Kuala Lumpur Cycling Association

Kuala Lumpur Cycling Association

Share

The official fb page for KLCA/PBKL
#kualalumpurcyclingassociation

31/05/2026
12/05/2026

Semenyih Pushbike 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 10 Mei 2026 di Setia Ecohill Mall, Semenyih, Selangor, dibawakan oleh PBKL dengan sokongan padu daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

Program ini bukan sekadar perlumbaan pushbike, tetapi menjadi platform terbaik untuk memupuk minat sukan berbasikal sejak usia muda, membina keyakinan diri anak-anak, serta mengeratkan hubungan kekeluargaan dan komuniti melalui gaya hidup aktif dan sihat.

Tahniah kepada semua adik-adik peserta yang menunjukkan semangat kesukanan, keberanian, dan kesungguhan sepanjang acara berlangsung. Tidak lupa juga penghargaan kepada para ibu bapa, sukarelawan, marshal, penaja, dan semua pihak yang bersama-sama menjayakan program ini dengan begitu baik.

Terima kasih kepada Setia Ecohill Mall selaku tuan rumah yang memberikan venue yang sangat kondusif dan meriah buat semua pengunjung dan peserta.

Semoga program seperti ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan berbasikal akar umbi di Malaysia dan melahirkan lebih ramai bakat muda pada masa hadapan.

‐--------‐-‐---------------------------------------------------

Semenyih Pushbike 2026 was successfully held on 10 May 2026 at Setia Ecohill Mall, Semenyih, Selangor, brought to you by KLCA with the strong support of Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

More than just a pushbike race, this event served as a great platform to nurture the love for cycling from a young age, build children’s confidence, and strengthen family and community bonds through an active and healthy lifestyle.

Congratulations to all the young riders who showcased incredible sportsmanship, courage, and determination throughout the event. Special appreciation also goes to the parents, volunteers, marshals, sponsors, and everyone involved in making this program such a success.

A heartfelt thank you to Setia Ecohill
Mall for being a wonderful host venue and providing a vibrant and welcoming environment for participants and visitors alike.

May programs like this continue to drive the growth of grassroots cycling in Malaysia and inspire the next generation.

11/05/2026

Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL) berjaya menganjurkan Jelajah Remaja 2026 semalam, menghimpunkan bakat-bakat muda, pasukan, pegawai, dan komuniti berbasikal dalam semangat pembangunan, persaingan sihat, dan perpaduan.

Penganjuran ini tidak mungkin berjaya tanpa sokongan dan kerjasama erat daripada Parlimen Hulu Langat, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), JKR Hulu Langat, serta Polis DiRaja Malaysia (IPD Kajang) yang membantu memastikan acara berjalan lancar dan selamat.

Ucapan penghargaan istimewa juga kepada Setia EcoHill 2 selaku venue tuan rumah yang telah menyediakan lokasi yang amat baik bagi menjayakan acara ini.

Tahniah kepada semua pihak penganjur, pegawai, sukarelawan, pasukan, dan para pelumba yang telah menjadikan Jelajah Remaja 2026 sebagai platform bermakna untuk masa depan sukan berbasikal Malaysia.

‐-----‐------------------------------------------------------

Yesterday, another successful Kuala Lumpur Cycling Association (KLCA) event was organised, Jelajah Remaja 2026, bringing together young talents, teams, officials, and the cycling community in the spirit of development, competition, and unity.

This event would not have been possible without the strong support and cooperation from Parlimen Hulu Langat, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Malaysia National Cycling Federation (MNCF), JKR Hulu Langat, and Polis Diraja Malaysia (IPD Kajang), whose commitment ensured the event was conducted smoothly and safely.

A very special thank you as well to Setia EcoHill 2 for being such an outstanding host venue and providing a fantastic environment for this event.

Congratulations to all organisers, officials, volunteers, teams, and riders for making Jelajah Remaja 2026 a meaningful platform for the future of Malaysian cycling.

19/10/2025

Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali 2025 kepada seluruh masyarakat Hindu di Malaysia.
Semoga cahaya Deepavali menerangi kehidupan dengan kebahagiaan, keharmonian dan memperkukuh semangat perpaduan dalam keluarga besar Malaysia MADANI.





09/10/2025

HENTIKAN BULI!!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuala Lumpur