Training Day Rangers Academy.
KL Rangers FC
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KL Rangers FC, Sports Club, 3-1 Jalan Rampai Niaga 5, Kuala Lumpur.
13/06/2026
Perlawanan tertunda peringkat suku akhir di antara pasukan Selangor FC Women dan KL RANGERS FC dijadualkan berlangsung pada :
π
13 Jun 2026
π£ 8.00PM
Ayuh ke Arena MBSJ, Subang Jaya bagi memberi sokongan kepada pasukan pilihan anda!
07/06/2026
Hari kedua Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM Siri 2/2026 anjuran Kuala Lumpur Rangers & Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM).
Peserta diberikan pendedahan dan peluang untuk merancang, menerangkan & mengendalikan sesi latihan berkaitan topik - topik yang diberikan. Sesi ini penting bagi memastikan para jurulatih mampu mengendalikan sesi latihan dengan sistematik & menggunakan teknik latihan yang betul selepas tamatnya kursus ini.
Semoga semua peserta memanfaatkan segala ilmu yang dicurahkan oleh tenaga pengajar FAM.
06/06/2026
Sekitar hari pertama Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM siri 2/2026 anjuran KL Rangers dengan kerjasama Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) & pihak fasiliti Hevea Arena.
Seramai 30 peserta telah menyertai siri kali ini yang berlangsung selama 3 hari bermula 4 - 6 jun di Pusat Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM). Kursus ini dikendalikan oleh Pendidik Jurulatih Encik Abdul Ghani Bin Malek & Encik Rashmizan Rasid serta dibantu oleh koordinator Encik Muhammad Syahir Azri Bin Abdul Aziz.
Pihak KL Rangers akan terus komited bekerjasama dengan unit pendidikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membantu dalam melahirkan lebih ramai jurulatih bertauliah sekaligus menjadi tunjang kepada pembangunan akar umbi bola sepak negara.
01/05/2026
Keputusan perlawanan minggu keempat FAS Foundation League 2026.
Ketumpulan jentera serangan, dihukum kesabaran pihak lawan.
Belum sampai rezeki kita untuk menang, sabar & terus percaya βπ»
28/04/2026
FAS Foundation League 2026 | Matchweek 4
Perjuangan diteruskan!
π 28 April , 10.00pm
ποΈ Padang Sintetik Seksyen 28
28/04/2026
Keputusan perlawanan minggu ketiga FAS Foundation League 2026.
Alhamdulillah, mata pertama untuk musim yang masih panjang.
Fokus & teruskan perjalanan πͺπ»
20/04/2026
Keputusan perlawanan minggu kedua FAS Foundation League 2026.
Satu pengajaran berguna buat para pemain untuk dibawa ke perlawanan seterusnya.
Bersatu, bangkit, bersama πͺπ»
14/04/2026
FAS Foundation League 2026 | Matchweek 2
Skuad senior lelaki KL Rangers bakal menghadapi satu lagi ujian getir menentang pasukan CS Empire yang dibarisi pemain - pemain berpengalaman.
Namun, bola itu bulat jadi selagi wisel penamat belum dibunyikan, menyerah bukanlah satu pilihan. Semoga pasukan kita mampu bangkit dalam perlawanan ini πͺπ»
13/04/2026
Kuala Lumpur Rangers dengan kerjasama Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) akan menganjurkan Kursus Kejurulatihan FAM βDβ . Butiran adalah seperti berikut :
Tarikh : 19-21 Jun (Fasa 1), 26-28 Jun (Fasa 2)
Tempat : Shah Alam, Selangor
Tarikh tutup : 19 Mei 2026
*terhad kepada 30 peserta terawal sahaja
Ini merupakan satu lagi usaha KL Rangers dalam membantu pembangunan pendidikan kejurulatihan negara, semoga ianya dapat melahirkan lebih ramai jurulatih berkualiti di masa hadapan. Jika anda berminat untuk menyertai kursus ini. Sila imbas kod QR untuk pendaftaran.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
3-1 Jalan Rampai Niaga 5
Kuala Lumpur
53300