24/08/2026
SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ
12 Rabiulawal 1448H | 2026M
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah ﷺ itu contoh teladan yang baik bagi kamu.”
— Surah Al-Ahzab: 21
Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah Baginda serta meneladani akhlak dan sunnah Rasulullah ﷺ dalam kehidupan seharian.
Semoga cinta kepada Rasulullah ﷺ terus subur dalam hati, dan syafaat Baginda menjadi bekalan kita di akhirat kelak.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad ﷺ
22/08/2026
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur telah diadakan bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan pengurusan, status perkembangan serta perancangan persatuan dan pasukan bagi memastikan setiap agenda yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.
Semoga segala keputusan dan perbincangan yang telah dipersetujui dapat membawa KLFA terus melangkah ke hadapan dan memperkukuhkan lagi pembangunan bolasepak Kuala Lumpur. 💙
22/08/2026
🔥 FULL TIME | PIALA BELIA 🔥
Kuala Lumpur berjaya menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir untuk membawa pulang satu mata dalam aksi penuh dramatik.
Kuala Lumpur FA 1️⃣–1️⃣ Sabah FC III
Tak pernah mengalah sehingga wisel penamat.
Kita teruskan melangkah. KL, keep fighting! 💙❤️
22/08/2026
🔥 MATCHDAY | PIALA BELIA 2026 🔥
Kembali ke medan perjuangan dengan aksi menentang Sabah FC petang ini.
🗓️ 22 Ogos 2026
⏰ 4.45 PM
📍 Stadium MMU Cyberjaya
Satu pasukan. Satu perjuangan. Satu misi.
Ayuh KL, kita buat yang terbaik!
19/08/2026
TAHNIAH PASUKAN FUTSAL WANITA WILAYAH PERSEKUTUAN! 💙💛
Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Futsal Wanita Wilayah Persekutuan atas kejayaan melangkah ke FINAL! 🔥
Satu lagi perlawanan untuk memburu kejuaraan! Ayuh teruskan perjuangan dan berikan yang terbaik di pentas final. 💪🏻
WILAYAH PERSEKUTUAN 🆚 SELANGOR
🗓️ Jumaat, 21 Ogos 2026
⏰ 8.00 malam
📍 KOMBES Shah Alam
AYUH WILAYAH!
BAWA PULANG KEJUARAAN! 🏆🔥
15/08/2026
💥 FULL TIME | PIALA BELIA 💥
Kuala Lumpur FA mencatat kemenangan bergaya dengan menewaskan Akademi Kuching City FC 7-0! 🔥
Tahniah buat seluruh pasukan atas persembahan yang mantap!
15/08/2026
⚡ PIALA BELIA 2026⚡
90 minit untuk berjuang.
90 minit untuk buktikan siapa kita. 🔥⚽
Kuala Lumpur FA vs Akademi Kuching City FC
📅 15 Ogos 2026
⏰ 4.45 PM
🏟️ Stadium MMU Cyberjaya
Turun dengan semangat. Main dengan hati. Berjuang sampai akhir! 💪🔥
AYUH KLFA!
13/08/2026
🔥 KURSUS KEJURULATIHAN AKAR UMBI SIRI 3/2026 KINI DIBUKA! 🔥
Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur menjemput semua jurulatih dan penggiat sukan bolasepak untuk menyertai Kursus Kejurulatihan Akar Umbi Siri 3/2026. Kursus ini merupakan satu inisiatif pembangunan asas bolasepak yang penuh ilmu, pengalaman dan jaringan profesional!
🗓 Tarikh: 4-6 September 2026
📍 Tempat: Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
💰 Yuran: RM350
Sertai dan tingkatkan ilmu kejurulatihan anda bersama barisan tenaga pengajar berpengalaman.
Daftar sekarang!
WhatsApp Mohd Afiqe (011-28724822) atau imbas QR untuk pendaftaran.
12/08/2026
Selamat Hari Lahir kepada Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Tuan Syed Yazid Syed Omar.
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus diberikan kejayaan dalam menerajui dan memajukan bolasepak Kuala Lumpur.
Ikhlas daripada seluruh pengurusan & kakitangan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur.
Selamat Hari Lahir, Presiden!
11/08/2026
🔥 KEPUTUSAN PENUH | PIALA BELIA 🔥
Kuala Lumpur FA 6️⃣–0️⃣ Kelantan WTS FC
Aksi penuh bertenaga menyaksikan Kuala Lumpur FA mencatat kemenangan bergaya dengan enam gol tanpa balas! 💪⚽
Tahniah buat seluruh pasukan atas persembahan mantap dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang perlawanan. 🔵⚪
Teruskan momentum, teruskan perjuangan! 💙🔥