Gayung Cula Sakti Zon Air Tawar Official

Gayung Cula Sakti Zon Air Tawar Official

Share

Silat Seni Gayong Yang Diasaskan & Dicipta Oleh Allahyarham Dato Daeng Meor Abd Rahman Bin Daeng Uda Hashim.

Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Zon Air Tawar (PSSGCSM) bergerak aktif disekitar Daerah Kota Tinggi, Johor.

29/07/2026

Dengan penuh rasa dukacita, barisan jurulatih, Pengerak, AJK serta seluruh anak-anak Gayong, Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia Zon Air Tawar merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Abdul Ghapar bin Dato' Dr. Raja Abdul Majid @ Tokbat Gurun, seorang Tokoh Persilatan Negara serta juara dunia.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia persilatan tanah air. Segala jasa, pengorbanan dan sumbangan beliau dalam memartabatkan seni silat Melayu akan sentiasa terpahat dalam ingatan serta menjadi inspirasi kepada generasi pewaris.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada:
PSSGCSM ZON AIR TAWAR

28/07/2026

Alhamdulillah, semoga gayung cula sakti terus melangkah terus maju. ℒ️

πŸ“’ KENYATAAN RASMI

PENDAFTARAN RASMI CAP DAGANGAN (TRADEMARK) LOGO PERTUBUHAN SILAT SENI GAYUNG CULA SAKTI MALAYSIA

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia dengan penuh rasa syukur ingin memaklumkan bahawa Logo Rasmi Pertubuhan telah berjaya didaftarkan secara rasmi sebagai Cap Dagangan (Trademark) di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Maklumat Pendaftaran:
βœ… No. Cap Dagangan: TM2019003051
βœ… Tempoh Perlindungan: 2019 – 2029
βœ… Kelas 41: Latihan dan Pengajaran Seni Pertahanan Diri

Pendaftaran ini merupakan satu pengiktirafan penting terhadap identiti rasmi pertubuhan serta langkah strategik dalam melindungi hak harta intelek, nama baik dan imej Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia.

---

βš–οΈ PERINGATAN BERKAITAN HAK CAP DAGANGAN

1. Penggunaan Rasmi

Logo, nama dan lambang Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia merupakan hak eksklusif pertubuhan. Sebarang penggunaan pada pakaian, sijil, bahan promosi, media sosial, laman sesawang, media digital atau bahan bercetak hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada pihak pengurusan.

2. Larangan Penggunaan Tanpa Kebenaran

Mana-mana individu atau organisasi adalah tidak dibenarkan menyalin, memuat turun, mengubah suai, mengedit, menukar warna, menghasilkan semula atau menggunakan logo ini bagi apa jua tujuan tanpa kebenaran rasmi.

3. Tindakan Undang-Undang

Pihak pertubuhan berhak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan atau meniru logo, nama atau identiti pertubuhan sehingga boleh mengelirukan orang ramai, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa berkaitan cap dagangan.

---

Pendaftaran cap dagangan ini bukan sekadar melindungi sebuah logo, malah melambangkan usaha berterusan pertubuhan dalam memelihara identiti, maruah, warisan dan kredibiliti Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia agar terus dihormati serta berkembang secara profesional pada masa hadapan.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada kemajuan pertubuhan dan mengukuhkan lagi keyakinan masyarakat terhadap perjuangan memartabatkan seni silat sebagai warisan bangsa.

Pihak Pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru, jurulatih, ahli, ibu bapa serta para penyokong yang sentiasa bersama-sama memperkukuhkan perjuangan ini.

PENGURUSAN RASMI
Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia

18/07/2026

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Dukacita dimaklumkan mengenai pemergian mengejut Muhammad Yadiy bin Yusoff (1989-2026), salah seorang Jurulatih Kanan Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia.

Beliau juga sangat berdedikasi dan telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan silat, terutamanya di kalangan generasi muda.

Kepimpinan dan sumbangan Allahyarham akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga silat seni dan masyarakat.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Marilah kita sama-sama membacakan doa serta sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

Al-Fatihah.

14/07/2026

πŸ₯‹ PENGAMBILAN AHLI BAHARU PSSGCSM ZON AIR TAWAR πŸ₯‹

Ingin membentuk disiplin, keyakinan, jati diri dan kemahiran mempertahankan diri? Kini peluang anda untuk menyertai Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia (PSSGCSM) Zon Air Tawar.

βœ… Terbuka kepada kanak-kanak, remaja & dewasa
πŸ“ 6 gelanggang sekitar Kota Tinggi

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi:

πŸ“ž Faizal: 013-309 8627
πŸ“ž Saharudin: 018-373 1611

Warisan dipelihara, jati diri dibina.
Jom sertai keluarga PSSGCSM hari ini! πŸ₯‹

31/05/2026

Allahumafirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu'anhu
Semoga Almarhum guru ditempatkan dikalangan orang yang beriman disisi Allah SWT..

Al-Fatihah buat Allahyarham Cikgu Md Rasip Bin Abd Wahab

Hari ini, 31 Mei 2026, genap 9 tahun pemergian Allahyarham Cikgu Md Rasip Bin Abd Wahab, Penggerak Utama Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia.

Sesungguhnya jasa, pengorbanan, ilmu dan didikan beliau telah menjadi asas kepada perkembangan serta kelangsungan warisan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia hingga ke hari ini. Segala tunjuk ajar, nasihat dan perjuangan yang ditinggalkan akan terus menjadi pedoman buat anak-anak murid dan generasi pewaris.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah serta mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

"Orang yang meninggal dunia terputus amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya."
Al-Fatihah.





27/05/2026

"Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan daripada kamu." β€” (Surah Al-Hajj, Ayat 37)

Semoga ibadah korban kita tahun ini diterima Allah SWT, dan mendidik hati kita tentang erti keikhlasan serta pengorbanan yang sebenar. 🀲🌾

16/05/2026

Barisan Jurulatih dan imam-imam gelanggang serta seluruh anak-anak gayung Gelanggang Zon Air Tawar mengucapkan Selamat Hari Guru buat seluruh pendidik, jurulatih, khasnya kepada guru-guru Gayong. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan, dan ilmu yang dicurahkan dalam membentuk generasi berilmu dan berakhlak. Semoga semua guru terus dikurniakan kesihatan, kekuatan, dan keberkatan dalam mendidik anak bangsa. Jasamu tetap dikenang ❀️

20/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua πŸŒ™βœ¨
Semoga kemenangan disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan keberkatan 🀍

Ramadhan yang telah kita lalui bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi sebagai madrasah untuk mendidik jiwaβ€”mengajar sabar, keikhlasan dan memperbanyakkan amalan. Moga segala ibadah kita diterima dan menjadi bekalan berpanjangan.

Pergi ke desa membeli selasih,
Singgah sebentar di tepi perigi,
Ramadhan pergi meninggalkan kasih,
Aidilfitri diraikan penuh suci.

Pagi hari pergi ke pekan,
Singgah membeli kuih dan lemang,
Salah dan silap mohon dimaafkan,
Moga ukhuwah kekal selamanya tenang.

*IKHLAS DARIPADA KAMI: JURULATIH & AJK PSSGCSM ZON AIR TAWAR.*❀️

Photos from Gayung Cula Sakti Zon Air Tawar Official 's post 30/10/2025

πŸ“Έ Sekitar Majlis Pembukaan Rasmi Gelanggang Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia (Mawai Baru) dengan kerjasama dan anjuran JPKK Kg. Mawai Baru.

Jutaan terima kasih atas sokongan dan dokongan terutama Penghulu Mukim, Ketua Kampung Mawai baru, pihak JPKK Kg. Mawai baru, Ibu bapa dan semua yang hadir menyokong pembukaan gelanggang baru.

Semangat, doa, dan sokongan anda semua menjadi pembakar semangat untuk kami meneruskan perjuangan memartabatkan seni silat. πŸ’ͺ

Bagi memupuk dan membudayakan kelestarian silat serta melahirkan generasi yang aktif, berwibawa dan berani, kami mempelawa semua yang berhampiran untuk mengikuti gelanggang latihan kami pada ketetapan berikut!

πŸ“ : Dewan Kg. Mawai Baru
πŸ—“οΈ : Selasa (Malam)
⏰ : 2030PM - 2230PM

Silat dapat membentuk jati diri, ketahanan fizikal dan mental. Membudayakan nilai-nilai murni serta mengenal serta menghayati seni mempertahankan diri orang melayu. Ayuh sertai kami dan rasai keindahan seni warisan bangsa! Jumpa anda disana.

Untuk pendaftaran:
☎️ Pn. Myra: 013-7947138
☎️ En. Izuan: 011-11147659

Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia




Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kota Tinggi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Felda Air Tawar 5
Kota Tinggi
81920

Opening Hours

21:00 - 23:00