Kelab Sukan Elektronik Setara

Kelab Sukan Elektronik Setara

Share

Kelab Sukan Elektronik Setara ( KESETARA ) from kota kinabalu, sabah.

12/08/2026

GOOD LUCK SUKMA SABAH πŸ”₯

Setelah melalui pelbagai rintangan, cabaran, latihan dan persiapan yang panjang, kini tibalah masanya Kontinjen E-Sukan Sabah turun ke medan SUKMA XXII Selangor 2026 untuk membawa cabaran dan mengharumkan nama Sabah di pentas E-Sukan kebangsaan.

Dengan semangat juang yang tinggi, disiplin serta keyakinan yang telah dibina sepanjang persiapan, kami bersedia memberikan 100% kemampuan, tenaga dan fokus dalam setiap perlawanan.

Kami hadir bukan sekadar untuk bertanding, tetapi untuk berjuang, mencabar kemampuan terbaik dan memberikan yang terbaik buat Sabah!

Kontinjen E-Sukan Sabah akan mempertaruhkan atlet dalam:

Mobile Legends: Bang Bang – Lelaki & Wanita
Street Fighter 6 – Lelaki
eFootball Mobile – Lelaki
E-Chess – Lelaki & Wanita

Apa jua keputusan di medan pertandingan nanti, kami akan berjuang dengan penuh semangat kesukanan, menjunjung disiplin, menghormati setiap lawan dan memberikan segala-galanya sehingga tamat perlawanan.

Demi Sabah. Demi maruah pasukan. Demi mengejar kejayaan!

Ayuh kita bersama-sama memberikan sokongan dan doa buat seluruh atlet, jurulatih, pengurus serta barisan pegawai E-Sukan Sabah.

Terima kasih kepada semua yang bersama membantu dan menyokong perjuangan ke pentas SUKMA xxii ini.

SABAH E-SPORTS β€” GO FOR GOLD!
Satu Pasukan. Satu Semangat. Satu Matlamat. Sabah!



Photos from Kelab Sukan Elektronik Setara's post 11/08/2026

Terima kasih pada semua player yg sudi menyertai tournament efootball mobile utk tahun ini sempena "Jelajah TVET Borneo" yg d anjurkan oleh IKBN (CLK E-Sport Club).
Tahniah pada pemenang utk siri kali ini πŸ”₯

Kita jumpa tahun hadapan! πŸ’ͺ



27/05/2026
Photos from WTM Today's post 27/04/2026

Glory Glory Malaysia Juara! Dalam siri Mancherster United World Final Efootball Mobile.

Tahniah WPS.APIZ πŸ”₯


Photos from TokoNeo's post 25/04/2026

Semoga berjaya utk adik2 kita yg akan mewakili Sukma sabah dalam kategori Esport yang akan berlangsung tidak lama lagi. Do the best gaiss! 🀘

Terima kasih Persatuan Esport Sabah Persues dan MSN sabah dengan jayanya membuat final bootcamp bagi persiapan Sukma tahun ni. Good luck adik2 semua πŸ’ͺ

18/02/2026

MARHABAN YA RAMADHAN 1447H / 2026M
Sempena kedatangan bulan ramadhan kami seluruh warga Kelab Sukan Elektronik Setara mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kedatangan bulan penuh keberkatan ini menerangi hati kita semua dengan keimanan, keampunan serta keberkatan yang berlipat ganda.

Ikhlas dari KESETARA πŸ˜ŠπŸ™πŸ»πŸ€²πŸ»



Photos from Kelab Sukan Elektronik Setara's post 08/02/2026

Sukan Esport Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja bagi kategori Efootball mobile dan Mobile Legend (SUDOSH) 2026 berjalan dengan jayanya. Tahniah buat kontinjen yg berjaya mendapat pingat utk negeri masing-masing.



Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kota Kinabalu