09/06/2026
KENYATAAN PENGHARGAAN RASMI
PERSATUAN MALIM GUNUNG PERHUTANAN (PMGP)
OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT (SAR) GUNUNG BATU PUTIH, TAPAH
24 Mei – 6 Jun 2026
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Malim Gunung Perhutanan (MGP) yang telah menyertai operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di Gunung Batu Putih, Tapah, yang bermula dari 24 Mei 2026 hingga 6 Jun 2026.
Komitmen, pengorbanan masa, tenaga serta semangat kesukarelawanan yang telah ditunjukkan sepanjang operasi ini amat dihargai. Kehadiran dan kerjasama anda sama ada secara langsung di lapangan, di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), dalam aspek sokongan logistik mahupun melalui doa dan sokongan moral, telah banyak membantu melancarkan perjalanan misi ini.
PMGP juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PDRM, JBPM serta semua agensi dan pihak yang terlibat atas komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang operasi ini
Terima kasih atas dedikasi, profesionalisme dan semangat kebersamaan yang telah dipamerkan. Semoga segala usaha dan jasa yang dicurahkan mendapat ganjaran serta keberkatan.
Teruskan berkhidmat demi keselamatan komuniti serta kelestarian aktiviti rekreasi alam semula jadi.
01/05/2026
Selamat Hari Pekerja kepada semua khususnya Malim Gunung Perhutanan.
Terima kasih atas dedikasi kalian dalam menjalankan amanah. Teruskan berkhidmat dengan penuh integriti dan tanggungjawab!
10/02/2026
Tahniah Ts. Mohd Yussainy Md Yusop!
Sekalung tahniah diucapkan atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus. Semoga amanah baharu ini terus memberi ruang untuk tuan memimpin dengan penuh dedikasi, menjaga kelestarian hutan, dan membawa jabatan ke arah kecemerlangan.
01/01/2026
Gunung bukan tempat untuk angkuh,
dan hutan bukan medan untuk cuai.
Setiap langkah pendakian adalah amanah,
dan setiap keputusan di gunung boleh menentukan hidup atau mati.
Oleh itu, kita mesti terus berpegang kepada nilai: integriti, tanggungjawab dan hormat kepada alam.
Selamat Tahun Baru 2026!
17/10/2025
Takziah kepada keluarga Allahyarham Mustaqqeem bin Mansoor di atas pemergian arwah semasa aktiviti mendaki di Gunung Liang.
Kami menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas kejadian yang berlaku dan amat berharap semua pihak dapat sama-sama menghormati keluarga Allahyarham dalam tempoh sukar ini. Siasatan akan dijalankan oleh pihak yang berwajib dan diharapkan insiden yang menimpa Allahyarham ini dapat menjadi pengajaran bersama oleh semua pihak.
Semoga urusan pasukan penyelamat membawa keluar jenazah Allahyarham dipermudahkan dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.
Al-Fatihah
28/07/2025
Syabas atas Anugerah Bakti Komuniti JBPM 2025. Teruskan khidmat dari hati!
Dua malim gunung terima Anugerah Bakti Komuniti JBPM | Berita Harian
MARANG: “Sebaik dimaklumkan seorang wanita mengalami dehidrasi, saya bersama sembilan lagi rakan malim gunung terus ke air terjun Latar Langsir, Hulu Dungun, yang mengambil masa kira-kira lima jam perjalanan,” kata Nor Hayati Hamzah.