17/06/2024
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2024 | 1445H
Alhamdulillah.. gotong-royong warga Kampung Jarau hari ini dalam menyambut Hari Raya Korban. Menunaikan ibadah korban yang telah diamanahkan.
Jutaan terima kasih kepada penyumbang yang sudi memberi sumbangan. Selamat menunaikan ibadah korban dan bermaafan di hari yang penuh bermakna ini. Semoga setiap pengorbanan kita dirahmati dan menjadi bekalan di akhirat kelak.
Terima kasih juga kepada seluruh pihak yang hadir bertungkus lumus menggembleng tenaga bagi menjayakan Majlis ini.
Semoga Kampung Jarau kekal harmoni sentiasa.
12/05/2024
09 May 2024 @ Khamis
Program Perlepasan Benih Ikan.
Telah berlangsung Program Perlepasan Benih Ikan oleh Jabatan Perikanan Negeri Perak bersama JPKK Kg. Jarau di Jeti Tebing Kg. Jarau.
Program yang baik untuk warga kampung Jarau. Sebanyak 36,000 benih ikan species Lampam Jawa dilepaskan. Dengan pelepasan benih ikan di perairan sungai Perak ini bertujuan memperkaya dan mengekalkan sumber perikanan di sungai serta memulihara khazanah warisan sungai.
Turut bersama di dalam Program ini Y.bhg. Datuk Mohd Ariff Bin Abdul Majid, Ahli Lembaga Pengarah Perak Agro Forestry Sdn. Bhd. Bersama-sama juga nelayan-nelayan tempatan dan warga penduduk Kampung Jarau.
Geng Bawah Tebing Kampung Jarau merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JPKK Kg. Jarau kerana dapat menganjurkan program seperti ini. Tahniah juga diucapkan!
Semoga semua warga penduduk Kampung Jarau sentiasa hidup aman dan harmoni❤️
09/05/2024
9 March 2024 @ Sabtu
Gotong - royong membakar lemang dan rendang Geng Bawah Tebing Kampung Jarau. Alhamdulillah program sempena menyambut bulan Ramadhan yang lepas.
Terima kasih semua yang menjayakan Majlis ini.
29/10/2023
Tok Penghulu kite
Penghulu Mukim Chegar Galah, Tok Mohamad Alias Zainal Akhir yang banyak juga membantu dalam usaha pencarian arwah Mohd Faiz Bin Azam.
Sentiasa turun ditempat kejadian dengan pantas, tidak kira waktu siang dan malam, hujan atau panas. Sentiasa mengambil berat dan menjaga kebajikan keluarga mangsa yang datang dari jauh.
Kami Geng Bawah Tebing Kampung Jarau mengucapkan setinggi perhargaan terima kasih kepada Tok Penghulu yang sentiasa bekerja ikhlas untuk Anak Mukim Chegar Galah. Semoga usaha murni tok sentiasa mendapat keberkatan ALLAH SWT.
Tidak dilupakan kepada warga Kg. Jarau yang menyediakan tempat berteduh kepada keluarga Arwah Mohd Faiz Bin Azam.
Jutaan terima kasih semua nya🤝🏻
29/10/2023
Assalamualaikum
Alhamdulillah arwah Mohd Faiz Bin Azam telah dijumpai oleh orang awam pada jam 5.30 petang semalam, tersangkut di Pulau di Kampung Buaya, Menora dengan jarak 25 Kilometer dari lokasi dia jatuh.
Sebelum ini, arwah Mohd Faiz Bin Azam terjatuh dari bot ketika melakukan aktiviti memancing di Sungai Kg. Jarau hilang dihanyutkan air sungai.
Geng Bawah Tebing Kampung Jarau mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada seluruh pasukan penyelamat serta agensi-agensi terlibat dalam membantu kerja-kerja SAR.
Terima kasih tidak terhingga juga kepada anak kariah Kg. Jarau, Nelayan-nelayan serta semua penduduk Kg. Jarau semua yang terlibat dan sentiasa berdoa untuk pencarian arwah Mohd Faiz Bin Azam.
Buat keluarga Arwah Mohd Faiz Bin Azam kami dari Geng Bawah Tebing Kampung Jarau mengucapkan Salam Takziah. Semoga seluruh keluarga tabah dalam ujian ini. Hikmah disebalik kejadian moga kita semua dapat mengeratkan pertalian persaudaraan berpanjangan.
Difahamkan jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kg. Geliong (29.10.2023). Sama-sama kita mendoakan agar rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah SWT. Aaminn.
27/10/2023
Salam Jumaat penghulu segala hari
Sama-sama kita mendoakan agar pencarian mangsa Mohd Faiz Bin Azam yang telah jatuh dari bot sewaktu pergi memancing semalam.
Mangsa dikhuatiri lemas ketika pergi memancing semalam. Pos Kawalan Bomba, JPAM & Polis ditempatkan di Bawah Tebing Kampung Jarau yang berdekatan lokasi kejadian.
Geng Bawah Tebing Kampung Jarau mendoakan agar dipermudahkan segala urusan mencari Sdr. Mohd Faiz Bin Azam. Semoga seluruh keluarga mangsa dapat bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian berat ini.
“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berikanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik darinya”.
27/09/2023
Salam Maulidur Rasul 2023/1445H.
۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
12 Rabiulawal adalah tarikh yang bermakna buat umat Islam sempena kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ❤️❤️
“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”
Hidupkan dalam keluarga kita selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
19/09/2023
Keadaan khemah riadah di Tebing Kampung Jarau akibat hujan lebat serta angin kuat petang tadi.
Semua ini adalah rencana baik dari Allah. Kita harus menerima kejadian ini dengan ketabahan dan hati lapang.
InsyaAllah esok pagi kita luangkan masa bersama bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar tapak riadah dan betulkan khemah.