bergegas membawanya ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Namun apabila tiba di sekitar persimpangan Jalan Yeap Chor Ee / Jalan Masjid Negeri, keadaan trafik ketika itu amat sesak dan pergerakan kenderaan sangat perlahan. Dalam keadaan kami yang benar-benar buntu dan hanya memikirkan keselamatan anak, kami ternampak sebuah kenderaan MPV Polis yang sedang menjalankan tugas.

Kami terus menghampiri anggota tersebut dan memohon bantuan.

Tanpa berlengah walau sesaat, Kpl Siva dan Konst Jerico terus memberikan bantuan dengan mengiringi kenderaan kami menggunakan kenderaan MPV sehingga kami selamat tiba di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Pulau Pinang.

Apa yang lebih menyentuh hati kami, bantuan mereka tidak terhenti setakat membawa kami ke hospital sahaja.

Setibanya di Jabatan Kecemasan, Kpl Siva sendiri segera mendapatkan kerusi roda dan membantu membawa anak kami masuk untuk mendapatkan rawatan. Melihat kami sekeluarga berada dalam keadaan sangat panik, beliau turut membantu mendapatkan petugas perubatan dan memaklumkan keadaan kecemasan anak kami kepada doktor yang bertugas agar tindakan segera dapat diberikan.

Beliau turut membantu mendapatkan perhatian Dr Aou Tze Yang bagi memastikan keadaan anak kami dinilai secepat mungkin. Disebabkan keadaan anak kami yang serius, beliau kemudiannya terus dibawa ke Zon Merah untuk menerima rawatan lanjut.

Sepanjang detik yang amat mencemaskan itu, kedua-dua anggota berkenaan bukan sahaja melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota polis, malah turut berada di sisi kami, membantu apa yang termampu dan memberikan kata-kata semangat ketika kami sekeluarga benar-benar berada dalam keadaan tidak menentu.

Sebagai ibu bapa, kami tidak akan melupakan jasa dan keprihatinan Kpl Siva dan Konst Jerico. Pada saat kami sangat memerlukan pertolongan, mereka hadir dan membantu tanpa banyak soal serta tanpa mengira penat ketika sedang menjalankan tugas.

Kami sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan anak kami sekiranya pada waktu tersebut kami tidak bertemu dengan kedua-dua anggota ini dan terpaksa terus berdepan dengan kesesakan lalu lintas dalam keadaan anak yang tidak sedarkan diri.

Bagi kami, tindakan pantas mereka telah membantu memastikan anak kami mendapat rawatan kecemasan dengan secepat mungkin dan mengelakkan keadaan daripada menjadi lebih buruk.

Terima kasih Kpl Siva dan Konst Jerico.

Terima kasih kerana bukan sekadar menjalankan tugas, tetapi menunjukkan nilai kemanusiaan, keprihatinan, tanggungjawab dan semangat “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” dalam erti kata yang sebenar.

Kami sekeluarga mendoakan semoga segala jasa baik dan bantuan yang diberikan mendapat balasan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa dilindungi ketika menjalankan amanah kepada masyarakat dan negara.

Kami juga berharap agar pihak kepimpinan PDRM, khususnya IPD Timur Laut, dapat mengetahui dan menghargai tindakan terpuji kedua-dua anggota ini kerana sikap serta tindakan seperti inilah yang meningkatkan keyakinan dan penghormatan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia.

Jasa kalian akan sentiasa kami kenang.

Terima kasih, Kpl Siva dan Konst Jerico, MPV IPD Timur Laut.
Salute dan penghargaan daripada kami sekeluarga. 🇲🇾👮‍♂️

14/08/2026

Apa komen korang?

14/08/2026

Perhimpunan Bulanan Ogos KPD Sepang 💪🏻

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


PWTC
Kuala Lumpur
50480