15/06/2021
Cara-cara menipu babi
Selamat Datang ke Page Kem PLKN Desa Rimba, Chenderoh, Kuala Kangsar, Perak
15/06/2021
Cara-cara menipu babi
Percaturan taktikal salah, prestasi lemah & naturalisasi sampah
Tamat perlawanan... 🇻🇳2 - 1🇲🇾...Terkubur peluang Malaysia ke Piala Dunia 2022. Ternyata persembahan malam ini agak memberangsangkan pada awalnya. Permainan yg nampak lebih bersemangat berbanding pertemuan lepas, nyata gagal diterjemahkan dengan kemenangan
Tak tahu kenapa begitu sayangnya coach utk keluarkan De Paula. Juga tak faham kenapa Syafiq Ahmad dikeluarkan. Mungkin keletihan, mungkin juga memang nak digunakan 45 minit sahaja. Tapi kenapa Akhyar dimasukkan? Lihat saja kesan kurangnya minit permainan utk pemain2 kita. No 11,no 12,no 13 & no 19 antara pemain yg mempunyai minit permainan paling rendah tahun ni.... Kenapa perlu dipilih pada awalnya? Bola sepak adalah sukan yg perlukan kemahiran & penglibatan aktif yg berterusan. Semakin kurang bermain, semakin tumpul jadinya... Betapa berbezanya permainan & keserasian antara no 2 & no 13 ketika mereka dalam pasukan yg sama dulu kan? Kenapa? Sebab masa tu dua2 adalah key player pasukan , setiap perlawanan turun bersama. Minit permainan sangat banyak, keserasian itu kukuh. Tapi kini? Ini juga bahana akibat terlalu lama di bangku empuk simpanan
Malaysia patut bertukar jurulatih. Perlu jurulatih luar yg lebih tegas dengan taktikal yg lebih segar. TCH bukanlah tidak bagus, tapi pendekatan jurulatih luar seperti Jepun / Korea / Eropah pasti lebih memberikan sesuatu yg baru buat pasukan. Yang pasti pemilihan pemain adalah berdasarkan merit & bukan semata-mata kerana coach kenal pemain atau atas sebab momen-momen indah yg coach ada dengan pemain itu
Naturalisasi sampah & tiada faedah. Statement yg nampak kasar & berdasarkan amarah semata. Namun itulah hakikatnya. Satu gol penalti no 16 yg diraikan seperti menang Piala Dunia & lagak gengster no 10 mengutip kad kuning baru beberapa minit dimasukkan adalah kayu pengukur betapa sampahnya naturalisasi kita. No 13? Di awal kehadiran dulu nampak positif, kita tenggelam di Selat Tebrau. Sedikit berbeza dgn pemain kacukan. Prestasi & attitude yg ditunjukkan adalah sesuatu yg boleh dibanggakan buat masa ini. Paling tidak, mereka tidaklah menyakitkan hati sgt.
Keseluruhannya, malam ini bukanlah perlawanan yg terlalu teruk dari kita, tetapi bukan juga yg terbaik. Vietnam tidaklah terlalu mengancam pun. Malah, penguasaan bola jugak milik kita. Tapi akibat beberapa kesilapan juga kekasaran yg kadangkala tidak perlu telah menghukum kita.
Tidaklah kecewa sangat, tapi.....
Terima kasih pemain2 semua. Anda telah berusaha. Tapi belum mampu menang.
Kami sokong anda, kami kritik anda kerana kami sayang negara kami.
Ok, bye. Nak sokong team Euro pulak...
Sekadar catatan saja-saja seorang peminat bola Malaysia yg tahan mengantuk 90 minit
Tak pernah tak sokong Malaysia!
10/01/2021
INSPIRASI FILEM : BERMULA DARI BAWAH
Dwyane Johnson adalah salah seorang selebriti antarabangsa yang menjadi perhatian peminat diseluruh dunia. Pada awalnya, beliau bukanlah sesiapa dan tidak punya apa-apa.
Mula mencuba nasib dalam arena wrestling, mengikut langkah bapanya yang juga seorang wrestling professional. Kemudian beliau berjaya mencipta nama dalam arena wrestling, sebagai The Rock.
Setelah itu, beliau mula ditawarkan berlakon pada tahun 2001 melalui filem The Mummy Returns sebagai undangan khas. Selepas itu, memegang watak utama dalam The Scorpion King pada tahun 2002.
Kemudian, satu persatu filem beliau bintangi tanpa memilih genre. Sehinggalah filem-filem lakonan beliau menjadapat kutipan box office yang tinggi. Kini... Beliau bergelar pelakon yang menerima bayaran yang paling mahal didunia.
10/01/2021
Assalam...Sape2 masih ingat kemalangan misteri ini? Kejadian tak pasti pada tahun awal 2000an atau 2010 dulu tapi diyakini berlaku tahun 2010 nie yang melibatkan sebuah kereta kia optima berwarna kelabu berharga RM100K? Kereta kia ini dijumpai oleh seseorang berbangsa cina, ade versi lain orang asli yang jumpe di jambatan jalan bentong lama, batu 18...kereta itu terjunam jatuh kebawah jambatan dgn kedalaman 100 meter...misterinya tidak ada tanda2 kemalangan berlaku diatas jalan raya dan penghadang jalan ditepi jambatan tu pulak tidak rosak dan pecah...
Apabila pasukan menyelamat turun dan memeriksa kenderaan itu, tiidak terdapat mayat didalam kereta dan sekitar dikawasan tersebut...kunci kereta masih ada didalam kereta...Kereta itu sudah diusahakan untuk dinaikkan keatas tetapi gagal kerana kenderaan yg mengangkut kereta naik keatas tu mengalami masalah teknikal...kenderaan lain dipanggil...jugak mengalami masalah yg sama...Kereta tu akhirnya akur berkubur ke bawah jambatan tu sehingga kehari ini...
Cerita pasal kemalangan jatuh kedalam gaung secara misteri seperti ini mengingatkan aku tentang sebuah lagi kisah seram dan misteri.Kisah Dj radio Thr yang kalau tak silap namanya Isma Halil Hamzah yg mendapat panggilan misteri semasa siaran segmen kisah seram sedang berlangsung pada tgh malam tu pada tahun awal 2000an dulu...Entahlah...Disebabkan kejadian tu, dj tu dh taknak teruskan lagi siaran kisah2 seram kat thr dan tukar segmen lain...
Semasa berlangsungnya panggilan itu, pemanggil tu menceritakan secara terperinci apa yang terjadik kepada dia dan keluarganya tentang kemalangan jalan raya yang dia sekeluarga hadapi sehingga terjunam kedalam gaung.Yang pasti kesemua mangsa kemalangan itu mati termasok si pemanggil misteri itu.
Penutup panggilan tu diiringi dengan suara hilaian...Suasana senyap dan sepi seketika masa tu.Mungkin Djnya nak bertenang seketika lepas tu beliau putarkan lagu rock untuk hilangkan rasa seram menyelubungi dirinya.
Ada ura2 mengatakan dj tu cuba putarkan balik rakaman tu pada keesokan harinya tapi isinya kosong...Owh ye....kisah Dj nie dah lama sangat ye guys...Entah berbelas atau berpuluh tahun dulu...Tidak beberapa lama lepas kejadian Dj kena kacau tu, keluar berita sebuah kereta dijumpai jatuh kedalam gaung...
Kisah Dj diganggu pemanggil misteri ini sangat terkenal dan rare sehingga ada diceritakan di Mj12, Kc champion cuba melakonkan kembali kejadian itu, cuma Kc tak mentionkan sape Dj tu dan dari siaran radio apa.
Cc: Pekmer Taufiq
09/01/2021