Storm Hockey Academy

Storm Hockey Academy

Share

Champion Factory
☎️011-65683004

03/06/2026

πŸ”₯ STORM HOKI ACADEMY – JUN 2026 πŸ”₯

Kepada semua ibu bapa dan pemain Storm,

Marilah kita mulakan bulan Jun dengan azam dan komitmen yang lebih tinggi. Kehadiran yang konsisten, disiplin yang mantap dan semangat yang luar biasa adalah kunci untuk membentuk pemain yang bukan sahaja hebat di padang, malah cemerlang dalam kehidupan.

Setiap sesi latihan adalah peluang untuk berkembang, belajar dan menjadi lebih baik daripada semalam. Kami menyeru semua pemain untuk hadir dengan penuh komitmen, fokus dan semangat juang yang tinggi demi mencapai potensi terbaik masing-masing.

πŸ“’ BERITA BAIK UNTUK WARGA LEMBAH KLANG!

Storm Hoki Academy membuka peluang kepada semua pemain yang berminat untuk menyertai sesi latihan kami. Jika anda sedang mencari program pembangunan hoki akar umbi yang berkualiti tinggi, berintensiti tinggi dan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman, inilah tempatnya.

πŸ‘ Build Champions.πŸ‘ Build Character.πŸ‘ Build The Future.

Jom sertai keluarga besar Storm Hoki Academy dan rasai sendiri pengalaman latihan yang telah melahirkan ramai pemain berkualiti untuk sekolah, negeri dan negara.

02/06/2026

Bukan semua sanggup berlatih dengan intensiti tinggi.Bukan semua berani mengejar standard tertinggi.

Tetapi itulah budaya yang dibina di Storm Hockey Academy.

Tahun demi tahun, Storm terus melahirkan pemain yang bersedia bersaing di Malaysia Junior Hockey League (MJHL), membuktikan bahawa kejayaan bukan berlaku secara kebetulan.

Kami membina karakter.Kami membina mentaliti pemenang.Kami membina pemain untuk masa depan hoki Malaysia.

STORM HOCKEY ACADEMYWhere Future Champions Are Made

β€œAkar umbi hari ini. Pemain kebangsaan esok. Itulah misi Storm Hockey Academy.” πŸ‘πŸ”₯πŸ’™

Storm Hockey Academy
Fathi Kamel
Wan Adk
Tan Sri Alhamdulilah
Tortuga Maestro
Saiful Shariff
Hassan Basry Zauidi
Kzd Qzd
Suri Ruiz
Mohd Azrul Irwan
Azrul Zakaria

Berminat nak join Storm?
Boleh contact admin kami di talian
☎️011-65683004

30/05/2026

πŸ”₯πŸ‘ LATIHAN HUJUNG MINGGU STORM HOCKEY ACADEMY πŸ‘πŸ”₯

Ayuh semua warga Storm! πŸ’ͺ
Jangan lepaskan peluang untuk turun berlatih bersama coaches dan teammates hujung minggu ni πŸ”₯

Kami juga mengalu-alukan pemain-pemain baru yang berminat untuk join keluarga Storm Hockey Academy ❀️
Tak kira beginner atau yang dah ada pengalaman, semua dialu-alukan untuk datang dan cuba latihan bersama kami! πŸ™Œ

πŸ“… 31 MEI 2026 (AHAD)
πŸ“ Stadium Hoki Bukit Jalil Padang 1
⏰ 6:00 Petang – 8:00 Malam

πŸ‘• SEMUA KATEGORI:
🟠 Baju warna oren
⚫ Seluar hitam
🟠 Stokin oren

Jom tambah skill, fitness dan pengalaman bermain dalam suasana latihan yang positif & penuh semangat! πŸ”₯πŸ‘

πŸ“² Booking sekarang:
WhatsApp Admin Storm
+6011-6568 3004

15/05/2026

πŸ‘πŸ”₯ LATIHAN HUJUNG MINGGU STORM HOCKEY ACADEMY πŸ”₯πŸ‘

Hujung minggu ni masa untuk turun padang, improve skill & gain lebih keyakinan dalam permainan πŸ’ͺ⚑
Tak kira beginner atau advanced, semua pemain dialu-alukan sertai latihan bersama jurulatih Storm!

πŸ“ SABTU | 16/5
🏟 Stadium Hoki KPM Bangsar
πŸ•— 8:00 malam – 10:00 malam

πŸ“ AHAD | 17/5
🏟 Dewan Serbaguna Bandar Tun Razak

πŸ•’ 3:15 petang – 5:15 petang
πŸ”₯ Elite

πŸ•” 5:15 petang – 7:00 petang
πŸ‘ Beginner, Intermediate & GK

✨ Belajar β€’ Berkembang β€’ Beraksi ✨

πŸ“² Booking latihan sekarang melalui WhatsApp Admin Storm
πŸ“ž 01165683004

29/04/2026

πŸ”₯ MEI TRAINING SCHEDULE β€” STORM HOCKEY ACADEMY πŸ”₯

Jadual terbaru dah release.
This month, we go harder. πŸ’ͺπŸ‘

πŸ‘ Setiap sesi latihan ada tujuan β€”
untuk pastikan pemain benar-benar improve, bukan sekadar berpeluh.

⚑ Semua kategori ada:
Beginner | Intermediate | Elite | Goalkeeper

🎯 Fokus bulan ini:
Speed β€’ Skill β€’ Game Intelligence

Kalau nak jadi pemain yang lebih confident, lebih sharp, dan lebih bersedia untuk game sebenar β€”
ini tempatnya.

πŸ“² Jom Daftar & Booking Kelas Latihan Sekarang:
011-656 83004 (Admin Storm)

15/04/2026

ADAKAH ANDA PENJAGA GOL YANG KAMI CARI?

Storm Hockey Academy membuka pencarian khas penjaga gol untuk menyertai pasukan ke Liga Remaja Malaysia 2026.

Ini peluang anda untuk:
🧀 Menjadi benteng terakhir pasukan
🧀 Beraksi di pentas kompetitif
🧀 Dilatih oleh bekas pemain Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ

Syarat Penyertaan:
βœ” Warganegara Malaysia
βœ” Lelaki & Perempuan
βœ” Bawah 19 Tahun
βœ” Sihat tubuh badan

πŸ“… 18 April 2026
⏰ 3:00PM – 6:00PM (Sila hadir 2:30PM)
πŸ“ Stadium Hoki Tun Razak

πŸ“² Imbas QR code pada poster untuk pendaftaran
πŸ“ž WhatsApp Admin: +6011-6568 3004

Tempat terhad. Hanya yang terbaik akan dipilih.
Ini peluang anda untuk dibimbing oleh pengalaman sebenar di peringkat tertinggi.

07/04/2026

TERIMA KASIH YB

Keluarga STORM dengan penuh rasa bangga dan hormat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Menteri Belia dan Sukan atas sokongan padu serta keprihatinan dalam membantu persiapan kami menghadapi saingan MJHL 2026.

Sokongan ini bukan sahaja memberi semangat kepada barisan pemain dan jurulatih, malah menjadi pemangkin untuk kami terus berusaha lebih gigih dalam mengharumkan nama pasukan dan sukan hoki negara.

Semoga kerjasama dan sokongan berterusan ini akan melahirkan lebih ramai atlet muda yang berpotensi dan berdaya saing di peringkat tertinggi.
Terima kasih YB, jasa dan sokongan ini amat kami hargai.



https://www.facebook.com/mohammedtaufiq.johari/

Photos from Storm Hockey Academy's post 19/03/2026

STORM RAMADAN HOCKEY LEAGUE 2026

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, program STORM Ramadan Hockey League 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat, disiplin dan komitmen tinggi daripada semua pihak yang terlibat.

Program perlawanan dalaman ini telah menghimpunkan hampir 120 orang pemain Storm Hockey Academy, merangkumi pelbagai peringkat umur dan tahap permainan. Ia menjadi satu platform penting dalam memberi pendedahan sebenar suasana perlawanan kepada pemain, sekaligus meningkatkan tahap keyakinan, kemahiran serta pemahaman taktikal dalam permainan hoki.

βΈ»

🎯 OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif utama penganjuran liga ini adalah:
β€’ Memberi pendedahan game sebenar kepada pemain
β€’ Meningkatkan Game Intelligence (Game IQ)
β€’ Membina keyakinan dan keberanian dalam perlawanan
β€’ Menguji hasil latihan dalam situasi sebenar
β€’ Mengeratkan semangat berpasukan dalam kalangan pemain Storm

βΈ»

πŸ‘₯ PENGLIBATAN & KOMITMEN

Sepanjang kejohanan ini berlangsung, seramai 10 orang jurulatih Storm telah menjalankan tugas dengan sangat baik, penuh dedikasi dan profesionalisme tinggi dalam mengendalikan pasukan serta membimbing pemain di setiap perlawanan.

Para pemain p**a menunjukkan komitmen luar biasa, semangat juang yang tinggi serta kesungguhan untuk belajar dan memperbaiki diri sepanjang liga berlangsung.

βΈ»

🌟 IMPak & PENCAPAIAN

Melalui liga ini, jelas dapat dilihat bahawa:
β€’ Pemain semakin berani membuat keputusan di dalam padang
β€’ Tahap kemahiran individu dan berpasukan meningkat
β€’ Pemain lebih memahami struktur permainan sebenar
β€’ Wujudnya persaingan sihat yang membina karakter pemain

Liga ini bukan sekadar perlawanan, tetapi satu proses pembentukan pemain yang lebih matang dari segi fizikal dan mental.

βΈ»

πŸ™ PENGHARGAAN KHAS

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:

πŸ’™ Barisan Jurulatih Storm

Atas komitmen, kesabaran dan usaha berterusan dalam membimbing pemain tanpa jemu.

πŸ’™ Kump**an AJK Storm

Yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran program dari segi pengurusan, logistik dan pelaksanaan.

πŸ’™ Para Ibu Bapa

Yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada Storm Hockey Academy β€” menyumbang dari segi:
β€’ Masa
β€’ Tenaga
β€’ Sokongan moral
β€’ Serta wang ringgit

Pengorbanan dan kepercayaan anda amat kami hargai dan tidak ternilai.

πŸ’™ Para Pemain Storm

Anda adalah nadi kepada akademi ini. Teruskan berusaha, belajar dan tingkatkan diri ke tahap yang lebih tinggi.

βΈ»

🌈 PENUTUP

Dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak, kami yakin dan berharap agar Storm Hockey Academy akan terus berkembang dan kekal sebagai salah satu kelab akar umbi terbaik di Malaysia.

InsyaAllah, lebih banyak program berkualiti akan terus dirancang demi pembangunan pemain yang berdaya saing, berdisiplin dan bermentaliti juara.

βΈ»

β€œBukan sekadar bermain, kita membina masa depan pemain.”

STORM HOCKEY ACADEMY βš‘πŸ‘

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Kuala Lumpur