๐ง NOTIS PENUTUPAN LALUAN PERSIARAN NASIONAL ๐ง
Dimaklumkan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menjalankan kerja-kerja merentang paip dan kabel elektrik di sepanjang Laluan Persiaran Nasional.
๐
Tarikh: 2 September 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 8.00 pagi โ 5.00 petang
๐ Lokasi: Sepanjang Laluan Persiaran Nasional
๐ Kawalan lalu lintas: Jalan akan mengecil dan hanya satu (1) laluan akan dibuka untuk laluan trafik.
Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu dengan cermat, mematuhi papan tanda keselamatan serta arahan pengawal lalu lintas di tapak.
Bagi mengelakkan kesesakan, pengguna jalan raya disarankan untuk merancang perjalanan lebih awal atau menggunakan laluan alternatif.
๐ Kerjasama dan kesabaran semua pihak sepanjang tempoh kerja-kerja dijalankan amatlah dihargai. Mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.
Perbadanan Stadium Malaysia
Bukan Sekadar Arena Untuk Sukan (Not Just A Sports Venue) Visit us on our website for more information.
Perbadanan Stadium Malaysia is a government statutory body, managing a number of multi-use venues around Malaysia.
30/08/2026
๐ฒ๐พ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69, MALAYSIA! ๐ฒ๐พ
โMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, kami seluruh warga kerja Perbadanan Stadium Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai pengorbanan para pejuang terdahulu serta terus memelihara keharmonian, perpaduan dan keamanan yang kita kecapi.
Sebagai warga Perbadanan Stadium Malaysia, kami berbangga untuk terus memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan dan ruang yang menyatukan rakyat melalui sukan, rekreasi dan pelbagai acara bertaraf nasional.
Berbeza budaya, satu jiwa.
Berbeza bangsa, satu negara.
Bersama kita teguh, bersama kita maju.
๐ฒ๐พ Ayuh semarakkan semangat Malaysia!
Negara Kita, Tanggungjawab Kita.
Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
Salam Malaysia MADANI daripada seluruh warga Perbadanan Stadium Malaysia.
๐ฒ๐พ
30/08/2026
๐ข IMPORTANT NOTICE ๐จ
๐ฒ๐พ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69, MALAYSIA! ๐ฒ๐พ
โMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, Ahli Lembaga Perbadanan Stadium Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai pengorbanan para pejuang terdahulu serta terus memelihara keharmonian, perpaduan dan keamanan yang kita kecapi.
Sebagai warga Perbadanan Stadium Malaysia, kami berbangga untuk terus memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan dan ruang yang menyatukan rakyat melalui sukan, rekreasi dan pelbagai acara bertaraf nasional.
Berbeza budaya, satu jiwa.
Berbeza bangsa, satu negara.
Bersama kita teguh, bersama kita maju.
๐ฒ๐พ Ayuh semarakkan semangat Malaysia!
Negara Kita, Tanggungjawab Kita.
Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
Salam Malaysia MADANI daripada seluruh warga Perbadanan Stadium Malaysia.
๐ฒ๐พ
30/08/2026
2nd MADWAVE - AKL SPRINT CHALLENGES 2026 ๐โโ๏ธ
๐
29-30 Ogos 2026
๐Pusat Akuatik Nasional, Kuala Lumpur Sports City
Setiap kayuhan membawa anda lebih dekat kepada impian. Menang atau kalah bukan penentu kejayaan, tetapi usaha, disiplin dan keberanian untuk terus mencuba. Terus berenang, terus percaya pada diri sendiri. ๐ชโจ
GRASSHOPPER THREE IN LOVE CONCERT 2026 ๐ผ๐ค
๐Unifi Arena
๐
29-30 Ogos 2026
29/08/2026
Program Sukan Lawn Bowls KL Mixed Fours Championship 2026 ๐ณ
Semangat kesukanan, disiplin dan persahabatan menjadi penyeri dalam kejohanan KL Mixed Fours Championship 2026 yang berlangsung pada 28โ30 Ogos 2026 di Kompleks Sukan Bukit Kiara๐ฅ๐ณ
Tahniah kepada semua peserta semoga kejohanan terus menjadi platform untuk mencungkil bakat serta mengeratkan silaturahim dalam komuniti sukan lawn bowls. ๐ชโจ
Selamat berjuang dan semoga berjaya kepada semua pasukan! ๐
๐ธ LEE CHONG WEI CUP 2026 ๐ธ
Bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi membina impian, mengasah bakat dan mencipta keberanian di setiap langkah. ๐ช๐ฅ
๐
29 Ogos - 06 September 2026
๐ Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara
Semoga pentas Lee Chong Wei Cup menjadi titik permulaan kepada lahirnya generasi juara yang bakal mengharumkan nama negara suatu hari nanti. ๐ฒ๐พโค๏ธ
Ayuh kita penuhi Stadium Juara, Bukit Kiara dan sama-sama memberikan semangat serta sorakan kepada atlet-atlet muda yang sedang berjuang mencipta nama! ๐ฒ๐พ๐ธ
Jumpa di sana! Bawa keluarga, kawan-kawan dan semangat anda! ๐ฅ๐
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Stadium Nasional
Kuala Lumpur
57000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |