09/02/2026
Satu pencapaian luar biasa dipamerkan oleh barisan pemain muda negara sepanjang saingan WTT di Tunis. Bukan satu, tetapi dua kejohanan berturut-turut menjadi saksi kecemerlangan bakat muda Malaysia dalam sukan ping pong di peringkat antarabangsa.
Kejayaan tersebut dilakar menerusi penyertaan dalam WTT Youth Contender Tunis dan WTT Youth Star Contender Tunis, apabila kontinjen negara berjaya meraih keseluruhan 3 pingat emas, 4 perak dan 2 gangsa.
🏓 WTT Youth Contender Tunis
2–5 Februari | Multidisciplinary Hall of Rades, Tunis, Tunisia
🥇Lai Yong Ren - U15 Boys Singles
🥈Koh Wei Yeow - U13 Boys Singles
🥈Dania Elisha Mohd. Airul Haris - U15 Girls Singles
🥈Dania Elisha Mohd. Airul Haris/Muhammad Faiz Danial Mohammad Hizir - U15 Mixed Doubles
🥉Choo Ke Ying - U15 Girls Singles
🥉Cheah Yu Zheng / Max Radiven (ENG) - U19 Mixed Doubles
🏓 WTT Youth Star Contender Tunis
6–8 Februari | Multidisciplinary Hall of Rades, Tunis, Tunisia
🥇Dania Elisha Mohd. Airul Haris/Muhammad Faiz Danial Mohammad Hizir - U15 Mixed Doubles
🥇Choo Ke Ying/Dania Elisha Mohd. Airul Haris - U15 Girls Doubles
🥈Dania Elisha Mohd. Airul Haris - U15 Girls Singles
Prestasi cemerlang ini membuktikan potensi besar barisan pelapis negara di pentas antarabangsa. Tahniah buat semua atlet! 👏🔥
27/03/2025
08/11/2024
08/05/2024
29/04/2024
13/11/2023
31/10/2023
30/09/2023