16/07/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐/๐๐.
๐๐๐๐ฆ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐๐จ ๐๐๐ก ๐๐๐ช๐๐ฆ๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ฅ๐ก๐ฌ๐!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
KD SRI LIKAS yang bertempat di Pangkalan TLDM Sepangar, Kota Kinabalu akan mengadakan Pengambilan Pegawai dan Perajurit Muda Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) Siri 2/26.
Kepada rakyat Malaysia, khususnya warga Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya yang berminat serta berkelayakan, anda dipelawa untuk menyertai PSSTLDM dan menjadi sebahagian daripada warga Tentera Laut Diraja Malaysia.
Antara aktiviti dan latihan yang bakal diikuti termasuk latihan menembak, kem tahunan, pelayaran bersama kapal TLDM serta pelbagai latihan dan program pembangunan diri yang mencabar serta menarik.
๐๐๐ซ๐ฌ๐๐๐ข๐ ๐ฆ๐๐ง๐ฃ๐๐๐ข ๐ฌ๐๐๐๐ก๐๐ ๐ข๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ฉ๐๐๐ ๐ค๐๐ฆ๐ข?
Jom sertai kami mengikut ketetapan berikut:
๐
Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
๐ Masa Pendaftaran: 7.00 pagi
๐ Tempat: Tasik Kompleks Sukan Likas
Pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan serta kelengkapan alat tulis.
๐๐ฒ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ณ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป:
1. Gambar berukuran pasport (4 salinan).
2. Salinan Kad Pengenalan (4 salinan).
3. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa (4 salinan).
4. Salinan Kad Pengenalan pasangan (bagi yang berkahwin) (4 salinan).
5. Salinan Sijil Berhenti Sekolah (4 salinan).
6. Salinan Sijil SPM (4 salinan).
7. Salinan Sijil Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana (5 salinan) (bagi permohonan pegawai).
8. Salinan Sijil Nikah (bagi yang berkahwin) (4 salinan).
๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป: Jika waris telah meninggal dunia, sila bawa salinan sijil kematian.
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
โ
Baju sukan berkolar
โ
Seluar sukan
โ
Kasut sukan
โ
Berstoking
โ
Bertudung bagi wanita beragama Islam
"SEDIA BERKORBAN"
MPS TLDM
ROTU NAVY UMS
PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TLDM
Royal Malaysian Navy (RMN)
13/07/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐.
11โ12 Julai 2026 โ KD SRI LIKAS telah dijemput sebagai pempamer sempena Karnival Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform & Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Sabah 2026 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.
Sepanjang karnival berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Ikatan dan Simpulan serta pelbagai pengisian menarik yang melibatkan pasukan badan beruniform sekolah-sekolah dari seluruh negeri.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ts. Datuk Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).
Terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan semua pihak yang telah hadir serta memberi sokongan kepada pameran KD SRI LIKAS sepanjang program berlangsung.
"SEDIA BERKORBAN"
30/05/2026
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026
Pegawai Memerintah serta seluruh warga KD SRI LIKAS mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada semua anggota, keluarga serta masyarakat yang meraikannya.
Semoga sambutan yang penuh bermakna ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan mengeratkan lagi semangat perpaduan, keharmonian serta persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.
โKaamatan dan Gawai diraikan, perpaduan dan keharmonian terus diperkukuhkan.โ
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai.
tldm
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M
ููู ููููุงูู ูฑูููููู ููุญููู
ูููุง ููููุง ุฏูู
ูุงูุคูููุง ูููููฐููู ููููุงูููู ูฑูุชููููููููฐ ู
ููููู
ู
โDaging dan darah korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.โ
โ Surah Al-Hajj : 37
Ikhlas daripada seluruh warga KD SRI LIKAS.
Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, keinsafan dan mengeratkan ukhuwah sesama insan.
"SEDIA BERKORBAN"
tldm
17/05/2026
16 Mei - KD SRI LIKAS telah berjaya melaksanakan Ujian Penembakan Senjata Kecil (UKMSK) penggal pertama tahun 2026 yang melibatkan semua warga KD SRI LIKAS termasuk PALAPES Laut UMS.
Sepanjang latihan, Standard Operating Procedure (SOP) dipatuhi sepenuhnya oleh setiap peserta. Ujian penembakan dimulakan dengan taklimat oleh BK PAP (GI) Mohd Aswad bin Che Omar, yang menerangkan tatacara pengendalian senjata, arahan semasa serta langkah-langkah keselamatan.
Latihan penembakan ini bertujuan untuk:
โ Menguji kemahiran dan teknik pengendalian senjata.
โ Menilai keupayaan dan kefungsian senjata yang digunakan.
โ Mengukuhkan semangat kerjasama dan silaturahim antara semua peserta.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat atas semangat juang, disiplin dan kerjasama yang tinggi sepanjang latihan penembakan ini dilaksanakan.
"SEDIA BERKORBAN"
tldm
27/04/2026
Pegawai Memerintah serta seluruh warga KD SRI LIKAS dengan penuh hormat mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-92.
Semoga TLDM terus cemerlang dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara serta kekal sebagai benteng utama keselamatan maritim tanah air.
"SEDIA BERKORBAN"
tldm
27/04/2026
25 April 2026 โ KD SRI LIKAS telah melaksanakan Program Ceramah dan Perkongsian berkaitan Pengurusan Kewangan serta Pengurusan Kredit dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kota Kinabalu.
Program ini menampilkan penceramah jemputan, Tuan Alexander Iskandar bin Tanggang, Eksekutif Kanan 1 LHDN Kota Kinabalu. Kehadiran beliau telah disambut oleh Pegawai Laksana KD SRI LIKAS, Lt Ts. Dr. Affendy bin Hassan PSSTLDM.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran warga KD SRI LIKAS dalam mengurus kewangan secara bijak dan berhemah.
"SEDIA BERKORBAN"
22/04/2026
KELAS RENANG
21 Apr 26 - KD SRI LIKAS bersama PALAPES Laut UMS telah melaksanakan Latihan Tempatan yang memberi fokus kepada kelas renang bagi meningkatkan kemahiran asas serta tahap keyakinan Pegawai Kadet di dalam air.
Latihan ini bertujuan memastikan setiap pegawai kadet mampu menguasai teknik renangan dengan betul di samping membina daya tahan fizikal dan mental. Komitmen serta semangat yang ditunjukkan oleh semua pegawai kadet amat membanggakan.
Diharapkan latihan berterusan seperti ini dapat membantu mencapai tahap kelulusan renang yang cemerlang dalam kalangan pegawai kadet.
"SEDIA BERKORBAN"
tldm
18/04/2026
PROGRAM JIWA MURNI MADANI BORNEO ULTRA OCEAN CLEAN UP 5/26
18 Apr 26. - KD SRI LIKAS dan beberapa agensi dan komuniti lain telah terlibat sama dalam menjayakan program Jiwa Madani Borneo Ultra Ocean Clean Up 5/26 anjuran Markas Kapal Selam TLDM di Taman Awam Teluk Likas.
Program tahunan ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran dan memupuk orang ramai untuk sama-sama berganding bahu bagi membersih kawasan pantai dan dasar laut demi masa depan bumi yang lebih bersih dan lestari.
"SEDIA BERKORBAN"
tldm
01/04/2026
1 Apr 26 - Majlis Serah Terima Tugas Bintara Teknikal KD SRI LIKAS di antara 842774 BK TMS Hamdi bin Abdul Rahim dan 838112 BM TMK Mohd Akmal bin Mohd Dhazir yang disaksikan oleh Pegawai Memerintah KD SRI LIKAS, Lt Kdr Ryandal Adrian anak Andreas TLDM.
Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani dan penyerahan nota serah terima tugas serta simbolik.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada BK TMS Hamdi bin Abdul Rahim di atas segala khidmat bakti yang dicurahkan selama berada di unit KD SRI LIKAS dan tahniah diucapkan kepada BM TMK Mohd Akmal bin Mohd Dhazir atas pelantikan sebagai Bintara Teknikal KD SRI LIKAS yang baharu.
Semoga terus cemerlang dalam menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberi.
'SEDIA BERKORBAN'