14/07/2026
📢 Pengusaha Rumah Rakit Tasik Kenyir Dicari!
Adakah Tuan/Puan memiliki atau menguruskan rumah rakit di Tasik Kenyir?
Kami dari Jomlar Travel & Tours Sdn Bhd, pemilik platform VisitKenyir.com, sedang memperluaskan pilihan penginapan untuk pelanggan tempatan dan antarabangsa yang berkunjung ke Tasik Kenyir.
Sekiranya Tuan/Puan mempunyai rumah rakit dan berminat untuk meningkatkan pendedahan pemasaran serta menerima lebih banyak pertanyaan dan tempahan, kami berbesar hati untuk berbincang mengenai peluang kerjasama yang sesuai untuk kedua-dua pihak.
Jika Tuan/Puan merupakan pengusaha rumah rakit atau mengenali pemilik yang mungkin berminat, sila tinggalkan komen atau hubungi kami melalui:
WhatsApp Jomlar Travel - 012-984 4568