Persatuan Muay Thai Pahang

Persatuan Muay Thai Pahang

Share

"Cari persamaan, fahami perbezaan"

28/08/2026
28/08/2026

πŸ₯Šβ€ΌοΈ MENCARI BAKAT BARU MUAYTHAI ‼️πŸ₯Š

Nak anak lebih berdisiplin, berani dan fokus?

PKS MUAYTHAI PAHANG kini MENCARI BAKAT BARU!

Kami percaya Muaythai bukan sekadar sukan tempur.
Ia membentuk KARAKTER, KEYAKINAN DIRI & MENTAL JUARA πŸ’ͺ

πŸ“ KEUTAMAAN: REMAJA UMUR 12 - 16 TAHUN
πŸ“ LOKASI: PKS MUAYTHAI PAHANG
(Belakang Mahkamah Majistret Jerantut)

Berikan anak anda peluang untuk:
βœ… Bina disiplin & hormat
βœ… Keluarkan tenaga secara positif
βœ… Jauh dari gajet & perkara negatif
βœ… Latih fizikal & mental jadi lebih kuat

Jangan tunggu! Tempat adalah TERHAD.

Untuk maklumat lanjut & pendaftaran:
πŸ“ž Coach Yusri : 019-977 3030
πŸ“ž Coach Epul : 016-944 4930
πŸ“ž Coach Cikgu Atikullah : 019-443 0553

Tag kawan-kawan yang ada anak umur 12-16 tahun! πŸ‘‡





26/08/2026

Alhamdullilah selesai Sukma Muaythai 2026.

25/08/2026

Atlet Muay Pahang Hebat. Masih Ramai Yang Belum Munculkan Diri πŸ”₯

Photos from Persatuan Muay Thai Pahang's post 25/08/2026

Alhamdulillah Selesai Sudah Skuad Muay Pahang Di SUKMA XXII Selangor 2026. Tahniah Pada Yang Berjaya, Kepada Yang Masih Ada Peluang Teruskan Latihan Untuk 2 Tahun Lagi. Kegagalan Bukanlah Sebab Untuk Berhenti Malah Ia Adalah Penanda Bahawa Kita Masih Perlu Banyak Belajar & Teruskan Tanpa Henti.

25/08/2026

*PENGHARGAAN KEPADA WARGA MUAYTHAI PAHANG SUKMA SELANGOR 2026* πŸ˜πŸ€πŸ–€

UNTUK SEMUA ATLET, JURULATIH, PENGURUSAN & KELUARGA*

*TERIMA KASIH PEJUANG PAHANG!*

Kepada *Atlet* - Terima kasih kerana bertarung dengan maruah, keringat dan air mata demi nama PAHANG.
Kepada *Jurulatih* - Terima kasih atas disiplin, didikan dan pengorbanan yang tak pernah putus.
Kepada *Pengurusan* - Terima kasih kerana jadi tulang belakang, urus dari A-Z tanpa kenal lelah.
Kepada *Keluarga* - Terima kasih kerana jadi tempat mengadu, peniup semangat dan doa yang tak pernah putus.

Kejayaan ini milik kita semua.

2. KHAS UNTUK PEMENANG PINGAT GANGSAπŸ₯‰

TAHNIAH WIRA GANGSA

Pingat ini bukan sekadar logam.
Ini bukti usaha, pengorbanan dan darah yang tumpah di gelanggang.
Kamu dah harumkan nama PAHANG di pentas SUKMA.

Bangga kami dengan kamu!
Rehat sebentar, esok kita kejar yang lebih tinggi. Emas menanti πŸ”₯

*3. KHAS UNTUK ATLET YANG BELUM REZEKI KALI INI*

*KEPADA PEJUANG YANG TERGUGUR*

Kami faham. Sakit. Kecewa. Rasa nak give up.
Tapi ingat, *kekalahan hari ini adalah guru terbaik untuk kemenangan esok.*

Kamu dah lawan. Kamu dah buktikan kamu berani naik gelanggang.
Pengalaman di SUKMA ni adalah emas yang tak boleh dibeli.

Lap air mata. Bangkit semula.
Kami di belakang kamu. PAHANG masih perlukan kamu untuk misi akan datang.

*"Tumbang 7 kali, bangun 8 kali"* - Itulah semangat πŸ’ͺ

---

*PENUTUP*
Muaythai bukan tentang menang sahaja.
Muaythai tentang adab, disiplin dan semangat tidak pernah mengalah.

Terima kasih semua. PAHANG BANGGA DENGAN KAMU!




Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


JALAN KUANTAN, KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Kuala Lumpur
53000