07/07/2026
π EKSPEDISI GUNUNG TEBU & JELAJAH PULAU PERHENTIAN 2026 ποΈ
Alhamdulillah, Kelab Sukan dan Rekreasi MAIWP (MARC) telah berjaya menganjurkan Ekspedisi Gunung Tebu & Jelajah Pulau Perhentian 2026 yang berlangsung pada 3β5 Julai 2026 di Terengganu.
Program ini menghimpunkan warga MAIWP yang meminati aktiviti rekreasi dan lasak melalui pendakian ke Gunung Tebu serta Jelajah Pulau Perhentian (Day Trip). Selain menguji ketahanan fizikal dan mental, program ini turut mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kerja berpasukan serta memberi peluang kepada peserta menikmati keindahan alam semula jadi negara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Tertinggi MAIWP dan Badan Kebajikan Pekhidmat MAIWP (BKPM) atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Terima kasih kepada semua peserta, urus setia dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan bermakna dan terus menyemarakkan budaya hidup sihat serta aktif dalam kalangan warga MAIWP.
17/06/2026
πΆββοΈ Jom Sertai Kempen BriskWalk Challenge MAIWP! πΆββοΈ
Ayuh warga MAIWP, jadikan aktiviti berjalan kaki sebagai amalan harian ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan aktif.
π± Rekodkan aktiviti briskwalk anda melalui aplikasi Strava dan sertai cabaran ini bersama rakan-rakan sekerja.
π 3 pemenang dipilih setiap bulan dan berpeluang memenangi hadiah menarik!
β
Meningkatkan kesihatan fizikal & mental
β
Mengurangkan stres
β
Membudayakan gaya hidup sihat di tempat kerja
Langkah kecil hari ini, perubahan besar esok!
π Imbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah untuk pendaftaran https://forms.gle/7mvJ3rTY58F7QZk6A
πΆββοΈπ
17/06/2026
π Salam Awal Muharam 1448H π
Selamat menyambut tahun baharu Hijrah kepada seluruh ahli Kelab Sukan dan Rekreasi MAIWP serta warga kerja MAIWP.
Semoga Awal Muharam ini menjadi titik permulaan untuk kita berhijrah ke arah yang lebih baik, memperkukuh ukhuwah dan meraih keberkatan dalam setiap langkah.
β¨ Hijrah Diri, Mencapai Reda Ilahi β¨
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada
Kelab Sukan dan Rekreasi MAIWP
20/04/2026
BERKELAH SANTAI MARC - "Less is More..."
π
Tarikh : 11 April 2026 (Sabtu)
β° Masa : 8.00 pagi
π Tempat : Perdana Botanical Garden, Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
π± Konsep: Potluck
20/03/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Ahli Kelab Sukan dan Rekreasi MAIWP dan Warga MAIWP.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan serta mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.
Hati-hati di jalan raya dan semoga semua selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Dengan ingatan setulus ikhlas daripada: Kelab Sukan dan Rekreasi MAIWP
12/03/2026
11 Mac 2026
Program Iftar Santai Kelab Sukan & Rekreasi MAIWP di BAZRAM, Stadium Merdeka. Turut serta rakan-rakan daripada MAIWP Labuan.
18/02/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh π
Kelab Sukan dan Rekreasi MAIWP ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H kepada seluruh ahli dan warga kelab.
Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keampunan dan rahmat buat kita semua.
Semoga setiap amal diterima dan ukhuwah sesama kita terus diperkukuhkan.
Ikhlas daripada,
Ahli Jawatankuasa Kelab
&RekreasiMAIWP
16/02/2026
π
14 FEB 2026 (Sabtu)
π¨βπ¨βπ§βπ§ 15 orang peserta
β°οΈ Full loop via Ulu Bendul dan Bukit Putus
Kelab Sukan & Rekreasi MAIWP berjaya menawan puncak Gunung Angsi, Negeri Sembilan.