16/08/2026
DARI AKSI KE STRATEGI DI SEBALIK PERJALANAN SEORANG JUARA!πΆπ₯
Daripada seorang atlet yang pernah mencipta sejarah di SUKMA 2014 dengan 4 pingat emas untuk Wilayah Persekutuan, memecahkan rekod kebangsaan K4 500 meter, hinggalah kini bergelar Jurulatih Kanu Wilayah Persekutuan, perjalanan Mohd Khirulniza Salleh bukan sekadar tentang kemenangan, tetapi tentang pengorbanan, disiplin, mentaliti dan strategiππ₯
Lebih menarik, walaupun sudah berada di kerusi jurulatih, semangat untuk turun beraksi masih membara! πͺ
ποΈ Dalam SUKAN+ Close-Up: DARI AKSI KE STRATEGI, kita kupas kisah di sebalik perjalanan beliau
Kalau selama ini anda fikir kanu cuma βduduk dalam kayak dan kayuh lajuβ, tunggu sampai dengar sendiri cerita di sebaliknya. ππ₯
πΊ SUKAN+ Close-Up
πΊ Bernama TV β Astro 502 | unifi TV 631 | MYTV 121
π² Facebook & YouTube **BERNAMA TV**
βΆοΈ **Tonton di YouTube:https://youtu.be/hKFDstYbAKc?si=MM8ocNdu1EnrAkDa
π± **Tonton di Facebook: https://www.facebook.com/share/v/14pei7Zdu34/?mibextid=wwXIfr
-DARI AKSI KE STRATEGI DARI ATLET KE JURULATIH-
π₯ Inilah cerita di sebalik setiap kayuhan!
06/08/2026
KEJOHANAN KANU REMAJA KEBANGSAAN 2026πΆ
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh atlet KL Canoe yang berjaya mengharumkan nama pasukan dengan meraih pingat di Kejohanan Kanu Remaja Kebangsaan 2026 yang telah berlangsung pada 30 Julai β 2 Ogos 2026 di Kompleks Sukan Air Presint 6, Putrajaya.
Setiap kayuhan yang dilakukan merupakan simbol disiplin, ketabahan dan semangat juang yang luar biasa. Kejayaan yang diraih hari ini adalah hasil daripada latihan tanpa mengenal penat, pengorbanan yang berterusan serta kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan.
β¨ Lebih membanggakan, sekalung tahniah diucapkan kepada atlet KL Canoe, Munira Muzaffa, atas pencapaian cemerlang apabila dinobatkan sebagai Anugerah Atlet Wanita Bawah 18 Tahun Terbaik kejohanan. Pengiktirafan ini menjadi bukti bahawa dedikasi, komitmen dan prestasi luar biasa sentiasa membuahkan hasil serta menjadi inspirasi kepada atlet-atlet muda yang lain.
Teruskan melakar sejarah, teruskan mengukir kejayaan, dan jangan pernah berhenti mengayuh ke arah impian yang lebih besar. **Satu pasukan, satu semangat, satu matlamat β terus mengungguli arena kanu negara!** πͺπ₯π£
KL Canoe β Born to Paddle, Built to Win.β€οΈ
BornToPaddleBuiltToWin
06/08/2026
π¨ PENDAFTARAN KINI DIBUKA! π¨
β KURSUS BERKAYAK ANUGERAH BINTANG DUA β
(MBOCE β MASCA) π£ββοΈπ
Tingkatkan kemahiran berkayak anda ke tahap seterusnya!
π
4 β 6 September 2026
β° 8.00 pagi β 5.00 petang
π Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
π° RM200 / peserta
β¨ Terbuka kepada pemegang Sijil Anugerah Bintang 1
β
Latihan & ujian teori serta praktikal
β
Peralatan kursus disediakan
π― Slot terhad!
Daftar sekarang dan mulakan perjalanan anda menuju Anugerah Bintang Dua ββ
π Pertanyaan & pendaftaran:
012-3280499 (Azzim)
011-33793884 (Khirulniza)
20/07/2026
PIDBR 2026π²
Syabas dan Tahniah, Team KL Canoe! ππ
Satu lagi pencapaian yang membanggakan berjaya dilakar! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh atlet KL Canoe atas kejayaan meraih Naib Juara dalam acara National Open Mix di Putrajaya International Dragon Boat Race 2026.
Kejayaan ini bukan sekadar membawa pulang pingat, tetapi menjadi bukti bahawa semangat berpasukan, disiplin, kegigihan dan pengorbanan sepanjang latihan akhirnya membuahkan hasil. Setiap kayuhan yang dilakukan mencerminkan tekad yang tidak pernah luntur untuk mengharumkan nama pasukan.
Teruskan melakar kejayaan, dan jadikan pencapaian ini sebagai pembakar semangat untuk menawan lebih banyak podium pada masa hadapan.
15/07/2026
LIGA KANU POLO MALAYSIA 2026, SIRKIT 2π²πΎ
πTakan Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
β³11 Julai 2026
06/07/2026
π Berani cabar diri di atas air?
Inilah masanya untuk tingkatkan kemahiran berkayak dan cipta pengalaman yang luar biasa! π£π₯
π― Register sekarang sebelum pendaftaran ditutup!
Your adventure starts with one registration. π
10/06/2026
Syabas dan tahniah kepada atlet Kanu Kuala Lumpur atas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Sirkit 1 Kebangsaan Stand Up Paddling (SUP) dan Polo SUP yang telah berlangsung pada 4 hingga 7 Jun 2026 di Tasik Hentian Jaya, Selangor. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidil Adha 2026 π
Persatuan Kanu Kuala Lumpur mengucapkan Salam Aidil Adha buat seluruh umat Islam.
Semoga segala ibadah, pengorbanan dan keikhlasan kita diterima serta diberkati oleh Allah SWT.
β¨ Semoga Aidil Adha ini membawa:
π€ ukhuwah yang lebih erat
πͺ semangat pengorbanan yang tinggi
π£ kekuatan untuk terus melangkah bersama
βTaqabbalallahu minna wa minkumβ
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindungan-Nya.