01/07/2025
June 2025 made a whirlwind dash around UK to take in the current situation compared to me last visit 2018 before Covid. Lots changed especially price hikes on essentials; car rental and accommodations zoomed up to almost 100% increase, so does our favourite fish & chips one of the strongest reason of visiting the UK again.
This data collecting trip is to prepare a planned trip of around 20 family members come next spring/ autumn.
The 3 week spell took me n son Bakri to Luton, Hull, York, Wakefield, Bradford, Leeds, Liverpool, Blackpool, Runcorn, Birmingham, Milton Keynes, Basildon & London.
Me n son are ardent fans of fish & chips especially haddock, and where else but in Hull you get the best.
23/09/2022
I was made a resident guest artist to the National Art Gallery 2005, the ministry provided me a bus turned to a mobile studio to participate in their programs. Me daughter Emma showed great interest in art, never missed any art outings with me and the NAG. She's a fast learner, and I truly trusted her to do finishing touches to me artwork.
We planned the biggest solo art show at the NAG in 2012. She's a polished artist by then, we worked in tandem preparing the artworks for the show.
21/02/2020
20022020 me daughter Emma tie the knot.
04/06/2019
masih mencari penulis2 sesuai untuk karang semula Biogafi ini untuk pembukuan. Dari Autobiografi kepada Biografi. Penulis perlu jumpa dengan sebanyak mungkin kenalan saya untuk semak cetera2 yang telah dicatat.
Biografi ini akan dibahagikan kepada 4 jilid;
Jilid 1 - Dari kelahiran hingga tamat sekolah & Maktab Teknik.
Jilid 2 - Episod di England.
Jilid 3 - Kerjaya Arkitek, Pensyarah & Studio Musik.
Jilid 4 - Pelukis sepenuh masa.
Tiap Jilid perlukan seorang penulis untuk kelainan gaya penulisan, lagipun amat rumit untuk seseorang menemuduga semua kenalan saya.
Penulis yang terpilih untuk buat episod England wajiblah ikut saya berjumpa rakan2 disana yang masih ada.
10/04/2019
lawatan ke UK 2018, bertemu Mally Smith & isterinya. Mally dtg jemput sy di hotel guna grab sbb diluar hujan renyai sejuk amat. Sy guna kereta sewa untuk ke rumahnya di pinggir bandar Hull.
Gmbr usang itu 1972 Mally (tengah) & isteri. Di kanan Pete Ashton skrg tinggal di Aston dekat London.
28/12/2018
Dalam menulis Maembong BIO saya hanya cungkil cetera dan peristiwa yang terpahat dalam ingatan. Sambil itu tidak pernah bosan jejaki rakan2 lama dari bangku sekolah ke maktab serta universiti di England dimana saya juga menjadi ahli Hells Angels.
Setelah 43 tahun saya berhasil menjumpai beberapa orang ahli Angels di serata UK baru ini. Seorang yang bernama Pete juga sedang siapkan memoir atau autobiografinya yang padat dengan episod tegang zaman Hells Angel dulu. Dia membaca beberapa episod tulisannya tentang peristiwa pahit getir yg dia dan saya dan ahli kump**an lain lalui yang saya langsung tidak ingat dan tidak dicatatkan dalam BIO ini. Hatta saya akan semak semula serta selaraskan BIO ini kedalam Autobiografi Maembong yg sedang diusahakan.
Rasanya saya perlukan penulis lain untuk siapkan BIO ini kerana masa saya untuk menulis amat terhad. Melukis adalah kerjaya utama. Sesiapa yg rasa boleh teruskan kerja ini hingga melahirkan sebuah buku sila hubungi saya di fb.
catatan: Pete sdg baca episod dia patah kaki kerana jatuh dari motor ketika membonceng dgn sy. Di hospital dia boring amat, rindu pada 'Mel' (Ishmel, sy dikenali di UK gitu). Kami adalah ahli Nomads kump**an Hells Angels yg s**a merantau. Sejak dia masuk hospital, sy bergaul dgn grup Yorks juga. Nomads dan Yorks tidak bermusuh tp tidak sehaluan. Blue Angels atau Blues dari Scotland adalah musuh bersama..... panjang lg bacaannya, kita kupas dilain masa.
16/05/2018
5.4 – Pelukis Penuhmasa
Tahun 1992 belum ada IT, belum ada fb, watsap, semua sebaran berita bergantung harap pada akhbar harian atau radio/tv. Jarang sekaili akhbar buat liputan keatas pelbagai pameran yang sering diadakan ketika itu, kecuali dengan kehadiran seorang menteri atau raja, dan kebiasaannya pada masa itu pameran catan sering bertemakan abstrak dan rasanya penulis akhbar sudah rasa muak cuba mentafsirkan segala macam lorekan dan pacuan warna terutama pada karya yang bertajuk ‘tanpa tajuk’ atau ‘tanpa judul’.
Hari itu 12 February 1992 aku keluar awal pagi untuk intai jika peristiwa pelancaran pameran solo pertamaku itu ada diselit dalam mana-mana akhbar. Aku sudah bersedia dihampakan kerana pada pelancaran itu tidak ada korum, banyak amat kerusi kosong. Dan aku lalu disebuah gerai dan beli senaskah Utusan Melayu; terkejut amat aku lihat sebuah karyaku hiasi muka depan akhbar itu. Jantun berdegup deras, aku ambil p**a Berita Harian; juga serupa – satu lukisanku penuhi muka depan jua. Dan aku beli semua akhbar, tiada satu pun yang tidak buat lapuran tentang pameran solo pertama aku itu. Pagi itu tanpa lagi menjamah sarapan sudah terasa kenyang, terus meluru ke DBKL. Ruang pameran agak sesak dengan warga kerja DBKL yg baru tiba untuk mulakan tugas harian mereka. Aku disambut dengan senyuman lebar sana sini, dan banyak yang menyapa. Kata pujian mengisi ruang legar itu menjadikan udara manis sekali.
Para petugas pameran yang direkrut sahabat-sahabatku dari Universiti itu mula masuki ruang pameran itu, tiap seorang membawa beberapa naskah surat khabar, semua kelihatan ceria bersenyum lebar bila terpandang akan diriku. Agak s**ar mahu diceterakan perasaanku tika itu, sesuatu perasaan yang belum pernah dirasai, terutama bila dikenangkan yang karya-karya aku itu telah diusir dianggap tidak artistic, tidak menepati citarasa semasa, oleh Balai Seni Lukis Negara.
....bersambung...
31/01/2018
Solo pertama Ismail Embong 1992.