10/07/2026
FAQ KURSUS KAHWIN YANG RAMAI BAKAL PENGANTIN SELALU TANYA β PART 2
Sambungan FAQ sebelum ini.
Ramai juga pasangan dan bakal pengantin nak tahu pasal perkara-perkara ni.
Soalan nombor 4 ni adalah perkara yang paling banyak Urus Setia terima setiap minggu.
Q1: Siapa yang layak masuk kursus kahwin?
Kursus kahwin ini TERBUKA BUKAN HANYA kepada bakal pengantin sahaja.
Ianya juga terbuka kalau korang masih SOLO, masih BUJANG atau MASIH BELUM nak kahwin.
Juga kat korang yang sudah ada pasangan - tetapi masih belum ada tarikh nikah.
Korang boleh ambil peluang sertai kursus kahwin dan dapatkan sijil kursus kahwin awal-awal.
Ini kerana sijil kursus kahwin ini TIADA EXPIRY DATE.
Kalau korang dapat sijil kursus kahwin nanti, simpan elok-elok sampai korang sampai jodoh atau nak nikah nanti.
Q2: Boleh ke datang kursus kahwin seorang diri tanpa pasangan.
BOLEH JE. Tak ada masalah.
Boleh datang seorang.
Tapi paling bagus datang berdua supaya ada perkara penting perkahwinan yang pasangan terus boleh bincang kat situ.
Kalau ada masalah atau kemusykilan, dua-dua boleh terus mengadap penceramah minta nasihat dan solusi.
Jadi, banyak perkara yang boleh selesai sebelum pasangan melangkah keluar dari sewan kursus kahwin.
Q3: Dokumen apa yang saya perlu bawa bila hadir kursus kahwin?
Tak perlu bawa dokumen itu ini. Cukup bawa IC atau PASSPORT asal sahaja.
Q4: Nak pakai macam mana bila hadir kursus kahwin nanti?
Tak susah.
Peserta lelaki β KASUAL dan SOPAN. Tapi dilarang pakai cap, topi, subang, gelang, rantai atau pakai jeans lusuh
Peserta perempuan β SOPAN dan TUTUP AURAT. Wajib bertudung (paling bagus kalau berbaju kurung atau berjubah). Dan dilarang pakai seluar dan pakaian ketat).
-----
Daftar awal, dan nikmati proses menuju hari bahagia awak dengan tenang tanpa rasa terburu-buru.
WhatsApp kami sekarang untuk semak tarikh & slot Kursus Kahwin Danau Kota.
Jom mulakan langkah pertama menuju rumah tangga yang bahagia! π€
---
WhatsApp bila-bila masa: 013 4133343 (LINK WHATSAPP, https://kursuskahwindanaukota.wasap.my)
Laman web: Kursus kahwin Danau Kota, www.KursusKahwin.net
07/07/2026
NAK KAHWIN TAPI TAK TAHU NAK MULA DARI MANA?
Ramai bakal pengantin bila tarikh nikah sudah mula dibincangkan, apa yang terbayang dalam fikiran adalah kesibukan nak siapkan:
+ Baju nikah.
+ Pelamin.
+ Dewan.
+ Katering.
+ Fotografer.
+ Door gift.
+ Kad kahwin.
Ya, semua itu memang penting.
Tapi di samping sibuk fikir tentang majlis, ada satu perkara yang sepatutnya diselesaikan awal-awal - iaitu KURSUS KAHWIN.
Sebab selepas kursus kahwin, barulah bakal pengantin lebih mudah menyusun perkara-perkara lain seperti sijil kursus, borang nikah, HIV test, dokumen wali, salinan IC, permohonan kebenaran nikah dan urusan pejabat agama.
MASALAH yang sinonim dengan ramai bakal pengantin adalah bertangguh-tangguh join kursus kahwin sebab fikir:
βNanti dululah.β
βTarikh nikah lambat lagi.β
βBila dah dekat nanti baru daftar.β
βKita settle majlis dulu.β
Akhirnya, bila tarikh nikah makin dekat, semua benda datang serentak.
+ Kursus kahwin belum ambil.
+ Sijil belum ada.
+ Borang nikah belum siap.
+ HIV test belum buat.
+ Dokumen belum lengkap.
+ Pasangan p**a sibuk kerja.
Sebab itu, langkah paling bijak ialah ambil kursus kahwin awal-awal.
Bila kursus kahwin sudah selesai, Insya-Allah perjalanan persediaan majlis perkahwinan jadi lebih mudah.
Janji SIJIL KURSUS KAHWIN dan SURAT KEBENARAN BERKAHWIN dah ada dalam tangan.
Tak gitu?
----
Untuk bakal pengantin sekitar Danau Kota, Setapak, Wangsa Maju, Gombak, Keramat dan Kuala Lumpur, pendaftaran Kursus Kahwin Danau Kota kini dibuka.
WhatsApp 013 4133343 untuk semak tarikh dan slot (LINK WHATSAPP, https://kursuskahwindanaukota.wasap.my).
Laman web, www.KursusKahwin.net
06/07/2026
TARIKH NIKAH DAH ADA, TAPI KURSUS KAHWIN BELUM AMBIL?
Tahniah dulu β kalau tarikh nikah dah ada, itu satu perkara besar yang dah settle!
Tapi boleh saya kongsi sikit realiti yang ramai bakal pengantin lain lalui?
Bila tarikh dah confirm, hati jadi lega. Fikir dalam hati:
"Ok lah, tarikh dah ada. Kursus kahwin boleh settle nanti-nanti."
Dan biasanya... dari situlah tekanan mula menyusup masuk perlahan-lahan.
Bila hari makin dekat, baru perasan banyak benda tergantung:
π Kursus kahwin β belum ambil
π Sijil β belum ada
π Borang nikah β belum lengkap
π HIV test β belum buat
π Dokumen wali β belum disusun
π Permohonan kebenaran nikah β belum dihantar
Last-last, apa yang sepatutnya proses tenang, jadi kelam-kabut last minute. Dan ini bukan cerita luar biasa β ini realiti biasa yang saya lihat berulang kali.
Jadi kalau korang tengah baca ini... ini tanda baik untuk mula bertindak awal. π
Kenapa kursus kahwin perlu diutamakan dulu?
Sebab ia bukan sekadar "syarat wajib" β ia langkah pertama untuk awak dan pasangan faham:
βοΈ Persediaan rumah tangga
βοΈ Prosedur perkahwinan yang betul (cara memohon kebenaran berkahwin)
βοΈ Tanggungjawab selepas akad nikah
Bila kursus ni dah selesai awal, satu benda besar dalam checklist dah settle. Lepas tu, awak boleh fokus lebih tenang untuk urusan lain β borang, dokumen, HIV test, dan persiapan majlis.
Untuk korang yang berada sekitar Danau Kota, Setapak, Wangsa Maju, Gombak, Keramat & Kuala Lumpur** β jangan tunggu tarikh terlalu hampir baru nak cari slot.
Daftar awal, urus dengan tenang, dan nikmati proses menuju hari bahagia awak tanpa rasa terburu-buru.
WhatsApp kami sekarang untuk semak tarikh & slot Kursus Kahwin Danau Kota.
Jom mulakan langkah pertama menuju rumah tangga yang bahagia! π€
---
KLIK link WhatsApp di https://kursuskahwindanaukota.wasap.my
Laman web: www.KursusKahwin.net
29/06/2026
TARIKH NIKAH DAH SET - TAPI RAMAI BAKAL PENGANTIN ALAMI PERKARA-PERKARA YANG BOLEH BAWA STRESS SEBEGINI
Kalau korang nak tahu, ini antara kes-kes yang kerap berlaku kepada bakal pengantin:
1. Dah set siap-siap tarikh nikah tapi last minit baru nak memohon kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama Islam Negeri atau Daerah.
2. Lengah-lengah nak sediakan atau lengkapkan semua dokumen wajib untuk memohon kebenaran berkahwin - terutama DOKUMEN WALI bagi bakal pengantin perempuan.
3. Tak tahu siapa wali. Apa yang bakal pengantin perlu lakukan?
4. Tak tahu wali ada kat mana. Apa yang bakal pengantin perlu lakukan?
5. Ada juga kes WALI ENGGAN. Apa yang bakal pengantin perlu lakukan?
6. Pengantin perempuan baru tahu dia adalah anak tak sah taraf. Jadi, apa perlu dia lakukan?
7. Tak tahu proses sebenar permohonan kebenaran berkahwin. Terutama kalau NIKAH BERLAINAN NEGERI. Tak susah kalau tahu caranya.
8. Tarikh nikah makin dekat tapi belum ada sijil kursus kahwin. Jadi mula kelam-kabut cari tempat kursus kahwin.
9. Tak tahu sistem dan CARA ISI BORANG PERMOHONAN ONLINE untuk kebenaran berkahwin.
10. Tunggu pasangan yang uruskan semua perkara. Sedangkan kedua-dua pihak kena mainkan peranan. Kalau seorang sahaja yang aktif mencari maklumat, proses boleh jadi lambat dan stress.
11. Pilih tarikh tanpa tengok jadual kerja. Ada bakal pengantin yang hanya sedar kemudian bahawa mereka tidak boleh hadir pada hujung minggu. Sebab itu pilihan 'KURSUS KAHWIN HARI BEKERJA' (Rabu & Khamis) juga penting untuk mereka yang susah cuti Sabtu dan Ahad.
12. Tak simpan 'NOMBOR HANDPHONE PENCERAMAH'. Jika tersangkut sewaktu proses memohon kebenaran berkahwin, nombor handphone penceramah adalah 'TALIAN HAYAT'selepas kursus kahwin dah selesai.
---
Kesimp**annya:
Kursus kahwin nampak macam perkara kecil.
Tetapi kalau lambat daftar, ia boleh ganggu urusan nikah yang lain.
Kalau korang sedang merancang untuk berkahwin, selesaikan kursus kahwin awal-awal.
Lebih awal daftar, lebih tenang urusan nikah.
Tak perlu stress dan tak risau-risau.
---
Untuk maklumat Kursus Kahwin Danau Kota, Setapak (kursus hujung minggu & weekdays):
WhatsApp Hotline 013 4133343 (link WhatsApp, hhtps://kursuskahwindanaukota.wasap.my)
Laman web rasmi, www.KursusKahwin.net
23/06/2026
FAQ KURSUS KAHWIN YANG RAMAI BAKAL PENGANTIN SELALU TANYA β PART 1
Ramai yang dah mula plan nak kahwin, tapi masih blur pasal kursus kahwin.
Hari apa ada kelas?
Berapa hari kena hadir?
Pukul berapa mula dan habis?
Jom kita jawab satu-satu.
---
Q1: Kursus kahwin hari apa yang ada dekat KL / Wilayah Persekutuan?
Untuk kursus kahwin di KL, biasanya ada 2 pilihan:
β
1. Kursus kahwin HUJUNG MINGGU
Kelas Sabtu & Ahad.
Pilihan ini sesuai untuk korang yang kerja Isnin sampai Jumaat.
Biasanya kelas hujung minggu ada setiap minggu, tertakluk kepada jadual dan kekosongan seat.
β
2. Kursus kahwin HARI BEKERJA / WEEKDAYS
Kelas RABU & KHAMIS.
Pilihan ini sesuai untuk korang yang kerja hujung minggu, susah cuti Sabtu Ahad, atau nak selesaikan kursus kahwin pada hari bekerja.
Untuk kelas Rabu & Khamis di Danau Kota, Setapak, kelas ini biasanya dibuat sebulan sekali sahaja.
Jadi kalau tarikh ngam dengan jadual korang, jangan tunggu last minute.
---
Q2: Kursus kahwin ni berapa hari?
Kursus kahwin di KL / Wilayah Persekutuan ini biasanya SEHARI SETENGAH sahaja.
Bukan seminggu.
Bukan banyak hari.
Hadir ikut jadual, duduk, dengar, ikut sesi sampai habis β insya-Allah selesai.
---
Q3: Pukul berapa kursus bermula dan tamat?
Untuk kelas Sabtu & Ahad, atur cara lebih kurang begini:
Hari pertama β Sabtu
β
8.00 pagi
Ambil fail, buku dan sarapan.
β
8.50 pagi β 9.00 pagi
Taklimat ringkas.
β
9.00 pagi β 6.30 petang
Kursus berlangsung.
β
6.30 petang
Peserta bersurai.
Sepanjang kursus, biasanya ada break antara topik, waktu rehat, makan tengah hari dan waktu solat Asar.
---
Hari kedua β Ahad
β
8.30 pagi β 2.30 petang
Kursus berlangsung.
β
2.30 petang
KURSUS TAMAT.
Biasanya ada break antara topik dan waktu rehat sekitar 10.30 pagi.
---
Nota penting:
Atur cara lebih kurang sama juga untuk kursus kahwin weekdays, iaitu kelas Rabu & Khamis.
Cuma bezanya hari sahaja.
---
Real talkβ¦
Kalau korang dah serius nak kahwin, jangan tunggu last minute baru nak cari kursus kahwin.
Sebab bila dah dekat tarikh nikah, banyak benda lain p**a nak kena settle.
Baju.
Dokumen.
Urusan pejabat agama.
Family.
Majlis.
Kadang-kadang benda simple pun boleh jadi kelam-kabut bila dibuat saat akhir.
Kursus kahwin ni mudah sahaja.
Datang, duduk, dengar, ikut sesi sampai habis dan lengkapkan kehadiran untuk layak dapat sijil kursus kahwin.
Korang juga boleh lock seat kursus kahwin TANPA perlu bayar deposit terlebih dahulu.
Semak tarikh yang sesuai dan lock seat semudah WhatsApp di : https://KursusKahwin.net
22/06/2026
APA YANG PATUT DIBINCANG DENGAN PASANGAN SEBELUM KAHWIN?
Ramai pasangan apabila bincangkan pasal tarikh nikah, mereka bincangkan tentang:
+ pasal baju.
+ pasal pelamin.
+ pasal doorgift.
Tak salah. Tapi pada masa yang sama jangan lupa bincangkan juga benda yang jauh lebih penting untuk dibincangkan sebelum masuk alam rumah tangga.
Sebab kahwin bukan sekadar majlis sehari.
Kahwin ialah kehidupan yang akan dilalui bersama setiap hari.
Antara perkara yang patut korang bincang dengan pasangan sebelum kahwin:
β
1. Duit dan kewangan
+ Siapa bayar apa?
+ Macam mana nak urus belanja rumah?
+ Ada hutang atau komitmen bulanan?
+ Nak simpan duit macam mana?
Topik duit ni mungkin nampak sensitif, tapi lebih baik bincang awal daripada bergaduh selepas kahwin.
β
2. Tempat tinggal selepas nikah
+ Nak tinggal rumah sendiri?
+ Sewa dulu?
+ Tinggal dengan keluarga?
+ Dekat dengan tempat kerja siapa?
Isu tempat tinggal nampak simple, tapi boleh jadi besar kalau tak dibincang awal-awal.
β
3. Cara buat keputusan
+ Lepas kahwin, banyak benda kena decide sama-sama.
+ Nak beli barang rumah.
+ Nak balik kampung mana dulu.
+ Nak urus kewangan macam mana.
+ Nak terima pandangan keluarga atau tidak.
Jadi, penting untuk tahu cara pasangan kita berfikir dan membuat keputusan.
β
4. Hubungan dengan keluarga masing-masing
+ Kahwin bukan cuma tentang dua orang.
+ Kita juga akan berhubung dengan keluarga pasangan.
Jadi bincanglah awal-awal tentang batas, tanggungjawab, cara hormat keluarga dan cara elak salah faham.
β
5. Anak dan perancangan masa depan
+ Nak ada anak cepat atau tunggu dulu?
+ Berapa ramai anak yang diimpikan?
+ Kalau belum ada rezeki anak, macam mana nak hadap bersama?
Topik ni penting sebab ia melibatkan emosi, kewangan dan hala tuju hidup.
β
6. Agama, ibadah dan cara bimbing keluarga
Selepas kahwin, suami isteri bukan sekadar teman hidup.
Masing-masing ada tanggungjawab untuk bantu pasangan jadi lebih baik.
Bincanglah tentang solat, aurat, nafkah, tanggungjawab, ilmu rumah tangga dan cara bina keluarga yang lebih diberkati.
β
7. Cara selesaikan konflik
Setiap rumah tangga akan ada ujian.
Yang penting bukan sama ada korang akan bergaduh atau tidak.
Yang penting ialah macam mana korang selesaikan masalah bila berlaku salah faham.
+ Ada orang s**a diam.
+ Ada orang s**a terus bincang.
+ Ada orang perlukan masa untuk tenangkan diri.
Kenal cara pasangan handle konflik sebelum kahwin.
Real talkβ¦
Kalau topik-topik ini rasa berat untuk dibincangkan, itu tanda korang memang perlu mula belajar dan bersedia.
Jangan tunggu lepas kahwin baru nak kenal cara pasangan fikir.
Jangan tunggu masalah muncul baru nak cari ilmu.
Sebab itu kursus kahwin penting.
Bukan semata-mata untuk dapat sijil, tapi untuk bantu bakal suami dan isteri faham asas tanggungjawab, komunikasi dan kehidupan rumah tangga.
---
Kalau korang dah serius nak kahwin, mulakan langkah dengan ilmu.
Kursus kahwin semudah duduk dan dengar sahaja untuk layak dapat sijil kursus kahwin.
Korang juga boleh lock seat kursus kahwin tanpa perlu bayar deposit terlebih dahulu.
Semak tarikh yang sesuai dan lock seat melalui WhatsApp di:
https://KursusKahwin.net
Gambar: para peserta di kursus kahwin kami tak lepaskan peluang bertanya habis-habis kat penceramah bertauliah kami. Bertanya direct penceramah bertauliah berganda-ganda manfaatnya jika korang ada kemusykilan berbanding habiskan banyak masa mencari jawapan sendiri di sana sini di internet atau di media sosial.
17/06/2026
TANDA KAU DAH BETUL-BETUL READY NAK KAHWIN
Ramai yang tanya β "eh macam mana nak tahu kita ni dah betul-betul ready nak kahwin ke belum?"
Real talk, soalan ni memang selalu bermain dalam kepala orang yang dah serious dengan partner.
So jom kita check beberapa tanda yang mungkin signal lu dah sampai tahap tu.
β
Kau boleh borak terbuka dengan partner β pasal duit, impian, sampai benda-benda sensitif pun boleh discuss tanpa drama.
β
Kau faham yang kahwin tu bukan pasal majlis grand sehari je β tapi tanggungjawab gila besar yang kena pikul sama-sama lepas tu.
β
Kau tak letak 100% kebahagiaan kau kat tangan partner. Kau happy dengan diri sendiri dulu, baru bonus bila ada dia.
β
Kau dah sembang pasal benda basic β macam nak duduk mana, plan duit macam mana, sampai cara buat keputusan bersama.
β
Kau boleh terima kekurangan partner β bukan s**a time dia perfect je, tapi accept versi dia yang real.
Kalau baca point-point ni kau dah angguk-angguk macam bobblehead, that's a good sign!
Tapi jangan stop kat situ. Ready emosi tu satu hal, tapi ilmu dan skill pun kena ada sebelum kau masuk fasa rumah tangga ni.
Sebab tu kursus kahwin tu penting β bukan sekadar bantu kau faham tanggungjawab, tapi tolong bina foundation rumah tangga yang solid dari awal-awal lagi.
Jangan tunggu masalah dulu baru nak cari ilmu. Start dengan langkah yang betul dari sekarang!
----
Kursus kahwin semudah duduk dan dengar sahaja untuk layak dapat sijil kursus kahwin.
Dan korang boleh lock seat kami tanpa perlu bayar apa-apa deposit telebih dulu.
Check tarikh yang sesuai dan lock seat di kursus kahwin Danau Kota kami semudah WhatsApp.
Klik link WhatsApp di https://KursusKahwin.net
16/06/2026
DAH READY NAK KAHWIN TAPI PENING TAK TAHU NAK START DARI MANA?
Ramai je yang dah plan nak kahwin, tapi bila pikir semua benda sekali rasa macam kepala nak meletup. Relax dulu. Kita orang yang dah kahwin ni faham perasaan tu.
Paling konfius nak buat mana dulu kan?
+ Bila masa terbaik ambil kursus kahwin?
+ Checklist dokumen nikah yang ramai tertinggal
+ Cara set bajet kahwin yang realistik
+ Kesilapan bakal pengantin yang sering buat tanpa sedar
+ Benda wajib dibincangkan sebelum nikah
+ Cara elak hutang lepas majlis
+ Tip untuk hadapi kehidupan baru sebagai suami isteri
Sebenarnya, kahwin bukan sekadar satu hari majlis. Hidup bersama ni adalah perjalanan panjang yang melibatkan banyak aspek termasuk:
β
Ilmu & tanggungjawab suami isteri
β
Kursus kahwin & dokumen nikah
β
Bajet & simpanan kahwin
β
Hantaran, mas kahwin & cincin
β
Dewan, katering & vendor
β
Komunikasi dengan pasangan
β
Hubungan dengan bakal mertua
β
Kewangan & kehidupan selepas nikah
Perkahwinan yang bahagia bukan bermula pada hari persandingan. Ia bermula dari persiapan, perbincangan, dan keputusan yang dibuat jauh sebelum akad nikah.
Persediaan yang betul menjadikan korang bersedia kahwin tanpa rasa overwhelmed, tak tentu arah, atau pokai tak pasal-pasal.
Soalan untuk korang:
"Jika korang sekarang dalam mode ready dah nak kahwin - korang rasa korang nak bermula dengan perkara yang mana satu?"
Drop je dalam komen.
----
Kursus kahwin semudah duduk dan dengar sahaja untuk layak dapat sijil kursus kahwin.
Dan korang boleh lock seat kami tanpa perlu bayar apa-apa deposit telebih dulu.
Check tarikh yang sesuai dan lock seat di kursus kahwin Danau Kota kami semudah WhatsApp.
Klik link WhatsApp di https://KursusKahwin.net
15/06/2026
'3 TIPS KOMUNIKASI YANG AKAN UBAH MASALAH KORANG BERCAKAP DENGAN PASANGANβ
Korang pernah tak gaduh dengan pasangan pasal benda kecil je β tapi entah macam mana boleh jadi hal besar sampai dua-dua diam berhari-hari?
Sebenarnya, bukan sebab korang tak sayang. Tapi sebab cara komunikasi yang tak kena. Selepas banyak sangat pasangan yang kongsi pengalaman dalam kursus pra-perkahwinan, 3 tip ni sentiasa jadi game-changer:
1. Dengar untuk faham, bukan untuk balas
Masa pasangan korang cerita, fokus betul-betul kat apa yang dia rasa. Stop dulu otak dari fikir, "Okla nanti aku nak cakap apa." Just... dengar je dulu.
2. Guna "Saya rasa..." bukan "Awak selalu..."
Bila korang cakap "awak selalu", orang terus rasa nak defend diri. Cuba switch sikit:
β "Awak selalu lambat sangat balas call atau WhatsApp!"
β
"Saya rasa tak tenang bila awak lambat sangat balas call atau WhatsApp. Boleh kita discuss?"
3. Pilih masa yang betul untuk bincang benda serius
Jangan bincang hal berat masa tengah penat atau stress. Set masa bila dua-dua dah relax β barulah otak boleh proses dengan tenang, dan hati pun lebih terbuka.
Komunikasi yang bagus bukan bakat semula jadi β ia skill yang korang boleh belajar dan praktik sama-sama.
Yang paling penting? Komitmen korang untuk terus cuba. Sebab pasangan yang grow together, stay together.
----
Banyak lagi kisah-kisah benar masalah komunikasi pasangan yang korang boleh dengar kat kita orang.
Kisah yang jauh lebih berat pun ada!
Korang patut dengar dan tahu untuk kebahagiaan kasih sayang korang.
Rugi kalau korang tak tahu.
Jom 'lock seat" tanpa deposit semudah WhatsApp.
Klik link WhatsApp di https://DaftarKursusKahwin.my
06/06/2026
Kursus utk minggu ni 06-07.06.2026
"Langkah Pertama Menuju Gerbang Perkahwinan β€οΈ"
Pagi itu, mereka hadir dengan pelbagai perasaan.
Ada yang datang dengan rasa teruja, ada yang sedikit gementar, dan ada juga yang masih tertanya-tanya tentang persiapan menuju alam rumah tangga.
Di hadapan meja urusetia, setiap pertanyaan dilayan dengan penuh mesra. Dari proses pendaftaran hinggalah penerangan mengenai perjalanan kursus, semuanya dijelaskan satu persatu.
Bagi sesetengah pasangan, inilah kali pertama mereka menghadiri kursus kahwin. Namun di sinilah bermulanya satu perjalanan yang lebih besar β perjalanan membina sebuah keluarga yang bahagia dan diberkati Allah SWT.
Kursus kahwin bukan sekadar mendapatkan sijil.
Ia adalah tempat untuk menimba ilmu, memahami tanggungjawab suami isteri, serta mempersiapkan diri menghadapi cabaran kehidupan berumah tangga.
Semoga setiap pasangan yang hadir dipermudahkan segala urusan, dikurniakan jodoh yang baik dan rumah tangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah.
π Daftar awal untuk kursus kahwin anda.
π² WhatsApp Hotline: 013-4133343
π www.kursuskahwin.net
π΅ TikTok: kursuskahwindanaukota