20/07/2026
Leandro Paredes, Sampah Busuk Yang Berasal Dari Argentina.
Leandro Paredes adalah pemain yang bermain di posisi tengah bertahan. Jenis nombor 6 tapi baka destroyer. Tugasnya adalah dengan membuat kerja kotor untuk pasukan, sebelum playmaker kutip bola dan lakukan gerakan.
Tapi Paredes jenis destroyer yang memang betul-betul destroy. Tak dapat bola, kaki dia kitai. Tak dapat kaki, segala anggota badan pihak lawan dia bantai.
Itu lah Paredes.
Sebenarnya, karier pemain ini tidaklah gah mana. Berpindah randah ke sana sini. Selalu menjadi pilihan kedua atau ketiga jurulatih. Mungkin kerana tidak gemar permainan busuk beliau. Gol jangan cakap lah, tak lebih lima dalam satu kelab itu.
Tetapi apa yang membuatkan peminat bola sepak cukup benci dengan beliau, adalah kerana sifat destroyernya yang sangat menjengkelkan.
Paredes jenis pemain yang mudah koyak. Jenis berani dengan pemain lemah, tetapi apabila dengan lawan lebih besar, telur terus jadi kecut.
Siapa boleh lupa dengan edisi Piala Dunia Qatar 2022? Pertemuan antara Belanda vs Argentina. Memang panas game ini.
Ketika itu, Frankie De Jong sedang melarikan bola, Paredes datang dan bentes. Tapi, tackle itu bersih. Bola terlepas dan menuju ke Nathan Ake.
Paredes bangun semula dan terus sauk kaki Ake. Ake rebah, meraung kesakitan.
Tapi belum habis lagi, entah apa yang merasuk kepalanya. Paredes bangun dan terus menyepak bola ke arah pasukan bangku simpanan Belanda.
Situasi jadi panas. Kem Belanda menyirap habis.
Mungkin kerana takut, Paredes berundur mahu larikan diri.
Pada waktu itu lah, munculnya kapten Belanda ketika itu. Siapa lagi kalau bukan Virgil Van Dijk.
Tak cakap banyak, Van Dijk terus tolak hingga melambung pemain itu. Uniknya, Van Dijk tidak gunakan tangan. Sekadar rempuh dengan dada. Sudah cukup memastikan Paredes ketakutan.
Edisi kali ini, sekali lagi Parades menunjukkan perangai babinya.
Waktu pemain Sepanyol sedang meraikan kejayaan, tiba-tiba kem Argentina tak puas hati. Beberapa pemain Spain seperti Alex Garcia dan Gavi masuk campur untuk meleraikan keadaan.
Tiba-tiba, Paredes pergi pukul Alex Garcia. Tak cukup dengan itu, Gavi p**a dihumban hingga jatuh. Hanya sebab kalah, terus mental koyak.
Mujur kem Sepanyol sekarang tiada pemain rebel seperti Sergio Ramos. Kalau tak, pasti Paredes gerun tak berkutik.
Itu lah dia Leandro Paredes, si pukimak yang berasal dari Argentina.
Oleh: Ameen Typewriter
13/01/2026