21/08/2026
4 orang bekas pelajar Morni Pok Hockey Team bersama barisan Kontijen Johor mengharungi cabaran Hoki di Sukma Selangor 2026.
Tahun Akhir untuk NUR NAJWA BINTI AZAMAN DAN AHMAD SYAHMI JAZLAN BIN JAFRI bersama barisan kontijen Sukma 2026.
Masih ada lagi peluang untuk PUTRI NURAINA ALIYA BINTI AZMAN DAN MOHD AQIL HAKIMI BIN MOHD HANEFA terus perjuangan bersama barisan kontijen Sukma akan datang.
21/08/2026
TAHNIAH!!
Empat orang murid Sekolah Kebangsaan Morni Pok terpilih untuk mewakili negeri Johor dalam Kejohanan Hoki MSSM Lelaki Bawah 12 Tahun 2026 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur dari 26 Ogos hingga 1 September 2026.
Selamat berjuang kepada
๐๐๐ป AHMAD SAMEER JAZMI BIN JAFRI
๐๐๐ป AMMAR DHIYAUL HAZRIQ BIN KHAIRULAZUAN
๐๐๐ป MUHAMMAD AFIF BIN MUKHLIS
๐๐๐ป MOHD A***N AQIL BIN MOHD MUHAYADIN
Semoga membawa pulang kejayaan untuk pasukan negeri Johor. Tahniah!
13/08/2026
Terima kasih KPM menganjurkan program KLINIK KEMAHIRAN HOKI Bersama Pasukan Hoki Wanita Sukma Johor. Seramai 13 orang murid (kategori Bawah 11 tahun) diberi peluang menyertai program tersebut.
2 orang pemain SUKMA WANITA JOHOR merupakan anak jati MORNI POK HOCKEY TEAM iaitu :-
1. NUR NAJWA BINTI AZAMAN
2. PUTRI NURAINA ALIYA BINTI AZMAN
Semoga team SUKMA WANITA JOHOR berjaya membawa pulang kejayaan.
19/07/2026
Tahniah kepada 8 orang anak anak pok lelaki dan 4 orang anak anak pok perempuan yang berjuang di dalam MSSJ pada tahun ini. Pada tahun ini seramai 8 orang anak anak pok lelaki dan seramai 7 orang anak anak pok berada di kesebelasan utama di dalam team MSSD JB LELAKI. Dengan rekod tanpa bolos, semangat dan taktikal yang menarik menjadikan anak anak pok menjadi sebutan di mulut mulut daerah lain. Tahniah kepada TEAM HOKI MSSD JB LELAKI kerana berjaya melayakkan diri ke final 2 tahun berturut turut. Tahniah juga kepada TEAM HOKI MSSD JB PEREMPUAN yang telah berjuang sehabis baik untuk edisi kali ini.
Tahniah juga kepada AMMAR DHIYAUL HAZRIQ BIN KHAIRULAZUAN dinobatkan sebagai pemain terbaik L12 MSSJ 2026.
Terima kasih Jurulatih utama SKMP, Cikgu Muhammad Akmal dan Ustaz Mukhlis atas pencapaian hoki yang membanggakan.
25/05/2026
Tahniah team hoki Sekolah Kebangsaan Morni Pok
๐๐ฅLELAKI CHAMPION CUP MSSD HOKI JB 2026
๐ฅPEREMPUAN JUARA PLATE MSSD HOKI JB 2026
๐PEMAIN TERBAIK
AMMAR DHIYAUL HAZRIQ BIN KHAIRUL AZWAN
๐PENJARING TERBANYAK
AHMAD SAMEER JAZMI BIN JAFRI
๐๐ฅ๐ฅณ JUARA KESELURUHAN MSSD HOKI JB 2026..
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!