Alhamdulillah, selesai sesi Latihan Intensif Fitness di Futsal Kg. Selayang Pandang.
Terima kasih kepada semua pemain yang hadir dan memberikan komitmen terbaik. Setiap usaha yang konsisten hari ini adalah pelaburan untuk menjadi pemain yang lebih baik pada masa hadapan.
📍 Kepada yang berada berdekatan, anda dijemput menyertai latihan kami setiap hari Selasa Pukul 8-10 Malam.
⚽ Terbuka untuk pemain yang ingin meningkatkan tahap kecergasan, teknik dan prestasi permainan.
Percaya pada proses. Berlatih dengan disiplin. Terus berkembang. 💪🔥
Shariff Pro Soccer Academy
Akademi ini ditubuhkan bertujuan mencungkil dan mengasah bakat anak-anak dalam permainan bola sepak.
Nak berjaya, kena ada disiplin.
Bakat boleh membuka peluang, tetapi disiplin menentukan sejauh mana kita mampu melangkah.
Datang latihan tepat pada waktunya, berikan 100% usaha, hormati jurulatih dan rakan sepasukan, serta sentiasa berusaha memperbaiki diri setiap hari.
Kejayaan bukan datang secara kebetulan. Kejayaan lahir daripada disiplin yang dilakukan secara konsisten.
“Discipline today, success tomorrow.” ⚽💪
📢 MAKLUMAN SESI LATIHAN & TRIAL PSA ELITE
Dimaklumkan bahawa sesi latihan berjalan seperti biasa pada setiap hari Sabtu & Ahad, jam 5.00 petang hingga 7.00 petang di Padang Jinjang.
Bagi ibu bapa yang berminat menghantar anak untuk menyertai akademi kami, anda dialu-alukan hadir ke sesi trial.
Kategori umur: 5 hingga 13 tahun
Jom sertai PSA Elite dan kembangkan potensi anak anda melalui latihan yang sistematik, disiplin, serta bimbingan jurulatih yang berpengalaman.
📍 Lokasi: Padang Jinjang
🗓️ Hari: Setiap Sabtu & Ahad
🕔 Masa: 5.00 – 7.00 petang
28/07/2026
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.
Tahniah kepada seluruh pemain PSA Elite atas pencapaian meraih Tempat Ke-4 Cup dalam Fire Ball Cup 2026 yang berlangsung di Seriemas Sportsplex, Nilai pada 26 Julai 2026.
Walaupun langkah kami terhenti di separuh akhir selepas tewas kepada Penang Panthers, anak-anak telah mempamerkan semangat juang, disiplin dan komitmen yang tinggi sepanjang kejohanan. Pencapaian ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga dan menjadi motivasi untuk terus bekerja keras.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pemain, ibu bapa, jurulatih, pengurusan dan para penyokong yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kepada pasukan.
Insya-Allah, kami akan terus memperbaiki kelemahan, memperkukuhkan kekuatan, dan kembali dengan lebih baik pada kejohanan akan datang.
Trust the process. The journey continues. 💙⚽
19/07/2026
TAHNIAH! PELATIH PSA TERPILIH KE KEM LATIHAN & PEMILIHAN AKADEMI NEGARA AMD GAMBANG
SEMOGA BERJAYA E EJEEN
19–23 JULAI 2026
14/07/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kami seluruh warga Shariff Pro Soccer Academy (PSA) ingin merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya atas pemergian ibu kepada Fatih dan Fahim (Ronaldo).
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah, melapangkan kuburnya, mengurniakan rahmat-Nya serta menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Semoga Abang Raffizi dan seluruh ahli keluarga diberi kekuatan, ketabahan, serta kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.
Al-Fatihah.
Adik comel, langkah pertama menuju impian! ⚽❤️
Di PSA (Shariff Pro Soccer Academy), kami percaya setiap pemain hebat bermula dengan asas yang kukuh. Melalui latihan yang menyeronokkan, anak-anak bukan sahaja belajar teknik bola sepak, malah membina disiplin, keyakinan diri, semangat berpasukan dan akhlak yang baik.
Asas yang betul hari ini, kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Kuala Lumpur