30/08/2026
30 Ogos 2026 | AU5D Lembah Keramat
π ANUGERAH PEMAIN TERBAIK BULANAN
Akademi Bola Sepak AU5βD Lembah Keramat hari ini memberikan penghargaan kepada para pemain yang telah menunjukkan komitmen, disiplin dan prestasi yang baik sepanjang sesi latihan serta perlawanan.
Anugerah Pemain Terbaik Bulanan bagi tempoh Januari hingga Julai 2026 diberikan berdasarkan penilaian prestasi serta rekod kehadiran pemain pada setiap bulan.
Penyampaian sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Encik Ezanni, Timbalan Pengerusi MPP Sub Zon 3 Parlimen Setiawangsa, diiringi oleh Encik Khushairi Aizad Jamalludin, Presiden Kelab Bola Sepak AU5βD Lembah Keramat.
Tahniah kepada semua pemain yang menerima anugerah! πβ½
Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat kepada semua pemain untuk terus berdisiplin, meningkatkan prestasi dan konsisten menghadiri sesi latihan bersama Akademi Bola Sepak AU5βD Lembah Keramat.
Teruskan usaha, teruskan berlatih dan terus kejar impian! πͺβ½π
09/08/2026
09 August 2026 | Padang AU5D Lembah Keramat
Latihan Akademi Bolasepak AU5D Lembah Keramat kategori U8, U10 & U12
25/07/2026
25 Julai 2026 | AU5D Lembah Keramat
β½ KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN PIALA KHUSHAIRI AIZAD 2026 β½
Sempena ulang tahun ke-13 penubuhannya, Akademi Bola Sepak AU5D Lembah Keramat telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Piala Khushairi Aizad! π
Kejohanan khas ini dibawakan bagi menghargai pengasas akademi, Sdr. Khushairi Aizad, yang sentiasa komited dan aktif membangunkan akademi ini sejak tahun 2013.
Selain menjadi medan mencungkil bakat baharu di peringkat akar umbi, penganjuran ini juga adalah bentuk penghargaan buat anak-anak, ibu bapa, serta para jurulatih atas sokongan dan komitmen padu yang berterusan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan kejohanan atas kejayaan penganjuran ini! πβ¨
Antara pasukan yang telah menyertai adalah AJFC A, AJFC B, Strait FC, Akademi AU5'D A, Akademi AU5'D B, KL Passion & Akademi KL Rangers.
π KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN π
KATEGORI CUP
π₯ Juara: AJFC A
π₯ Naib Juara: Strait FC
π₯ Ketiga: AJFC B
π
Keempat: Akademi AU5D A
KATEGORI PLATE
π₯ Juara: KL Passion
π₯ Naib Juara: Akademi AU5D B
π₯ Ketiga: Akademi KL Rangers
Tahniah kepada semua pemenang dan seluruh pasukan yang bertanding! Korang mmg terbaik! πͺπ₯
11/07/2026
11 July 2026 pasukan AU5D (U9) telah menyertai kejohanan βRaptor Cup Series 2026β bertempat di padang bola HKL sbg pasukan jemputan
AU5D FC telah berjaya mendapat tempat kedua pd kejohanan kali ini. Mata yang sama tp hny perbezaan 2 gol shj dgn juara. Tahniah diucapkkan kpd pemain dan coach wan dan juga coach aidil. Pemain telah menunjukkan peningkatan drpd awal tahun sehingga ke harini
Terima kasih juga diucapkan kpd ibu bapa yg turut hadir memberikan sokongan paling padu kepada pemain. Semoga kejohanan kali ini dpt memberikan pengalaman berharga buat pemain.
Terima kasih juga kpd Raptor team kerana sudi menjemput Akademi AU5D football club pd kejohanan kali ini.
28/06/2026
28 June 2026 Pihak akademi telah menyertai βHuslo World Cupβ kategori bawah 12 tahun yg bertempat di kompleks Sukan Bangsar.
Pasukan telah berjaya melangkah ke final dan memperoleh tempat ke 2 (Naib johan). Untuk pengetahun pasukan ini telah dicampur drpd umur 10,11 dan juga 12 dan apabila pasukan berjaya melangkah ke final ia adalah 1 pencapaian yg terbaik. Tahniah kpd pemain dan coach
Penjaring terbanyak kejohanan p**a telah dimenangi oleh pemain AU5D fc sendiri iaitu Muhammad Imtiyaz dan telah berjaya membawa balik jam tangan gshock. Terima kasih diucapkan kepada pengajur
Di akademi bolasepak AU5D, semangat berpasukan dan berdaya saing itu yg lebih utama,menang kalah adalah bonus. Terima kasih diucapkan kpd coach awi Awi dan jutaan terima kasih diucapkan kpd ibu bapa yg hadir memberikan sokongan kpd anak anak. Tahniah sekali lagi