10/06/2026
𝗖𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗔𝗔𝗟 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛
Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Ceramah Maal Hijrah:
🎯 Hijrah Pemangkin Ummah Terbilang
👤 Ustaz Ejam Medicine
📅 12 Jun 2026 (Jumaat)
🕢 7.30 malam – 9.30 malam
📍 Masjid Annur Wira Damai, Batu Caves, Gombak
https://www.facebook.com/share/p/1bDywiYZv4/
09/06/2026
Surau Mahyon. Dari surau kecil sekarang dah besar dan boleh solat Jumaat.
Sebelum ni banyak kereta parkir. Sekarang dah kurang sikit dan ada banner peringatan.
Ini adalah tanah wakaf. Jadi sama-sama kita pelihara. Syabas buat pengurusan surau yang aktif.
29/05/2026
Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera
Dengan penuh rasa syukur dan sukacitanya sempena Hari Raya Aidiladha, Pusat Khidmat Rakyat Dun Sungai Tua menjemput Dato/Datin/Tuan/Puan & seluruh warga masyarakat untuk hadir memeriahkan:
*🕌 PROGRAM QURBAN PERDANA MADANI PARLIMEN GOMBAK & KENDURI RAKYAT 2026 🕌*
seperti ketetapan berikut:
📆: Sabtu, 30.05.2026
🕰️: 8.30 pagi
📍: Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves
https://maps.app.goo.gl/QRCEzcvuraBeSXyH9?g_st=aw
Kehadiran Tuan/Puan amatlah dialu-alukan bagi mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan semangat Kita Selangor.
*JADUAL RASMI YAB DATO SERI AMIRUDIN SHARI, DATO MENTERI BESAR SELANGOR*
*30 Mei 2026 (Sabtu)*
Yang berikut diurusetiakan oleh *_SUPOL I_*:
*6.00 pagi*: Solat Subuh Berjemaah
*Lokasi* : _Masjid An Nur, Kampung Wira Damai_
https://maps.app.goo.gl/KnDpEWbHnMVGeuKD7
*7.00 pagi*: Sarapan Pagi Di Restoran Bidayah, Gombak Permai
*Lokasi* : _Restoran Bidayah, Gombak Permai_
https://maps.app.goo.gl/wais6Zwyi6jUgcth7
*9.00 pagi*: Qurban Perdana Dan Rewang Rakyat Bersama Komuniti Gombak
*Lokasi* : _Padang Kampung Wira Damai_
https://maps.app.goo.gl/XQfeuikwdgD58Rzf8
*12.00 tengahari*: Penyerahan Sumbangan Kewangan DUN Sungai Tua Dan Penyerahan Sumbangan Mydin & Kenduri Rakyat
*Lokasi* : _Dewan Orang Ramai, Kampung Wira Damai_
https://maps.app.goo.gl/dzgzZEhzJUCSEBjM8
*1.00 petang*: Solat Zohor Berjemaah
*Lokasi* : _Surau Al Mahyon, Kg Seri Wira Damai_
https://maps.app.goo.gl/ZgKBAzZqLfc6NJJ78
*2.00 petang*: Ziarah Tok Khalid, Mantan Ketua Kg
*Lokasi* : _Kg Melayu Batu Caves_
https://maps.app.goo.gl/jiMsrSSUsTu2ytwn9
*_Tertakluk Kepada Perubahan Masa Diatas Permintaan YAB Dato MB_*
26/05/2026
Cantik pelangi dikala senja td.. Rugilah sape yg tak nampak..
Selamat Hari Raya semua...
23/05/2026
𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐉𝐎𝐁𝐂𝐀𝐑𝐄 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐆𝐎𝐌𝐁𝐀𝐊)
📢 TERBUKA KEPADA SEMUA PENCARI KERJA!
✨ Lebih daripada 4,000 kekosongan jawatan menanti anda!
Antara aktiviti yang disediakan:
✅ Temuduga Terbuka
✅ Kaunseling Kerjaya
✅ Peluang Dapat Kerja Terus (Kategori Eksekutif ke bawah)
✅ Pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
✅ Saringan Kesihatan
✅ Kaunter KWSP
✅ Kaunter PERKESO (SOCSO)
✅ Kaunter JKM
✅ Kaunter JPJ
✅ Kaunter JPN
✅ Kaunter MySel
✅ Dan Banyak Lagi Pameran Agensi
📅 Tarikh : 13 Jun 2026 (Sabtu)
🕘 Masa : 9.00 Pagi – 5.00 Petang
📍 Tempat : Dewan Seri Siantan (Kompleks Sukan Seri Siantan)
Jangan lepaskan peluang ini!
Jumpa anda di sana ‼️
21/05/2026
Eloklah. Kat kampung kita ramai perangai camni. Majlis Perbandaran Selayang tolong ambil perhatian.
21/05/2026
Elok dah jalan semua. Tinggal paip je belum.