Jorankl

Jorankl

Share

Jelajah Pancing Kuala Lumpur Menganjurkan Pertandingan Memancing, Larian, Xplorace, Basikal, Karnival selain bertindak sebagai media

Photos from Jorankl's post 03/08/2026

OAG Taja Selangor Surfcasting Challenge, Tawar Harga Istimewa kepada Peserta

OAG Worldwide Sdn. Bhd. tampil sebagai penaja Selangor Surfcasting Challenge yang akan berlangsung pada Ahad ini. Penyertaan ini bertujuan memperkenalkan dan mengukuhkan jenama OAG dalam kalangan komuniti kaki pancing, khususnya peminat aktiviti memancing pantai.

Sepanjang acara, OAG akan membuka reruai pameran dan jualan dengan menawarkan pelbagai produk peralatan memancing pantai pada harga istimewa khas untuk peserta yang hadir. Pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat rangkaian produk OAG yang sesuai digunakan untuk aktiviti surfcasting.

Sebagai tanda sokongan kepada pertandingan, barangan tajaan untuk cabutan bertuah telah diserahkan oleh Mr. Adam Ho Wei Guang, Ketua Pegawai Pemasaran OAG Worldwide Sdn. Bhd. Sumbangan ini diharap dapat memeriahkan acara serta mengeratkan hubungan OAG dengan komuniti pemancing tempatan... Jumpa anda ahad ni... Pacakkk

Photos from Jorankl's post 02/08/2026

Tinggal 6 hari lagi!
Semangat kaki pancing, jangan biarkan ia pudar! Ayuh kita turun memeriahkan suasana. Semoga kali ini rezeki memihak kepada semua dengan tarikan ikan yang padu!
Jangan lupa, selain memburu hasil, marilah kita sama-sama menjaga kebersihan Tanjung kita. Bawa p**ang sampah, tinggalkan hanya kenangan indah dan semangat persaudaraan.
Pacakk lagi! Strike biar padu, Tanjung kekal bersih

Photos from Jorankl's post 01/08/2026

Tinggal 7 hari lagi!
Semangat kaki pancing, jangan biarkan ia pudar! Ayuh kita turun memeriahkan suasana. Semoga kali ini rezeki memihak kepada semua dengan tarikan ikan yang padu!
Jangan lupa, selain memburu hasil, marilah kita sama-sama menjaga kebersihan Tanjung kita. Bawa p**ang sampah, tinggalkan hanya kenangan indah dan semangat persaudaraan.
Pacakk lagi! Strike biar padu, Tanjung kekal bersih!

Photos from Jorankl's post 31/07/2026

Tinggal 8 hari lagi!

Semangat kaki pancing, jangan biarkan ia pudar! Ayuh kita turun memeriahkan suasana. Semoga kali ini rezeki memihak kepada semua dengan tarikan ikan yang padu!

Jangan lupa, selain memburu hasil, marilah kita sama-sama menjaga kebersihan Tanjung kita. Bawa p**ang sampah, tinggalkan hanya kenangan indah dan semangat persaudaraan.

Pacakk lagi! Strike biar padu, Tanjung kekal bersih!

Photos from Jorankl's post 31/07/2026

TANJUNG HARAPAN KEMBALI MENCARI JUARA LAGI...PACAKKK!!

Pada edisi tahun lalu, lebih 300 ekor ikan pelbagai spesies berjaya didaratkan. Tempat pertama dimenangi Rostam Ibrahim, 50, dari Pekan, Pahang yang menaikkan ikan senangin seberat 2.285 kilogram menggunakan umpan udang hidup, sekali gus membuktikan potensi besar Tanjung Harapan sebagai antara lokasi surfcasting terbaik di Selangor....JUMPA ANDA 9 OGOS 2026 NANTI....PACAKKK!!

Photos from Jorankl's post 30/07/2026

Tanjung Harapan diangkat hab pelancongan memancing menerusi Selangor Surfcasting Challenge 2026

Penganjuran kali ini memasuki tahun kedua kerjasama strategik antara MBDK dan Kail Kota Events selepas kejayaan edisi sulung tahun lalu yang mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti pemancing. Kesinambungan itu mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk menjadikan Selangor Surfcasting Challenge sebagai acara tahunan utama dalam kalendar pelancongan dan sukan memancing negeri ini.

Ahli Majlis MBDK, Lee Fu Haw berkata, pertandingan itu bukan sekadar platform menghimpunkan komuniti pemancing, malah menjadi medium terbaik mempromosikan Tanjung Harapan sebagai destinasi pelancongan berasaskan rekreasi dan aktiviti luar.

Menurutnya, Tanjung Harapan memiliki kelebihan tersendiri dengan panorama Selat Melaka, kemudahan awam yang semakin lengkap, landskap pesisir yang menarik serta lokasi memancing yang terkenal dengan kepelbagaian spesies ikan. JUMPA ANDA 9 OGOS 2026 NANTI....PACAKKK!!

Photos from Jorankl's post 30/07/2026

MOGA ADA REZEKI UNTUK ANDA!!
Pada 9 Ogos 2026 di Tanjung Harapan, Port Klang, air dijangka surut sekitar 8:44 pagi dan pasang sekitar 2:29 petang. Jika anda mula memancing pada 9:00 pagi, anda akan memancing ketika air baru mula bergerak naik selepas surut. Keadaan ini biasanya menandakan arus mula hidup semula dan ikan mula keluar mencari makan.

Bagi pemancing surfcasting, tempoh 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari sering dianggap sebagai waktu yang baik kerana arus semakin kuat dan membawa makanan ke kawasan pantai. Peluang untuk menaikkan spesies seperti gelama, duri, sembilang, gerut-gerut, dan jika bernasib baik senangin atau pari, adalah lebih tinggi berbanding ketika air benar-benar mati.

Untuk meningkatkan peluang, sebaiknya tiba sekitar 8:00 hingga 8:30 pagi supaya sempat menyediakan peralatan sebelum air mula pasang. Gunakan umpan seperti udang hidup, udang kopek atau perumpun, dan cuba baling ke kawasan alur atau paloh yang menjadi laluan ikan. Teruskan memancing sehingga hampir waktu air pasang penuh kerana kebiasaannya aktiviti ikan semakin aktif apabila air semakin naik.

Photos from Jorankl's post 30/07/2026

Cabaran surfcasting
Perlu sabar kerana kadang-kadang lama menunggu.
Cuaca dan pasang surut sangat mempengaruhi hasil.
Balingan yang jauh dan tepat mengambil masa untuk dikuasai.

Kalau anda baru nak cuba, tak semestinya perlu baling sejauh 150 meter. Banyak ikan makan di kawasan 30–70 meter dari pantai jika lokasi dan waktu dipilih dengan betul....betul tu....belajar dengan sifu atau mereka yang berpegalaman...pacakkk!!!

Photos from Jorankl's post 30/07/2026

SEMUANYA UNTUK KEMUDAHAN ANDA.
Mana lagi Ke Tanjung le kita minggu depan...Pacakkk

Terima kasih kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan Kail Kota Events atas penyediaan 4 unit tandas bergerak demi keselesaan semua peserta Selangor Surfcasting Challenge 2026.

Kini giliran kita p**a untuk memainkan peranan. Gunalah kemudahan yang disediakan dengan sebaiknya dan jagalah kebersihan kawasan Tanjung Harapan. Bersama-sama kita buktikan bahawa komuniti kaki pancing bukan sahaja hebat di gelanggang, malah berdisiplin dan bertanggungjawab menjaga alam sekitar.

"Kemudahan disediakan, kebersihan tanggungjawab bersama." Terima kasih dan selamat bertanding!

Photos from Jorankl's post 30/07/2026

OK TU......MULA JAM 8.30 PAGI HINGGA 12.30 TGH
TANJUNG HARAPAN SENTIASA DIHATI KAKI PANCING TIDAK KIRA PAGI ATAU MALAM. ADA PEMINATNYA...ADA GAME TAKKAN TENGOK JE...KASI PACAK SATU KALI........ZASSSSS...

Jika pertandingan bermula pagi (sekitar 7.00–8.00 pagi), air sedang menurun menuju surut. Ikan masih aktif sekitar 1–2 jam sebelum surut penuh, kemudian aktiviti biasanya perlahan ketika air mati.
Jika pertandingan bermula selepas tengah hari, keadaan lebih baik kerana air mula naik semula menuju pasang 2:29 petang. Waktu ini selalunya lebih produktif untuk ikan pemangsa.
Spesies yang berpotensi dinaikkan

Di Tanjung Harapan pada keadaan air seperti ini, spesies yang sering diperoleh ialah:

Siakap (terutama ketika air mula bergerak naik).
Senangin.
Gelama.
Duri.
Sembilang.
Belukang.
Daun baru.
Kitang.
Jika rezeki, pari kecil atau ebek juga boleh muncul.
Umpan yang disyorkan
Udang hidup atau udang kopek.
Perumpun.
Hirisan sotong.
Ikan tamban atau selar hidup (untuk memburu siakap dan senangin).

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Lumpur
55300