ATM Futsal

ATM Futsal

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ATM Futsal, Sports Team, Kem Kementah, Kuala Lumpur.

Akaun rasmi pasukan futsal Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (ATM FA)

ATM Futsal adalah pasukan yang pernah bermain di Liga Futsal Kebangsaan & Malaysia Premier Futsal League (MPFL)

08/07/2026

SIAPA DIA?

Masuk Baris.

Seorang lagi pemain bakal menyertai ATM Futsal bagi baki saingan MPFL 2026.

Clue sikit...

Pemain kebangsaan Malaysia.
Boleh bermain di posisi Fix dan Ala.

Rasa korang siapa?

Tulis nama pemain pilihan korang di ruangan komen. Tengok siapa paling awal berjaya teka sebelum pengumuman rasmi.

08/07/2026

"Assalamualaikum. Kepada seluruh keluarga ATM Futsal... terima kasih kerana menerima saya sebagai sebahagian daripada pasukan ini. Setiap latihan, setiap perlawanan dan setiap pengorbanan bersama kalian akan sentiasa saya kenang.

Hari ini saya melangkah ke cabaran baharu bersama Johor Darul Ta'zim Futsal. Walau di mana saya bermain, ATM akan sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya. Terima kasih atas segala sokongan. Jumpa lagi di gelanggang."

Yang Benar
Pacat

Photos from ATM Futsal's post 20/06/2026

Alhamdulillah, +3 lagi buat ATM.

Kemenangan 5-1 ke atas PFA Odin membolehkan ATM mengumpul 10 mata selepas enam perlawanan hasil tiga kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

Langkah demi langkah, satu demi satu mata dikutip. Masih kekal di tangga keempat, namun perjuangan masih jauh dan peluang untuk terus mencabar kelompok teratas masih terbuka.

Teruskan berjuang, The Gladiators! βš”οΈπŸ’š

17/06/2026

19 gol dalam lima aksi pertama saingan MPFL 2026.

Berikut merupakan senarai penjaring ATM setakat ini:

⚽ Bukhari 'Pacat' β€” 7 Gol
⚽ Shamsuri 'Kapt' β€” 4 Gol
⚽ Alif 'Nose' β€” 2 Gol
⚽ Akram 'Mushroom' β€” 2 Gol
⚽ Aqasha 'Smurf' β€” 1 Gol
⚽ Raziman 'Jeruk' β€” 1 Gol
⚽ Harith 'Seroi' β€” 1 Gol
⚽ Haziq 'Tupai' β€” 1 Gol

19 jaringan ini bukan sekadar hasil penyudah yang tajam, tetapi juga lahir daripada kerja keras, persefahaman dan semangat juang seluruh pasukan di atas gelanggang.

Tahniah kepada semua penjaring dan semoga momentum ini terus kekal sehingga penghujung musim. πŸ’ͺ

Siapa pilihan anda untuk muncul sebagai penjaring terbanyak ATM Futsal musim ini?

Photos from ATM Futsal's post 17/06/2026

1 untuk anda
1 untuk kami

Photos from ATM Futsal's post 17/06/2026

ATM Futsal 🀝 KL City FC

10 foto, 1 perlawanan yang penuh dengan emosi.

Daripada ketinggalan 1-4 pada separuh masa pertama sehinggalah berjaya bangkit mengikat kedudukan 5-5, setiap detik di gelanggang membuktikan bahawa semangat juang ATM Futsal tidak pernah padam.

Inilah antara momen-momen terbaik yang berjaya dirakam sepanjang aksi penuh intensiti di Kompleks Belia & Sukan Negeri Selangor.

Terima kasih kepada semua penyokong yang sentiasa berada di belakang kami. Perjuangan masih diteruskan dan kami akan terus memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

Dapatkan jersi ATM Futsal 2026 di shop.pivo.my/pages/atm-futsal

17/06/2026

Sempena cuti Awal Muharram, jom kita throwback aksi penuh mendebarkan antara ATM Futsal dan USM FC dalam saingan MPFL 2026 Sirkit 2 di Pasir Gudang.

Perlawanan berlangsung dengan tempo yang cukup tinggi apabila ATM berjaya membawa pulang tiga mata menerusi kemenangan 5-3 ke atas USM FC. Mohd Shamsuri Saleh muncul watak utama dengan hatrik, manakala Muhammad Bukhari Samsudin menambah dua lagi jaringan untuk memastikan ATM menutup perlawanan dengan kemenangan bergaya.

Sambil menikmati cuti hari ini, jom recap semula highlight perlawanan dan rasai kembali setiap detik, jaringan serta aksi menarik yang menghiburkan penyokong ATM Futsal. Selamat menyambut Awal Muharram 1448H, semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kekuatan dan kejayaan buat kita semua. πŸ€²πŸ’›πŸ’™

Photos from ATM Futsal's post 16/06/2026

Barisan Kami!

Photos from Arena Futsal's post 15/06/2026

Come back πŸ”₯πŸ”₯

Photos from ATM Futsal's post 14/06/2026

Alhamdulillah, satu mata yang cukup berharga untuk dibawa pulang.

Walaupun ketinggalan **1-4** pada separuh masa pertama, semangat juang pemain-pemain ATM Futsal tidak pernah luntur. Mereka terus percaya, terus berjuang dan berjaya bangkit untuk mengikat Kuala Lumpur City FC 5-5 sehingga wisel penamat.

Inilah karakter yang kami mahu lihat. Tidak pernah mengalah walau dalam apa jua keadaan.

Terima kasih kepada semua penyokong yang sentiasa memberikan sokongan dari dalam dan luar gelanggang. Perjalanan masih panjang dan kami akan terus bekerja keras untuk menghadapi cabaran seterusnya.

**Satu pasukan. Satu perjuangan.**

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Kem Kementah
Kuala Lumpur