08/08/2026
Harimua Malaya ke semi Final ! .my
page lama kena hack!! Kelab bolasepak malaysia .. follow kami di instagram theSports.my
08/08/2026
Harimua Malaya ke semi Final ! .my
Kasut futsal pun ada
04/08/2026
AR champions rise Boboiboy | Shopee Malaysia Boboiboy Galaxy Card Ar Champions rise - Buy AR champions rise Boboiboy
02/08/2026
boboiboy Card (Satria, rumble, Cylone Fury) | Shopee Malaysia boboiboy Galaxy card monster Galaxy card - Buy boboiboy Card (Satria, rumble, Cylone Fury)
14/07/2026
Ada lagi guys… siapa nak boleh pergi usha… location PM
06/07/2026
NEW YORK: Hasrat gergasi bola sepak Amerika Selatan, Brazil untuk menamatkan kemarau kejuaraan Piala Dunia sejak tahun 2002 berkecai lagi apabila disingkirkan oleh Norway dalam aksi dramatik pusingan 16 terakhir.
Bagaimanapun, tumpuan perlawanan terarah kepada gelagat bintang sensasi Brazil, Neymar, yang mencetuskan kontroversi apabila sempat ‘mentertawakan’ penjaga gol Norway, Orjan Nyland, sejurus menjaringkan gol penalti, sebelum beliau sendiri menitiskan air mata kekecewaan di akhir perlawanan.
Brazil terlebih dahulu berpeluang membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-12, namun tonggak Newcastle United, Bruno Guimaraes, gagal menyempurnakannya.
Norway kemudian menghukum kesilapan itu menerusi penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland, yang memecah kebuntuan pada minit ke-79 sebelum meledak gol kedua menerusi rembatan padu dari luar kotak penalti pada minit-minit akhir perlawanan.
Neymar, yang dibawa masuk sebagai pemain gantian berjaya mengurangkan defisit gol menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.
Bagaimanapun, tindakan beliau yang sengaja mengejek Nyland di hadapan pintu gol mengundang kecaman hebat peminat bola sepak memandangkan Brazil ketika itu kesuntukan masa untuk menyamakan kedudukan.
Tindakan penyerang veteran itu dianggap tidak profesional oleh rata-rata penyokong yang menyifatkan sorakan gol sagu hati terbabit sebagai sesuatu yang memalukan.
“Berbanding cuba mempercepatkan permainan untuk memburu gol penyamaan, dia (Neymar) sebaliknya sibuk bertengkar dengan penjaga gol lawan.
“Akhirnya penjaga gol itu yang ketawa di penghujung perlawanan,” selar salah seorang peminat di media sosial. Football / Bolasepak / Sukan Berita Harian
06/07/2026
MEXICO: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilaporkan berbincang melalui telefon dengan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino sebelum badan induk bola sepak dunia itu membuat keputusan membatalkan hukuman kad merah ke atas penyerang Amerika Syarikat, Folarin Balogun.
Menurut laporan The New York Times, keputusan itu membolehkan Balogun diturunkan dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia menentang Belgium, pagi esok.
Sebelum ini, Infantino pernah menganugerahkan Trump Anugerah Keamanan FIFA yang julung kali diperkenalkan, satu penghormatan yang mencetuskan perhatian selepas Trump berulang kali menyuarakan kekecewaan kerana tidak pernah dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan.
Anugerah itu selain hubungan rapat yang didakwa terjalin antara Infantino dan Trump, turut mengundang penelitian daripada badan pemantau etika di Kesatuan Eropah (EU).
Malah, beberapa ahli Parlimen Eropah minggu lalu menuntut penjelasan berhubung keputusan FIFA itu.
06/07/2026
EAST RUTHERFORD: Neymar memberi bayangan dia mungkin mengharungi perlawanan terakhir bersama Brazil selepas menjaringkan gol ketika tewas 1-2 kepada Norway pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia, pagi tadi.
Penyerang berusia 34 tahun itu menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan, namun jaringan tersebut gagal mengelakkan Brazil daripada tersingkir, sekali gus meneruskan penantian juara dunia lima kali itu untuk merangkul gelaran keenam.
Bercakap ringkas kepada penganalisis saluran televisyen Brazil, ge tv, Bruno Formiga, selepas perlawanan, Neymar memberi bayangan bahawa perjalanan kariernya bersama skuad Selecao sudah berakhir.
“Saya sudah mencuba, saya sudah mencuba. Kini semuanya sudah berakhir. Saya bermula di sini, dan saya juga mengakhirinya di sini,” kata Neymar, merujuk kepada stadium di New Jersey, lokasi beliau membuat penampilan sulung bersama Brazil dalam aksi persahabatan menentang Amerika Syarikat pada 2010.
Neymar dilihat tidak dapat menahan sebak selepas tamat perlawanan yang menyaksikan Brazil mencatat prestasi terburuk di Piala Dunia sejak 1990.
Kegagalan itu turut menyebabkan Brazil kini berdepan tempoh kemarau kejuaraan dunia paling panjang sejak kali pertama menjulang trofi berkenaan. Menjelang Piala Dunia 2030, Selecao akan genap 28 tahun tanpa meraih gelaran dunia.
Sekiranya Neymar mengesahkan persaraan di pentas antarabangsa, dia akan menamatkan karier bersama Brazil dengan rekod 80 gol dan 58 bantuan jaringan dalam 130 penampilan.
Walaupun memenangi pelbagai kejuaraan di peringkat kelab, satu-satunya trofi utama Neymar bersama skuad senior Brazil ialah Piala Konfederasi FIFA 2013. Football / Bolasepak / Sukan Berita Harian