the LAVIS company

the LAVIS company

Share

a vibrant & innovative sporting company

17/07/2026

https://www.facebook.com/61590525893832/posts/122125145571350863/

LIGHTNING CUP 2026 KEMBALI LEBIH GAH DENGAN HADIAH MELEBIHI RM100,000!

Edisi ketiga Lightning Cup bakal kembali menghangatkan kalendar badminton antarabangsa apabila berlangsung dari 3 hingga 6 September di Pavilion Hall, SkyIndoor Themepark, Resorts World Genting.

Selepas dua penganjuran yang mendapat sambutan memberangsangkan, kejohanan kali ini tampil lebih besar dengan 69 kategori dipertandingkan, merangkumi kategori Terbuka, Amatur, Kumpulan Umur, Gabungan Umur serta acara popular Mixed Three-on-Three (3P). Turut diperkenalkan ialah kategori Parent and Child serta VIP Invitational, menjadikan Lightning Cup sebuah festival badminton yang meraikan penyertaan semua lapisan masyarakat.

Dengan hadiah keseluruhan melebihi RM100,000, kejohanan ini dijangka menarik penyertaan pemain dari pelbagai negara, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara acara badminton komuniti paling berprestij di rantau ini.

Bagi memastikan persaingan yang lebih seimbang, pemain dalam kelompok 100 terbaik dunia BWF tidak dibenarkan bertanding, manakala bekas pemain profesional veteran masih berpeluang beraksi mengikut syarat yang ditetapkan.

Lebih daripada sekadar perebutan gelaran, Lightning Cup 2026 menjadi platform menyatukan komuniti badminton, mengeratkan persahabatan merentas negara dan terus menyemarakkan budaya sukan untuk semua.

Photos from the LAVIS company's post 19/03/2026

Hari yang indah apabila Dato Jack Koh bersama rakan seperjuangan badminton Dato Rashid Sidek, Datuk DJ Dave dan beberapa sahabat yang lain berkesempatan melakukan kunjungan hormat kepada YB Menteri KBS, Dr Mohammed Taufiq Johari di Menara KBSMalaysia, Putrajaya pagi semalam.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada YB Dr Taufiq diatas kesudian menerima kunjungan kami walaupun dalam kepadatan jadual serta persiapan raya yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi. Sungguhpun begitu, melalui perbincangan kami yang berlangsung selama 1 jam setengah, memberikan respon yang sangat baik apabila YB Dr Taufiq menerima segala perkongsian pasukan kami dalam meningkatkan kualiti serta pembangunan atlet sukan badminton di Malaysia. YB Dr juga sedia maklum perihal beberapa permasalahan serta cabaran yang dihadapi oleh akar umbi atlet dan perbincangan dua hala ini akan diteruskan lagi kelak, bagi memberi ruang kerjasama pasukan kami dengan KBS menjadi ideal demi negara tercinta, Malaysia.

Pertemuaan yang sangat baik, pasukan kami sangat berharap akan adanya lebih banyak perbincangan sebegini serta kolaborasi berperingkat yang dapat memberikan keuntungan buat para atlet serta pembangunan sukan terutamanya badminton di Malaysia

Badminton Association of Malaysia - BAM
Persatuan Pengurusan Industri Sukan Malaysia - PRISM

Universiti Sains Malaysia
badminton club
purple league
marketing group

01/01/2026

Happy New Year 2026!

As we gallop into 2026 with renewed momentum,
I am deeply grateful for the trust and partnerships that made the past year truly meaningful.

At Lavis, we look forward to deeper collaboration, new opportunities, and shared success in the year ahead.

Here’s to building stronger partnerships, creating greater impact, and achieving new milestones together in 2026.

Warm regards,
Dato Jack Koh
Founder & Group CEO

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Sports Arena Sentosa, Jalan Seri Sentosa 2A, Tmn Sri Sentosa
Kuala Lumpur
58100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00