Kelab Kayak Kawan Kawan Kuala Lipis

Kelab Kayak Kawan Kawan Kuala Lipis

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Kayak Kawan Kawan Kuala Lipis, Recreation Center, Kuala Telang, Kuala Lipis.

08/10/2025

Terima kasih Pejabat Belia Sukan Lipis atas kepercayaan dan ruang kepada Kelab Kayak Kawan Kawan Kuala Lipis bagi memeriahkan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pahang 2025.

Jutaan terima kasih kepada YB. Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Mohamad Timbalan Menteri Sumber Manusia/Ahli Parlimen Lipis atas sokongan, sumbangan dan kesudiaan untuk melepaskan peserta pada 11 Oktober 2025 di Jeti Lipis.

“Malaysia Aktif”

Photos from Kelab Kayak Kawan Kawan Kuala Lipis's post 29/09/2025

28 SEPTEMBER 2025.

Trip Bersama RISDA Lipis & Belia Kuala Lanar
Jeti Lembah Tanum - Jeti Chegar Perah.

Kelab Kayak Kawan Kawan Kuala Lipis membantu Rakan- Rakan Pejabat Risda Lipis & Belia Kuala Lanar untuk mengadakan aktiviti berkayak di Lembah Tanum.

Seramai 22 Staff Risda,Belia Kuala Lanar Seramai 16 Dan 22 pemandu arah Kelab Kayak Kawan Kawan terlibat dalam merealisasikan latihan di Lembah Tanum.

Setibanya di Jeti Kampung Chegar Perah semua peserta menikmati juadah makan tengahari yang amat menyelerakan masakan penduduk setempat.

Photos from Kelab Kayak Kawan Kawan Kuala Lipis's post 25/09/2025

🇲🇾 EXCLUSIVE HARI SUKAN NEGARA 2025🇲🇾
HARI SUKAN NEGARA EDITION 2025 NEGERI PAHANG - BAJU HSN EDISI KAYAK KHAS KELAB KAYAK KAWAN KAWAN KUALA LIPIS UNTUK SEMUA WARGA PAHANG/MALAYSIA MENYAMBUT HARI SUKAN NEGARA.

SIZE XS - 8xL
LENGAN PENDEK RM50.00
LENGAN PANJANG RM55.00
MUSLIMAH RM60.00

TEKAN LINK : *WhatApps Segera* https://wa.me/60145139282?text=Jersey_HSN

Baju ini sesuai untuk dijadikan koleksi kenangan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Pahang.

TEKAN LINK : *WhatApps Segera* https://wa.me/60145139282?text=Jersey_HSN
TEKAN LINK : https://HSNb2025.wasap.my
*WhatApps Segera* https://wa.me/60145139282?text=Jersey_HSN

P/s: WARGA PAHANG/MALAYSIA mesti semangat dan kacak bila memakai pergi event dengan Tshirt Exclusives ini. Tekan link sekarang🔥🔥

Photos from Kelab Kayak Kawan Kawan Kuala Lipis's post 17/08/2025

Timb. Pengerusi Kelab Kayak Kawan Kawan Kuala Lipis Menerima Cenderahati Sempena Program Harmoni Merdeka Daerah Lipis.

Photos from Kelab Kayak Kawan Kawan Kuala Lipis's post 08/08/2025

Lima pemandu arah Kelab Kayak Kawan Kawan Kuala Lipis turut bersama bagi membantu melancarkan Ekspedisi Kayak Merdeka Peringkat IPD Lipis (Kuala Medang - Kuala Lipis)

04/06/2025

Terima kasih Tok Wan

04/06/2025

17 Mei 2025.

Majlis Perasmian Jeti Lembah Tanum Oleh YAB DSDR Wan Rosdy bin Hj Wan Ismail MB Pahang.

Kelab Kayak Kawan Kawan Kuala Lipis menyampaikan taklimat kayuhan kayak, cabaran serta halangan kepada 80 peserta. KKKKKL juga diminta memimpin kayuhan bagi menjaga keselamatan semua peserta.

Terima kasih kepada YAB MB, YB. ADN Padang Tengku, Pejabat Daerah Lipis, JPKK Sungai Temau, JPKK Chegar Perah, Tuah Travel & Tuors dan semua yang terlibat atas terbinanya dua jeti di Lembah Tanum.

01/06/2025

03 Mei 2025.

Jeti Kuala Sungai Yu - Jeti Lembah Tanum.

Kelab Kayak Kawan Kawan Kuala Lipis membekalkan 30 buah kayak double kepada Tuah Travel & Tours Kuala Lipis bagi Program Ecoraft Sempena Hari Bumi Peringkat Negeri Pahang 2025 anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang (JAS).

31/05/2025

Berminat untuk berkayak di Lembah Tanum?
Hubungi segera 010-5425649 (Along).

Photos from Kelab Kayak Kawan Kawan Kuala Lipis's post 30/05/2025

19-20 April 2025.
Trip Ke-4
Jeti Cuat Kg. Pagar Sasak - Jeti Masjid Lama Kg. Dusun - Jambatan Kechau 8.

20 ahli Kelab Kayak Kawan Kawan Kuala Lipis mengadakan aktiviti berkayak di Sungai Kechau.

Bermalam di Masjid Lama Kampung Dusun dan dijamu dengan makan malam masakan kampung yang amat menyelerakan. Keesokan pagi p**a dihidangkan nasi lemak sambal mak-mak yang enak sekali.

Sungai Kechau penuh dengan cabaran, rintangan dan halangan selain mempunyai nilai sejarah yang mana laluan perahu telah dibina Pasukan Keselamatan Negara di tahun 60an. Syukur semua ahli selamat dan teruji akan kemampuan fizikal dan mental.

Tamat kayuhan di Jambatan Kechau 8 pada hari kedua penuh dengan gelak tawa dan cerita-cerita yang mendebarkan. Walaupun penuh dengan cabaran ahli-ahli semua mohon untuk mengadakan lagi trip di Sungai Kechau.

Photos from Kelab Kayak Kawan Kawan Kuala Lipis's post 29/05/2025

14-15 Feb 2025.
Trip Bersama APM Lipis.
Jeti Lembah Tanum - Jeti Chegar Perah.

Kelab Kayak Kawan Kawan Kuala Lipis membantu Kelab Anggota Angkatan Pertahanan Awam Lipis (APM) mengadakan aktiviti berkayak di Lembah Tanum.

30 anggota APM dan 6 pemandu arah Kelab Kayak Kawan Kawan terlibat dalam merealisasikan latihan di Lembah Tanum.

Kayuhan selama 6 jam tidak memberikan kesan fizikal dan mental kepada anggota-anggota APM terlibat berikutan semua mereka sudah terlatih dan amat lasak.

Setibanya di Jeti Kampung Chegar Perah semua peserta menikmati juadah makan tengahari yang amat menyelerakan masakan penduduk setempat.

Photos from Kelab Kayak Kawan Kawan Kuala Lipis's post 29/05/2025

Utusan Malaysia 29/5/25

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lipis?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Telang
Kuala Lipis