03/07/2026
Pada 20 Jun 2026 bertempat di Dewan Blok B, SK Setiawangsa, telah berlangsungnya Majlis Perlimau Tapak dan Seni 2026 bagi pesilat-pesilat baru Harimau Putih Bugis Gelanggang SK Setiawangsa.Seramai 49 orang pesilat SKS menyertai Perlimau tapak ini.Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Haji Muhammad bin Md. Nor, Kipas Emas Kebangsaan merangkap Penasihat PSSGM Kebangsaan WP KL.
Diharapkan program ini dapat menjadi titik permulaan kepada pembentukan sahsiah, disiplin dan jati diri yang cemerlang dalam kalangan para pesilat, di samping memupuk semangat cintakan warisan seni silat Melayu.
07/09/2025
Alhamdulillah Syukur Ke Hadrat Illahi Dengan IzinNya Selesai Majlis Penyampaian Bengkung Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Wilayah Persekutuan (PSSGMK W.P K.L) Gelanggang Harimau Putih Bugis SK Setiawangsa (07/09/2025)Kepada Pesilat Yang LULUS Ujian Kenaikan Bengkung Pada 22 Jun 2025.
TAHNIAH & SYABAS Kepada Semua Pesilat SK Setiawangsa.
TAHNIAH Kepada Pesilat Yang Meraih Kemenangan Pada Kejuaran Silat Terbuka Kebangsaan AGSP 2025.
Terima Kasih Kepada Puan Maheran,Guru Besar SK Setiawangsa Yang Turut Hadir Ke Majlis Ini & Menyampaikan Bengkung Kepada Semua Pesilat.
Sekalung Penghargaan Kepada Gurulatih Silat Cg.Farhan Yang Membimbing Anak Gayong SK Setiawangsa.
Terima Kasih Kepada Pengerusi Silat SK Setiawangsa En Isbawandi dan Barisan AJK Silat SK Setiawangsa Yang Bertungkus Lumus Dalam Memastikan Majlis Berjalan Dengan Lancar.
Terima Kasih Kepada Semua IbuBapa/Penjaga Yang Hadir Memeriahkan Majlis Hari Ini & Membawa Juadah Bersama.
TERIMA KASIH & TAHNIAH SEMUA🤜🤛❤️
01/09/2025
Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan AGSP 2025, AEON Falim Ipoh Perak
29 Ogos - 01 September 2025
Alhamdulillah Pesilat Gelanggang Harimau Putih Bugis SK Setiawangsa Berjaya Membawa Pulang Pingat Kejuaraan AGSP 2025 :
Wan Eshan Daffa - Gold Medal🥇
Nur Asma' Zakiah - Silver Medal 🥈
Nur Nuzul Asma - Bronze Medal 🥉
Ahmad Dubeis - Bronze Medal 🥉
Tahniah Kepada Pemenang & Tahniah Juga Kepada Semua Pesilat Yang Menyertai Kejohanan.
Tahniah & Terima Kasih Kepada Gurulatih & Semua Barisan AJK Yang Bertugas Sepanjang Kejuaraan.