03/08/2026
[πππππ πππππππππππππ]
πππππππππ πππππ ππ πππππππππ πππππ ππ, πππππ πππππππ πππππ, πππππ πππππππ, πππππ
Kepada pengguna jalan raya, dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan menutup sementara jalan masuk Persiaran Putri 11 untuk melaksanakan kerja-kerja membaik pulih longkang, jalan dan lain-lain berkaitan seperti ketetapan berikut;-
Tarikh penutupan jalan : 5 Ogos 2026 (Rabu)
Tarikh dijangka tamat : 12 Ogos 2026 (Rabu)
Sehubungan itu, orang ramai khususnya pengguna jalan raya adalah dimohon untuk mengambil maklum serta memberikan kerjasama yang sewajarnya.
Segala kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali. Harap maklum
03/08/2026
28 Hari Lagi!!
Tahun ini, Pavilion Negeri Perak tampil dengan wajah baharu yang lebih moden, lebih interaktif dan lebih mengujakan!
Bayangkan...
πΊ Paparan digital yang memukau.
π₯½ Ruang interaktif.
π Produk agro premium.
π Keunikan budaya Negeri Perak.
π½οΈ Demonstrasi masakan yang membuka selera.
Setiap ruang direka khas untuk memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada semua pengunjung.
Jangan sekadar dengar cerita...
Datang dan alami sendiri!
π 28 Ogos β 6 September 2026
π MAEPS Serdang
π 10 pagi hingga 10 malam
π Tag rakan yang anda mahu ajak ke Pavilion Negeri Perak.
31/07/2026
[πππππππ ππππ]
ππππ πππππ ππππππππ πππππ ππππππ ππππ ππππππππππππ πππππππ ππππππππππ
Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) ingin memaklumkan kepada seluruh masyarakat Kuala Kangsar dan orang ramai amnya, Pentadbiran ini tidak pernah melantik mana-mana individu, ejen, wakil atau pihak ketiga bagi menjalankan kutipan bayaran kompaun, lesen, sewaan, cukai taksiran atau apa-apa bayaran lain yang melibatkan hasil MPKK.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang pembayaran kepada mana-mana individu atau akaun bank persendirian yang mendakwa mewakili MPKK bagi tujuan kutipan bayaran tersebut.
MPKK amat menggalakkan setiap urusan pembayaran menggunakan kaedah tanpa tunai dan dalam talian melalui laman web seperti berikut; https://ebayar.kualakangsar.gov.my/ atau https://pbtpay.kpkt.gov.my/ dan di kaunter pembayaran MPKK. Sila pastikan juga, setiap transaksi mendapat resit pembayaran rasmi.
Sebarang pertanyaan atau aduan, sila hubungi pentadbiran ini ditalian 05-210 2266 atau melalui emel [email protected].
Sekian, terima kasih.
29/07/2026
πππππ ππππππππ
πππππππ πππππππ ππππππ πππππ ππππππ ππ ππππ ππππππ ππππππ
Bermula 1 Ogos 2026, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan melaksanakan kutipan bayaran tempat letak kereta di tiga (3) lokasi baharu dengan kadar RM0.60 sejam atau RM90.00 bagi pas bulanan.
Tiga (3) lokasi tersebut adalah seperti berikut;-
i) Persiaran Chandan 1
ii) Persiaran Chandan 2
iii) Persiaran Chandan Putri
Pelaksanaan ini selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Perbandaran Kuala Kangsar) (Pindaan) 2015.
Bagi tujuan pembayaran, orang ramai boleh menggunakan aplikasi berikut di daerah Kuala Kangsar :- Park , Flexi Parking, dan Touch 'n Go eWallet.
Waktu operasi bayaran tempat letak kereta adalah seperti berikut;-
- Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
- Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Sekian, terima kasih.
22/07/2026
ππππππ πππππππππππ ππππ πππππ ππππ πππππππ
Kuala Kangsar, 22 Julai 2026 β Telah berlangsung Majlis Permasyhuran Nama Jalan Haji Mahmood pada pagi ini. Penamaan Jalan Haji Mahmood ini dilaksanakan atas titah serta perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, sebagai tanda pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan Allahyarham dalam sejarah pentadbiran Daerah Kuala Kangsar.
Allahyarham Haji Mahmood, merupakan Pegawai Daerah Kuala Kangsar yang ketiga. Beliau merupakan anak melayu tempatan pertama dilantik oleh pemerintah Inggeris sekitar tahun 1950-an, untuk mentadbir daerah Kuala Kangsar yang sebelum ini ditadbir oleh pentadbir Inggeris sebelum kemerdekaan.
Majlis pemasyhuran telah disempurnakan oleh YDH Toh Maharaja Indera Datoβ Dr. Khairil Anuar bin Arshad, Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, Encik Azrul Sani bin Ibrahim, Pegawai Daerah Kuala Kangsar, dan disaksikan oleh Tuan Haji Saiful Azli bin Mohamed Nor, Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
Majlis permasyhuran ini diadakan sebagai simbolik rasmi peletakan papan tanda nama Jalan Haji Mahmood.
21/07/2026
πππππππ πππππππππ πππ ππππππππππ ππππ ππππ
πππππππππ ππππππππ ππππππ πππππ ππππ (ππππππ ππππππ)
Orang ramai dijemput hadir ke Wisma Majlis Perbandaran Kuala Kangsar bagi meneliti serta mengemukakan pandangan, cadangan dan bantahan rasmi Draf Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 (Kajian Semula).
Ketetapan pameran publisiti RSN Perak 2040 (Kajian Semula) adalah seperti berikut;-
Tarikh : 20 Julai 2026 - 19 Ogos 2026
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Lokasi : Ruang Legar, Wisma MPKK
Maklum balas yang diterima akan dipertimbangkan dalam proses penyediaan rancangan sebelum dimuktamadkan.
Penyertaan aktif daripada masyarakat, agensi kerajaan, pihak swasta dan pemegang taruh amat penting bagi memastikan perancangan pembangunan negeri adalah lebih inklusif, mampan dan memenuhi keperluan rakyat.
16/07/2026
πππππππππ πππππ πππππ
PENYELENGGARAAN, PEMELIHARAAN DAN PEMULIHAN POKOK-Π ΠΠΠΠ DI BAHU JALAN TUN RAZAK, JALAN KOLEJ MELAYU DAN JALAN DAENG SELILI, KUALA KANGSAR, PERAK
Tuan-tuan dan puan-puan adalah dipelawa menyertai tawaran sebut harga tersebut. Dokumen mula dijual pada 21 Julai 2026 (Selasa) sehingga 28 Julai 2026 (Selasa), bermula 9.00 pagi di kaunter Jabatan Perancang Bandar dan Landskap, Tingkat 1, Wisma MPKK.
Sila rujuk iklan di bawah untuk maklumat lengkap dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Perancang Bandar dan Landskap ditalian 05-2102268.
15/07/2026
PEMBERITAHUAN PENANGGALAN PERANTI LESEN PREMIS DIGITAL MYPATIL DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA KANGSAR
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan melaksanakan proses penanggalan peranti Lesen Premis Digital myPATIL yang melibatkan semua premis perniagaan di kawasan pentadbiran MPKK.
Tempoh penanggalan akan bermula dari 7 Julai 2026 sehingga 30 Julai 2026. Untuk makluman Tuan/ Puan, penanggalan peranti Lesen Premis Digital myPATIL hanya mengambil masa sekitar 10 minit sahaja dan tidak akan mengganggu operasi perniagaan harian.
Perhatian dan kerjasama Tuan/ Puan dalam perkara ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
13/07/2026
πππππππππ ππππππ ππππππππππππ πππππππ ππππ πππππππ ππππ ππππππ πππππ πππππππ
Berikut dilampirkan maklumat perubahan jadual dan kontraktor kutipan sisa pepejal bagi Zon G, Zon L, Zon M, Zon N, Zon O dan Zon P untuk rujukan komuniti daerah Kuala Kangsar.