04/08/2026
03 Ogos 2026 | Isnin | 09.00am - 02.00pm.
Selesai Pertandingan Masakan Paling Kreatif Semasa Bencana Alam anjuran Solidaridad kerjasama Kem LABA.
Terima kasih kepada Datuk Zaiton Ab Rahman, Ahli Majlis MPKK mewakili YB Adun Lintang, sudi hadir menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Program ini merupakan latihan siapsiaga orang awam dalam menghadapi bencana alam dengan berkemahiran survival dalam menyediakan makanan menggunakan bahan asas alam semulajadi sementara menunggu bantuan sampai.
Tahniah kepada semua peserta dari seluruh Perak. Manjung, Teluk Intan, Chemor, Ipoh, Kuala Kangsar, Sg Siput, Felda Lasah, Kg Jawang dan Kg Jarau. Suasana program yang ceria dan silaturrahim yg terbaik. Jumpa lagi di program akan datang. InsyaAllah.
26/07/2026
Terbaik dan mantap para guru SMK Agama Kerian berjaya mengharungi cabaran berakit sejauh 12km dari Kem Lang Buana ke Victoria Bridge Karai.
💪💪💪
04/06/2026
Majlis Penyerahan Sijil Pelantikan CDA Training Kem Lang Buana River Camp Siti Hatta Narawi. Penyampaian oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM Malaysia. Tahniah kepada Anggota Apm Kuala Kangsar Tuan Rahimi, Puan Adilla, Puan Dalila atas kenaikan pangkat.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan pasukan Lang Buana dalam melaksanakan tugas2 melatih komuniti dan masyarakat dlm kemahiran menyelamat diri bencana alam.
03/06/2026
Jalan Lasak 6.5km Kor Sispa USAS.
25/05/2026
Latihan Medan 4.0. Kelab Kor Sispa USAS.
22 - 24/5/26. Album 1.
Tahniah kepada semua pelatih yang kuat semangat, kental mental dan Fizikal, sedia menghadapi cabaran. Berlangsung selama 3 hari sudah pastinya memberi impak yang mantap ke dalam jatidiri semua pelatih, urusetia dan jurulatih bertugas. Apabila berlaku kecemasan inilah pasukan pelapis yang akan membantu pasukan penyelamat sediada.
Terima kasih tak terhingga atas segala sokongan dan kerjasama mantap kpd pihak pengurusan USAS, APM Kuala Kangsar, Bomba Sg Siput, PDRM Sg Siput, Balai Polis Karai, MAFA Dr Mastura, Klinik Kesihatan Karai, Penghulu Mukim Kota Lama Kanan, Pengerusi JPKK Kg Loh, Kg Periang, Kg Jawang, Pengerusi Masjid Kg Loh dan semua urusetia Kor Sispa USAS.
Mohon maaf atas segala kekurangan jika ada. Sehingga berjumpa lagi di program yang mendatang.