03/06/2026
Triple A Archery Club berasa amat berbesar hati dan bangga kerana berpeluang menyumbang serta menaja baju kontinjen memanah Kuala Lumpur ke Kejohanan MSSM. Penajaan ini merupakan tanda sokongan kami terhadap pembangunan sukan memanah serta penghargaan kepada atlet-atlet yang berjuang membawa nama Kuala Lumpur di peringkat kebangsaan. Semoga kontinjen memanah Kuala Lumpur berjaya mencapai prestasi cemerlang dan mengharumkan nama negeri.
31/05/2026
Peluang dan keizinan yang dapat jangan dipersiakan, tuntut ilmu lagi... Alhamdulillah
04/04/2026
Selesai dah program kita, nnt kita sambung lain plak
18/02/2026
Assalamualaikum dan salam Ramadan buat semua🤍🏹
Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, kesabaran dan kekuatan dalam diri kita semua.
Teruskan disiplin, jaga latihan walaupun berpuasa, dan niatkan setiap usaha sebagai ibadah.
Ramadan bukan alasan untuk berhenti berlatih, tetapi peluang untuk latih fokus, sabar dan kawal emosi – ciri sebenar seorang pemanah hebat 🎯
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙
31/01/2026
Bengkel Penyelenggaraan Peralatan Memanah Recurve
27/06/2025
Disaat semua orang cuti hari ini, ada 2 orang jurulatih sedang meningkatkan ilmu dalam bidang kejurulatihan. Semoga berjaya dan semuanya berjalan lancar yer "Coach"