Cybertra

Cybertra

Share

“We are committed and dedicated to reviving, preserving, and promoting intangible cultural heritage and traditional sports around the world”.

16/08/2026

✄ =============================
ROAD TO WORLD NOMAD GAMES 2026
✄ =============================

Liputan RTM menerusi slot Stadium RTM Pagi bersama Pasukan Memanah Tradisional Malaysia yang bakal menyertai World Nomad Games Edisi Ke-6 di Kyrgyzstan.

Turut hadir memeriahkan sesi ini ialah Profesor Dato’ Ts. Dr. Mazliham Mohd Su’ud, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia University (MMU).

Secara rasmi, Kontinjen Malaysia akan menyertai enam jenis sukan dalam kejohanan kali ini, iaitu memanah tradisional, memanah berkuda, permainan Ordo, permainan intelektual, gusti Mongol dan sukan memburu tradisional.

Seramai 22 orang atlet, 5 jurulatih dan seorang pengadil 1 yang akan membawa cabaran Malaysia di pentas antarabangsa yang menghimpunkan atlet dari pelbagai negara bagi meraikan warisan, budaya dan sukan tradisional dunia.

Liputan ini merupakan satu penghargaan dan sokongan kepada usaha atlet, jurulatih serta pengurusan kontinjen yang telah membuat persiapan rapi bagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Semoga seluruh kontinjen diberikan kelancaran urusan, keselamatan sepanjang perjalanan, serta mencapai kejayaan yang membanggakan negara.


04/08/2026

✄ =============================
ALTYN ORDA ATYRAU WORLD CUP 2026
✄ =============================

Altyn Orda bermaksud Gerombolan Emas atau Golden Horde. Ia ialah kerajaan besar Turkik-Mongol yang diasaskan oleh Batu Khan pada abad ke-13 dan pernah menguasai kawasan luas termasuk Kazakhstan, Rusia, Ukraine serta sekitar Laut Caspian.

Kerajaan ini terkenal dengan tentera berkuda, kemahiran memanah dan budaya masyarakat steppe. Nama Altyn Orda Traditional Archery World Cup diambil untuk menghidupkan kembali semangat kepahlawanan dan warisan memanah tradisional Asia Tengah.


Marat Beksultanuly Archer

27/07/2026

✄ =============================
ALTYN ORDA ATYRAU WORLD CUP 2026
✄ =============================

ALTYN ORDA Traditional Archery World Cup 2026 📍Atyrau, Kazakhstan)
🗓️Tarikh: 11–15 September 2026

Format pertandingan
🏹 Turkish P**a – 70 m (Lelaki), 60 m (Wanita)
🏹 Qalqan – 50 m
🏹 Zhamby – 30 m

24/07/2026

✄ =============================
WORLD NOMAD GAMES 2026
✄ =============================

Tumbuh cendawan selepas hujan,
Subur seketika di tepi laman;
Menubuh persatuan bukan sekadar angan,
Tanpa kesatuan, hilanglah harapan.

Busur dibuat daripada kayu,
Anak panah lurus meluncur laju;
Panahan tradisi terus dipacu,
Demi negara kami bersatu.

Salju memutih di puncak banjaran,
Tasik biru memantulkan cahaya;
Kyrgyzstan menjadi medan perjuangan,
Membawa Malaysia ke persada dunia.




Photos from Cybertra's post 16/07/2026

✄ =============================
WORLD NOMAD GAMES 2026
✄ =============================

Lokasi kejohanan yang bakal berlangsung di Word Nomad Games kali 6 di Kyrgyzstan. Setiap gelanggang di World Nomad Games bukan sekadar medan pertandingan, tetapi pentas yang menghimpunkan sejarah, budaya dan semangat bangsa-bangsa dari seluruh dunia.

Penyertaan Kontinjen Malaysia bukan sekadar mengejar kemenangan. Ia adalah peluang untuk membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa, memperkenalkan warisan budaya serta mengeratkan persahabatan dengan wakil dari pelbagai negara.

Insya-Allah, CyberTRa akan beraksi di World Nomad Games 2026 di Kyrgyzstan.



13/07/2026

✄ =============================
ALTYN ORDA ATYRAU WORLD CUP 2026
✄ =============================

ALTYN ORDA Traditional Archery World Cup 2026 📍Atyrau, Kazakhstan)
🗓️Tarikh: 11–15 September 2026

Format pertandingan
🏹 Turkish P**a – 70 m (Lelaki), 60 m (Wanita)
🏹 Qalqan – 50 m
🏹 Zhamby – 30 m

Hadiah Wang Keseluruhan: 13.5 juta Tenge
* Johan: 1,000,000 Tenge
* Naib Johan: 750,000 Tenge
* Tempat Ketiga: 500,000 Tenge

Photos from Cybertra's post 04/07/2026

✄ =============================
BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI
✄ =============================

Memanah bersama YB Senator Ustazah Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), serta YAA Dato’ Haji Mohd Amran Mat Zain, Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Pada kesempatan ini, kami turut memperkenalkan dan mempromosikan Teke Buta, salah satu format pertandingan memanah tradisional yang akan dipertandingkan di World Nomad Games Ke-6 yang bakal berlangsung di Kyrgyzstan.

Semoga usaha ini dapat terus memperkenalkan sukan memanah tradisional serta mengeratkan hubungan antara institusi, komuniti dan peminat sukan warisan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

02/07/2026

✄ =============================
ROAD TO WORLD NOMAD GAMES 2026
✄ =============================

Liputan RTM bersama pasukan Memanah Tradisional Malaysia yang bakal menyertai World Nomad Games Ke-6 di Kyrgyzstan.

Seramai 6 orang atlet dan 1 jurulatih yang akan membawa cabaran Malaysia dalam acara memanah tradisional di pentas antarabangsa yang menghimpunkan atlet dari pelbagai negara bagi meraikan warisan, budaya dan sukan tradisional dunia.

Liputan ini merupakan satu penghargaan dan sokongan kepada usaha atlet, jurulatih serta pengurusan kontinjen yang telah membuat persiapan rapi bagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Semoga seluruh kontinjen diberikan kelancaran urusan, keselamatan sepanjang perjalanan, serta mencapai kejayaan yang membanggakan negara.



Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuala Lumpur