Kelab Sukan Bank Rakyat

Kelab Sukan Bank Rakyat

Share

Kelab Sukan Bank Rakyat (KEBARA) Official Page

13/07/2026

Pendaftaran telah dibuka. Anglers berdaftar sebagai ahli Kebara boleh mula mendaftar segera!!!

21/06/2026

Selamat Hari Bapa untuk semua individu bergelar ayah terutamanya ahli Kebara yang dikasihi

Photos from Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia's post 18/06/2026

Terima kasih Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia kerana menyokong program Kebara

Photos from Kelab Sukan Bank Rakyat's post 15/06/2026

🎣🌊 TERIMA KASIH & JUMPA LAGI DI CABARAN CANDAT SOTONG KEBARA! 🌊🎣

Alhamdulillah, Cabaran Candat Sotong Kebara 2026 telah berlangsung dengan jayanya di perairan Kemaman dengan penyertaan yang amat memberangsangkan serta semangat kesukanan yang luar biasa daripada semua peserta.

Seawal petang, para peserta mula berkumpul di Jeti Majlis Perbandaran Kemaman sebelum berlepas ke laut. Cuaca yang baik, suasana yang meriah dan gelak tawa para peserta menjadikan program ini lebih daripada sekadar pertandingan β€” ia menjadi medan mengeratkan ukhuwah, membina persahabatan dan mencipta kenangan yang pasti akan dikenang.

Sepanjang cabaran berlangsung, pelbagai aksi menarik dapat disaksikan apabila peserta berlumba-lumba menaikkan hasil tangkapan masing-masing. Ada yang berjaya menaikkan sotong bersaiz besar, ada yang mencatat tangkapan terbanyak, dan tidak kurang juga yang menceriakan suasana dengan semangat kesukanan serta sokongan kepada rakan-rakan sebot.

Turut mencuri perhatian ialah kehadiran Kebara Bikers yang diketuai oleh Encik Mohamad Taufik bin Mahamad Zakaria, Ketua Pegawai Strategi dan Kelestarian Bank Rakyat bersama sama menempuh perjalanan konvoi dari Kuala Lumpur ke Kemaman, membuktikan bahawa semangat persaudaraan dan kecintaan terhadap aktiviti rekreasi mampu menyatukan kita semua.

Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, pengusaha bot, petugas, urus setia, penaja serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan sokongan bagi menjayakan program ini.

Semoga program ini menjadi platform untuk terus mengukuhkan hubungan sesama warga Bank Rakyat serta memupuk gaya hidup aktif dan sihat.

πŸ“Έ Nantikan perkongsian gambar-gambar menarik sepanjang program!

Ride the Road, Rule the Sea.

Photos from Kelab Sukan Bank Rakyat's post 13/06/2026

FLAG OFF KEBARA BIKERS – ROAD TO KEMAMAN SANDS

Alhamdulillah, program Jelajah Kebara Bikers: Road to Kemaman Sands telah dilepaskan secara rasmi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Bank Rakyat, YBhg Encik Ahmad Syahril Mohd Shariff.

Seramai 30 orang ahli Kebara Bikers memulakan perjalanan konvoi dari Menara Berkembar Bank Rakyat menuju ke Kemaman Sands sebagai simbol semangat kebersamaan, gaya hidup aktif dan sokongan terhadap program Cabaran Candat Sotong Kebara 2026.

Majlis pelepasan ini mencerminkan komitmen Bank Rakyat dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim warga kerja melalui aktiviti sukan, rekreasi dan komuniti yang sihat.

Semoga seluruh peserta konvoi diberikan perjalanan yang selamat, dipermudahkan urusan sepanjang perjalanan dan tiba dengan jayanya di destinasi.

🏍️ Road to Kemaman Sands πŸ¦‘ Cabaran Candat Sotong Kebara 2026






"Dari jalan raya ke lautan terbuka β€” Ride the Road, Rule the Sea

Photos from Kelab Sukan Bank Rakyat's post 23/05/2026

🎳 KEJOHANAN BOLING KEBARA 2026 🎳

Kejohanan Boling KEBARA 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah di Alam Lanes, Endah Parade dengan penyertaan daripada warga Bank Rakyat di peringkat Ibu Pejabat, Anak Syarikat dan Cawangan.

Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden KEBARA, Haji Md Zaidin Wahit yang turut memberikan sokongan dan semangat kepada semua peserta yang mengambil bahagian.

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta, urus setia serta warga Bank Rakyat yang telah memeriahkan kejohanan ini. Semangat kesukanan, ukhuwah dan kerjasama yang ditunjukkan membuktikan warga KEBARA sentiasa aktif, bersatu dan penuh semangat juang. πŸ’œπŸ”₯

Photos from Kelab Sukan Bank Rakyat's post 17/05/2026

πŸ† KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA 2026 πŸ†

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan yang menyertai Kejohanan Petanque Angkasa 2026 Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Arena Petanque Taman Pudu Ulu, Cheras Kuala Lumpur.

Penyertaan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan membuktikan bahawa sukan mampu mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga koperasi dan komuniti sukan. πŸ’ͺπŸ”₯

KEBARA sentiasa menyokong pembangunan sukan dan aktiviti sihat demi melahirkan warga yang aktif, berdaya saing dan bersatu hati.






BankRakyat
PetanqueMalaysia

10/05/2026

Selamat Hari Ibu untuk semua ahli kebara yang bergelar ibu/emak/mummy/umi! Anda memang hebat!

Photos from Kelab Sukan Bank Rakyat's post 25/04/2026

Alhamdulullah, selesai sudah Program Rakan Bumi : Projek Planet Rakan Muda di Pulau Tioman. Program dirasmikan oleh YBrs. Encik Sabran bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WPKL. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan usaha yang murni dalam memelihara dasar laut kita. Semoga perjalanan pulang AJK Kebara dan Kebara Divers selamat sampai ke destinasi.


Photos from Kelab Sukan Bank Rakyat's post 23/04/2026

Projek Samudra 2.0 - Kebara telah menerima jemputan daripada agensi Kerajaan untuk mengalihkan tukun 70 tahun Bank Rakyat ke tempat baru yang lebih strategik dan berpusat. Kebara bersama sama beberapa penyelam berlesen yang merupakan ahli Kebara akan berada di Pulau Tioman selama 2 hari untuk menjayakan aktiviti ini. Sila ikuti story kami untuk mengetahui kemaskini berkaitan Samudra 2.0


.0

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Aras 19, Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat
Kuala Lumpur
50470