20/08/2026
Jemput kepada penduduk di sekitar Setapak Indah, Gombak, Wangsa Maju memeriahkan Karnival Kesihatan dan Keselamatan pada
Tarikh : 22 Ogos 2026
Masa : 8.00pagi - 1.00tgh
Tempat : : Surau Al Amin , Taman Setapak Indah
https://maps.app.goo.gl/MyRtE9NEcBj17hU2A?g_st=aw
Kunjungi booth PSSCM PUSAT LATIHAN WANGSA MAJU, pengambilan ahli baru dan tunas kanak2 dibuka..
Ayuhhh.. jom datang bersama keluarga...
18/08/2026
*KARNIVAL KESIHATAN & KESELAMATAN KOMUNITI*
β¨ *Taman Setapak Indah 2026* β¨
π¨ *BANYAK BENDA BEST MENANTI!* π¨
π *GIVEAWAY + CABUTAN BERTUAH*
π± *MAKANAN PERCUMA*
π©Ί *CHECK-UP KESIHATAN PERCUMA*
π₯¬ *SAYUR ORGANIK HARGA BORONG*
πͺ *AKTIVITI & PERMAINAN KANAK-KANAK*
πΉ *FUN SHOOTING MEMANAH*
ππ»ββοΈ *SPA BERGERAK*
ποΈ *JUALAN RAHMAH*
π¨ *PERTANDINGAN MEWARNA & FASHION SHOW MERDEKA*
π₯ *Datang awal, bawa satu keluarga β memang banyak benda boleh explore!*
π
*22 OGOS 2026 | SABTU*
β° *8.00 PAGI β 1.00 PETANG*
π *SURAU JUMAAT AL-AMIN, TAMAN SETAPAK INDAH*
π¨ *NAK JOIN PERTANDINGAN?*
π Mewarna: *5β12 tahun*
π Fashion Show: *15 tahun & ke bawah*
π *DAFTAR DI SINI:*
https://forms.gle/GBFrXAXNQqNAiZuaA
π²πΎ *SAVE THE DATE & JOM MERIAHKAN AMBANG MERDEKA BERSAMA!* β€οΈ
*TAG KAWAN. FORWARD GROUP TAMAN. JUMPA 22 OGOS! π₯*
16/07/2026
13 JULAI 2026 | ISNIN | 10.30pm | DEWAN KRT TAMAN SETAPAK INDAH
PERJUMPAAN TENAGA PENGAJAR PSSCM PUSAT LATIHAN WANGSA MAJU & PENYAMPAIAN SURAT PELANTIKAN 2026/2027
AlhamduLillah, 10 daripada 12 orang tenaga pengajar PLWM hadir dalam satu perjumpaan ringkas bersama En Ahmad Fazli Ishak, Penyelia PSSCM Pusat Latihan Wangsa Maju.
Perjumpaan yang ringkas namun perbincangan yang cukup padat bagi penambahbaikan elemen persilatan di Pusat Latihan Wangsa Maju. Penyelia PLWM turut berkongsi input dan perkongsian yang diterima daripada Hj Safaran Hj Ahmad, Ketua Pengurusan Kelas Latihan Ibu Pebajat semasa mesyuarat Penyelia Kelas di bawah pengurusan Ibu Pejabat baru-baru ini.
Semoga PLWM terus bergerak maju kehadapan dibawah seliaan En Ahmad Fazli Ishak serta bersama dan bersatu dalam semua gerak demi mencapai misi dan visi PSSCM.
SILAT DIRAJA BANGSA BERDAULAT
BERSAMA BERSATU
16/07/2026
12 JULAI 2026 | AHAD | 7.30 pagi | Dewan KRT Taman Setapak Indah
GOTONG ROYONG MEMASAK DAN AGIHAN BUBUR ASYURA - RESEPI TURUN TEMURUN LEBIH 200 TAHUN, DIWARISI 6 GENERASI
Anjuran bersama
KRT Taman Setapak Indah
PSSCM Pusat Latihan Wangsa Maju
Alhamdu lillah, program tahunan PLWM dapat di teruskan lagi pada tahun ni dengan penglibatan keluarga PLWM, AJK KRT Taman Setapak Indah serta sukarelawan daripada Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
Gotong royong bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir sekitar jam 3 petang. Bukan sahaja memasak bubur asyura, makan tengah hari juga dimasak secara gotong-royong dan dinikmati bersama semua yang hadir.
Terima kasih pada semua yang terlibat serta penyumbang-penyumbang bahan memasak dan juga kewangan.
Semoga tahun depan gotong royong ini dapat di teruskan lagi
16/07/2026
10 JULAI 2026 | JUMAAT | 9pm | PSSCM PUSAT LATIHAN KUANG
LAWATAN JAWATANKUASA PSSCM PUSAT LATIHAN WANGSA MAJU KE PSSCM PUSAT LATIHAN KUANG
AlhamduLillah,
6 orang AJK PSSCMPLWM (En Khairul Anwar, En Amirul Ikhwan, Ts. Nain Yahaya, Pn Nor Azlina, Pn Norfatin Syuhada, Pn Siti Jamaaini) telah ke PSSCM Pusat Latihan Kuang bagi tujuan lawatan serta perkongsian pendapat dalam pengurusan kelas khususnya Kelas Tunas.
Kehadiran kami telah disambut oleh En Rauf, Penyelia Pusat Latihan Kuang serta jawatankuasanya. Banyak idea dan pendapat dikongsi sepanjang lawatan bagi tujuan penambahbaikan pengurusan Kelas Tunas yang boleh diaplikasikan di kedua-dua pusat latihan.
Ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak tuan rumah atas kesudian menerima kunjungan kami.
Semoga sesi lawatan ini bukan sahaja dapat menambah baik pentadbiran dan pengurusan kelas, tetapi juga sebagai salah satu cara mengeratkan silaturrahim sesama ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.
JOM BELAJAR SILAT!
SILAT DIRAJA BANGSA BERDAULAT
PSSCM Pusat Latihan Kuang
14/07/2026
JOM IKUTI KURSUS INTENSIF SENI BELADIRI
β
Tempoh pembelajaran yang singkat. Belajar hingga tamat seawal 10 bulan sahaja.
β
Ilmu Melayu asli yang sangat sesuai untuk semua terutamanya wanita tanpa melanggar adat dan pantang serta kesopanan wanita Melayu.
β
Ilmu yang sangat mudah dipelajari. Hanya belajar 21 buah sahaja cukup untuk pertahankan diri dari hujung rambut hingga hujung kaki.
β
Yuran pembelajaran yang sangat murah.
β
Ilmu yang praktikal. Tiada kekuda, tarian bunga dan gong gendang. 100% ilmu tempur.
β
Silibus pelajaran 99% menanti serangan (defense). Hanya 1% sahaja menyerang (attack).
β
Dijamin ilmu seni bela diri warisan Bangsa Melayu yang asli.
JOM BELAJAR SILAT
Terbuka kepada;
π§ Kanak-kanak (7 - 12 tahun)
π Dewasa (16 tahun ke atas)
Kata-kata Hikmah Guru Silat Cekak Malaysia :-
"Sains dan teknologi boleh dipelajari di mana-mana, budaya tetap hak kita"
"Sebaik-baik manusia adalah orang yang boleh bercampur gaul dengan orang yang rosak ahlaknya hingga berubah"
Pantun Silat Cekak
Silat Cekak pada lahirnya,
Pengertian gerak pada batinnya,
Hendaklah mahir seluruh anggotanya,
Hendaklah jujur pada jiwanya.
BERANI AMANAH INTEGRITI
________________
Tempat: Dewan Komuniti Taman Setapak Indah, Jalan 2/6, Taman Setapak Indah, 53300 Kuala Lumpur
Lokasi: https://goo.gl/maps/NNqfwzhMMmq
Untuk keterangan sila hubungi:-
Fazli : 019-3509452 / wasap.my/60193509452/jombelajarsilat
Khairul Anwar : 012-9745412 / wasap.my/60129745412/jombelajarsilat
Azlina : 019-2722682 / wasap.my/60192722682/jombelajarsilat
Laila : 019-5675607/ wasap.my/60195675607/jombelajarsilat
Follow kami ;
FB PAGE : PSSCM PUSAT LATIHAN WANGSA MAJU
Silat Diraja Bangsa Berdaulat
Bersama Bersatu