16/06/2026
Bilakah kali terakhir anda buat temujanji wang?
Ramai orang ada temujanji dengan cinta hati, doktor, pelanggan, kawan dan keluarga.
Tetapi jarang ada yang menjadualkan temujanji wang mereka sendiri.
Sedangkan masa depan kewangan kita dibentuk oleh keputusan yang kita buat hari ini.
Temujanji Wang ialah masa yang anda khaskan untuk melihat semula keadaan kewangan, menilai keputusan yang telah dibuat dan merancang langkah seterusnya.
Anda boleh lakukan sesi ini:
✅ Sendiri
✅ Bersama pasangan
✅ Bersama pakar atau perunding kewangan
Dalam setiap sesi, fokus pada satu perkara utama:
😃 Audit semula pengurusan kewangan sedia ada
😎 Cipta perancangan yang lebih jelas
😉 Laksanakan tindakan yang telah dipersetujui
🤩 Pantau perkembangan dan hasilnya
🧐 Nilai sama ada keputusan kewangan anda benar-benar menyokong kehidupan yang anda impikan
Contohnya:
🤓 Merancang dana Umrah atau Haji
😘 Dana percutian, staycation atau nature healing bersama keluarga
🤗 Dana pendidikan diri dan anak-anak
😌 Dana persaraan yang memberi ketenangan hidup
🥳 Dana tahunan : perayaan, masuk sekolah dll
😎 Dana cemas perlindungan pendapatan
🥹 Dana cemas tersedia pabila berlaku musibah kewangan, sakit, tidak upaya
🤔 Rancang exitplan sebelum bersara
Jangan tunggu sehingga masalah muncul baru mahu melihat keadaan kewangan.
Sama seperti kesihatan, kewangan yang dijaga secara berkala biasanya lebih stabil berbanding kewangan yang hanya diberi perhatian ketika krisis berlaku.
Kerana penjagaan kewangan bukan sekadar tentang duit.
Ia memberi kesan kepada ketenangan fikiran, kestabilan emosi dan keharmonian hubungan dengan orang yang kita sayang.
Jadualkan satu Temujanji Wang minggu ini.
Pastikan anda tetapkan masa, agenda dan hormati diri untuk masa yang dah ditetapkan.
Mungkin 30 minit itu adalah permulaan kepada perubahan besar dalam hidup anda.
Perlukan bimbingan untuk sesi pertama anda?
CikSha sedia bimbing.
❤️CikSha
15/06/2026
"Impian Besar, Tapi..
Kenapa Hidup Masih Di Tempat Sama?"
Beberapa tahun lalu,
ketika sesi konsultasi, CikSha berbual dengan seorang klien yang mempunyai satu matlamat yang sangat jelas.
"Sha! Akak nak kumpul RM1 juta untuk dana persaraan. Boleh?"
"Tentunya! Akak pasti? 🔥
"Ya.. sekarang pun dah 70%," ujar beliau.
"Impian akak, jom kita make it happened!"💪🏻
Beliau seorang yang berdisiplin walaupun sibuk.
Setiap bulan melabur tanpa gagal.
Portfolio semakin berkembang dan sasaran itu semakin hampir dicapai.
Namun baru-baru ni apabila umur beliau
mencecah 55 tahun,
beliau membuat keputusan yang tak dijangka.
Beliau mengeluarkan hampir keseluruhan pelaburannya.
Bukan kerana perlukan wang.
Bukan kerana kecemasan.
Tetapi kerana TAKUT rugi. 🥹
Umpama bina istana terbengkalai 😔.
Pelik bin ajaib..kan.🫣
Kata-kata beliau masih CikSha ingat hingga hari ini.
"Akak sebenarnya mahukan kebebasan kewangan
sebelum bersara wajib."
Tapi dalam diam beliau ambil tindakan kerana
ketakutan membelenggu diri.😔
Ramai orang mahu kehidupan yang lebih baik.
Mahu kewangan yang lebih stabil.
Mahu persaraan yang lebih selesa.
Mahu hidup yang lebih tenang.
Tetapi mereka masih membuat keputusan berdasarkan ketakutan yang sama,
tabiat yang sama dan zon selesa yang sama.
Apabila ianya terjadi,
cadangan dan nasihat konsultan tak lagi
nampak utama dan penting pada diri.
Padahal kesepakatan terbina buatkan
pelaksanaan perancangan kewangan dan
proses pemantauan lebih lancar.
Satu perkara yang perlu sama-sama kita ingat,
segala usaha untuk menjemput rezeki,
mengurus rezeki dan berkongsi rezeki.
Hasilnya (contoh : untung, rugi, kebaikan dll)
semuanya ketentuanNya.
Nampak mudah saja peringatan ni.
Tak semua boleh terima. 😉
Kita tidak boleh mengharapkan hasil berbeza,
jika cara berfikir dan tindakan kita masih sama.
Hakikatnya..
peluang baru sering muncul apabila kita benar-benar membuat keputusan untuk berubah.
Malangnya, ramai yang..
tak pernah membuat keputusan itu.
Mereka kekal dengan cara lama.
Kemudian tertanya-tanya...
kenapa hidup tak berubah?
kenapa simpanan tak bertambah?
kenapa simpanlabur emas tak bertambah gram?
kenapa simpanlabur unit trust tak untung besar?
kenapa pelindungan pendapatan tak tersedia?
Keinginan hanya mencipta impian.
Tetapi keputusan dan tindakan yang konsisten mencipta realiti.
Tanya diri sendiri:🤔
"Adakah keputusan kewangan saya
hari ini dipandu oleh matlamat saya
atau oleh ketakutan saya?"
Jawapan kepada soalan itu mungkin sedang menentukan masa depan anda.
Perubahan besar tidak semestinya bermula dengan langkah yang besar.
Ia bermula apabila kita berhenti membiarkan ketakutan menentukan arah hidup kita.
Kita gunakan pemikiran kreatif kita untuk kebajikan dan manfaat diri serta famili.
♥️CikSha
14/06/2026
"Kenapa Duit Susah Melekat?"
Mungkin Bukan Sebab Gaji Kecil...
Baru-baru ini semasa sesi konsultasi,
seorang klien CikSha berkongsi sesuatu yang buatkan CikSha terdiam seketika.
Katanya,
"Saya sebenarnya bukan tak ada duit.
Gaji saya lima angka, bonus pun ada.
Tapi setiap hujung bulan saya tetap rasa cemas. Rasa macam duit tak pernah cukup.
Boleh bantu saya nak tambahkan simpanan & simpanlabur sedia ada?"
CikSha bertanya penuh dengan rasa nak tahu tentang pengalaman zaman kecilnya,
dia terus bercerita.
"Saya membesar dalam keluarga yang selalu bergaduh pasal duit. Hampir setiap minggu saya dengar ayah cakap,
'duit tak cukup... duit tak cukup...
pergaduhan ayah dengan mak membingitkan. "
Hari ini..
walaupun pendapatan beliau jauh lebih baik
daripada keluarga dahulu,
perasaan takut itu masih tinggal.
Duit bertambah.
Tetapi rasa "tak cukup" tidak pernah hilang.
Ketika itu CikSha sedar, kadang-kadang yang menghalang seseorang daripada menikmati ketenangan kewangan bukan jumlah duit yang dimiliki.
Tetapi cerita lama yang masih tersimpan dalam minda.
Pengurusan kewangan bukan sekadar..
ilmu dan skill urus duit,
ia melibatkan ilmu dan skill urus emosi..
sebelum, semasa dan selepas keputusan kewangan dibuat.
Pernah tak terfikir..
kenapa ada orang yang pendapatannya biasa-biasa tetapi kewangannya stabil?
CikSha ada investor umur 30an anggaran income jauh lebih kecil dari yang diceritakan di atas,
beliau berjaya disiplin ada dana cemas, buat simpanlabur, ada simpanan emas dan ada perlindungan takaful.
Sedangkan yang gajinya tinggi,
bonus besar, malah tahu tentang pelaburan,
tetapi tetap rasa duit tak cukup.
Nak lebihkan peratus simpanan pun takut.
Pelik bin ajaib.
Mungkin masalahnya bukan pada jumlah duit yang masuk.
Mungkin masalahnya pada identiti kewangan yang kita bawa sejak lama.
Jika sejak kecil kita sering mendengar:
👉 "Duit susah nak dapat."
👉 "Orang kaya mesti tamak."
👉 "Kita memang hidup susah."
Lama-kelamaan ayat itu menjadi kepercayaan.
Kepercayaan menjadi identiti.
Identiti membentuk keputusan kewangan kita setiap hari.
Sebab itu ada orang yang sukar menyimpan walaupun berpendapatan tinggi.
Ada yang takut melabur walaupun mempunyai wang lebihan.
Ada yang sentiasa rasa tidak cukup walaupun sebenarnya sudah banyak memiliki.
Kepercayaan dan mindset begini sangat bahaya terutama bagi seorang lelaki terutamanya yang bakal atau sudah bergelar ayah.
Karakter dan pemikiran ayah tentang kewangan bakal diwarisi pada anak.
Anak yang berilmu dan nak berubah sahaja boleh memecah pola pemikiran bergenerasi.
Sebelum memperbaiki akaun bank,
perhatikan dahulu "cerita tentang duit"
yang sedang bermain dalam fikiran kita.
kadang-kadang...
Rezeki bukan tersekat di luar.
Tetapi tersekat pada kepercayaan yang kita pegang tentang diri sendiri.
Soalan refleksi hari ini:
Apakah ayat tentang duit yang paling kerap anda dengar semasa kecil dan masih mempengaruhi hidup anda sehingga hari ini?
Sudi sudikanlah kongsi di ruangan komen.
Semoga ia bermanfaat pada semua yang membaca.
♥️CikSha
07/06/2026
"Apa yang kita fikir hari ini,
sedang membina kehidupan
yang kita akan jalani esok."
Semalam di National Sales Conference,
satu perkara yang paling melekat dalam fikiran saya bukan tentang jualan,
bukan tentang anugerah,
tetapi tentang percaya diri.
Ramai orang gagal bukan
kerana mereka tidak mampu.
Mereka gagal kerana terlalu lama
percaya kepada suara
ketakutan dalam diri sendiri.
"Kalau aku cuba nanti macam mana kalau tak jadi?"
"Kalau aku rugi?"
"Kalau orang kata aku tak pandai?"
Sedangkan semua itu
hanyalah cerita yang dicipta
dalam fikiran sebelum
ia benar-benar berlaku.
Hakikatnya, keputusan kewangan kita
juga banyak dipengaruhi oleh
monolog dalaman yang
kita ulang setiap hari.
Ada yang dah daftar akaun tanpa tabungan.
Ada yang bertangguh ... "nanti dulu laa"
Ada yang takut memulakan pelaburan semudah unit amanah.
Ada yang menangguhkan
perancangan kewangan bertahun-tahun.
Ada yang dah ada perancangan tapi tak percaya pada keputusan diri dan proses hingga..
henti pelaksanaan perancangan tersebut. 🥹
Pelik bin ajaib kan. 🫣
Bukan sebab tiada duit.
Tetapi sebab terlalu percaya pada ketakutan yang belum tentu berlaku.
3 langkah praktikal yang boleh kita mula hari ini:
✅ Perhatikan apa yang anda fikirkan setiap kali bercakap tentang wang.
✅ Tukarkan dialog negatif diri kepada dialog yang memberi harapan dan tindakan.
✅ Cabar ketakutan dengan tindakan kecil,
bukan alasan besar.
Kadang-kadang perubahan hidup
bukan bermula dengan duit yang banyak.
Ia bermula apabila kita berani mengubah cara kita bercakap dengan diri sendiri.
Soalan untuk diri kita hari ini:
Adakah suara dalam kepala kita sedang membantu membina masa depan...
atau... sedang menghalang kita
daripada mencapainya?
Jika anda mahu kehidupan kewangan yang berbeza, mulakan dengan cara berfikir yang berbeza.
♥️CikSha
01/04/2026
Alhamdulillah kelas pagi ni buka minda untuk transformasikan lebih ramai hidup insan lain.
Bukan 3 in 1
Sekarang 4 in 1!
Menariknya pabila mulakan fikir tentang perancangan kewangan diri,
ada pilihan nak gandakan simpanan :
✅️ sekali gus/ bulanan
✅️ secara tunai / tanpa tunai
✅️ boleh dapat rebate cukai
✅️ boleh jadi sumber jana pendapatan tambahan
Macam-macam boleh dirancangkan.
Tapi tak semua yang ada kesedaran,
Tak semua bersungguh untuk ikut pelan diri.
Tepuk dada tanya diri sendiri.
Sekiranya anda boleh utamakan bayaran komitmen untuk urusan hidup,
Pastinya anda boleh utamakan simpanlabur untuk kegunaan masa depan.
♥️CikSha