MENJELANG TEMASYA SUKAN ASIA AICHI-NAGOYA 2026
KHAIRULNIZAM KEMBALI BERLAYAR, SEDIA GALAS CABARAN DI AICHI-NAGOYA
Majlis Sukan Negara Malaysia
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
Bukit Jalil
02/09/2026
3 HARI LAGI! 🇲🇾🔥
Semakin dekat, semakin terasa debarannya!
Ayuh kita bersama memberikan sokongan buat para atlet yang bakal berjuang.
01/09/2026
LAWATAN TIMBALAN CHEF DE MISSION (DCDM) TEMASYA SUKAN ASIA AICHI-NAGOYA 2026 KE PUSAT LATIHAN SUKAN PELAYARAN
Timbalan Chef de Mission (CDM) Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, YBrs. Encik Mohd Azlan Iskandar bersama YBrs. Cik Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, mengadakan lawatan ke pusat latihan skuad pelayaran negara di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi.
Lawatan ini menjadi platform untuk mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai perkembangan semasa atlet, di samping memahami persiapan serta fokus utama pasukan menjelang fasa akhir sebelum berangkat ke Jepun.
Seramai 14 atlet bakal menggalas cabaran negara dalam kempen pelayaran yang dijadualkan berlangsung dari 26 September hingga 3 Oktober 2026 di Kaiyoh Yacht Harbor, Jepun.
TEAM MALAYSIA | ROAD TO AICHI-NAGOYA 2026
Jurulatih Pasukan Sepak Takraw Kebangsaan, Ahmad Jais Baharun menitipkan kata-kata semangat buat barisan atlet yang bakal membawa cabaran negara di pentas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Beliau menyeru setiap atlet untuk kekal fokus, menjaga disiplin serta memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang fasa persiapan dan ketika turun bertanding nanti.
Setiap latihan, setiap pengorbanan dan setiap usaha hari ini adalah langkah menuju satu matlamat membawa pulang kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia.
Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bakal membuka tirai pada 19 September hingga 4 Oktober 2026.
01/09/2026
TAKLIMAT PERSIAPAN KONTINJEN MALAYSIA KE SUKAN ASIA DAN PARA ASIA AICHI-NAGOYA 2026
YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan hari ini hadir dalam Sesi Taklimat Persiapan Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia dan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.
Taklimat ini diadakan bagi membincangkan persiapan dan pergerakan Kontinjen Malaysia ke Aichi-Nagoya 2026, di samping perancangan awal menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28), termasuk pemetaan atlet berpotensi dan laluan kelayakan mengikut sukan.
Berdasarkan unjuran awal, antara 25 hingga 28 atlet berpotensi layak ke LA28, tertakluk kepada prestasi dan proses kelayakan masing-masing. Perancangan ini turut mengambil kira peluang baharu dengan skuasy bakal membuat penampilan sulung sebagai sukan Olimpik di LA28.
Bagi Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, seramai 356 atlet bersama 185 jurulatih dan pegawai akan mewakili negara dalam 30 jenis sukan, 40 disiplin dan 158 acara.
Sasaran pingat Kontinjen Malaysia akan diumumkan pada 8 September 2026 sempena Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Temasya Sukan Asia dan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.
Turut hadir sama, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS, dan YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN.
01/09/2026
4 HARI LAGI! 🇲🇾🔥
4 hari lagi sebelum Para SUKMA Selangor 2026 membuka tirai.
Bersama-sama kita nantikan perjuangan mereka dalam usaha mengharumkan nama negeri serta negara.
31/08/2026
SYABAS & TAHNIAH, JUARA DUNIA!
Tahniah diucapkan kepada Noor Askuzaimey Mat Salim atas kejayaan luar biasa apabila dinobatkan sebagai Juara Dunia dalam acara Boccia BC4 Female Individual di Seoul 2026 World Boccia Championships!
Satu pencapaian yang cukup membanggakan dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia! Teruskan melakar kejayaan, mencipta inspirasi dan mengangkat nama Malaysia lebih tinggi!
31/08/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! 🇲🇾
Ayuh kita semarakkan semangat patriotisme dan bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, perpaduan serta kecintaan kepada tanah air tercinta.
“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”
Daripada seluruh warga Majlis Sukan Negara Malaysia, Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
Malaysia, tanah airku!
31/08/2026
5 HARI LAGI! 🇲🇾🔥
Debaran kian terasa menjelang Para SUKMA Selangor 2026.
Ayuh bersama-sama kita nantikan aksi dan semangat juang atlet para terbaik negara!
MENJELANG TEMASYA SUKAN ASIA AICHI-NAGOYA 2026
JUWAIDI BURU PINGAT ACARA INDIVIDU, TRIO RECURVE WANITA MAHU CIPTA KEJUTAN
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
Kuala Lumpur
57000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |