08/07/2026
π ππ§πππππ¬ | ππ₯πππ‘πππ¬ π ππ§ππ π₯
Malam ini kami kembali ke padang dengan satu misi β terus membina momentum, mengukuhkan keserasian dan memberikan aksi terbaik.
Setiap minit di atas padang adalah persediaan untuk cabaran yang lebih besar.
β½ FCA KV π CBP UNITED
ποΈ Rabu | 8 Julai 2026
π€ 9.30 PM
π Stadium Jalan Raja Muda, Kg Baru
07/07/2026
Depan sibuk cari jaringan,
Belakang sibuk jadi harapan.
Kalau bukan Poknik di garisan,
Mungkin dua digit jadi keputusan. π§€π
π§€ MAN OF THE MATCH | GK POKNIK π§€
Walaupun keputusan tidak memihak kepada FCA VET, aksi di bawah palang wajar diberi penghormatan. Deretan save penting berjaya menghalang lebih banyak gol daripada bersarang.
Hero bukan sentiasa yang menjaringkan gol, tetapi juga yang sanggup mempertahankan maruah pasukan hingga wisel penamat.
Tahniah Poknik! ππ₯ππ
07/07/2026
Badan besar bukan ukuran,
Badan kecil jangan dipersenda,
Malam ini kami kecundang,
Next game pasti berbeda...πͺ
Lawan datang badan berisi,
Kami lincah bak kenari,
Rezeki malam mereka isi,
Rezeki kami puas berlari... β½
FULL TIME
*FCA VET 4οΈβ£ - 8οΈβ£ HIKERS VET*
Bukan malam yang kami impikan, tetapi inilah bola sepak. Terima kasih Hikers Vet atas perlawanan yang baik. Kami akan bangkit lebih kuat. πͺβ½
06/07/2026
Kalau patah galah di hulu,
Jangan dibuang buat galang;
Menang kalah bukan selalu,
Semangat juang terus dijulang.
Piala Dunia mengajar satu perkara... tiada siapa kebal daripada kejutan. π
Brazil sudah merasainya. England p**a sedang menikmati momentumnya.
Kini tiba masa FCA VET π HIKERS FC menulis kisah sendiri.
π Kick Off 10.00 PM
Malam ni... bukan sekadar Friendly Match. Ini soal maruah, semangat dan kebanggaan! ππβ½π₯
06/07/2026
MOTM
βSeorang pemimpin tidak hanya mengarah, tetapi memberi contoh di atas padang. BOY LD 77 membuktikan kelas sebenar sebagai benteng Alpha FC.
One Team. One Wolf. One Goal.β
05/07/2026
Malam ini bermulanya satu perjalanan.
Tiada jalan mudah, tiada kemenangan tanpa pengorbanan. Bermain dengan hati, berjuang sebagai satu pasukan, dan buktikan bahawa FCA KV hadir bukan sekadar melengkapkan jadual, tetapi untuk mencipta sejarah.
Letβs go, FCA KV! ππ©·πΊ