Kelab Sukan Dan Rekreasi Komputer - Kesiter

Kelab Sukan Dan Rekreasi Komputer - Kesiter

Share

Kelab Sukan dan Rekreasi Komputer (KESITER), JTDI ditubuhkan untuk menyelaras aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi.

15/04/2026

11 April 2026

Team 2:
Seramai 4 ahli KESITER telah mewakili pasukan dalam acara sukan tradisi Program Bersama Rakyat: Riadah Perpaduan Bersama Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah besempena dengan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi yang ke-75, yang berlangsung di Taman Tasik Rekreasi, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Antara sukan tradisi yang disertai termasuk melastik, menyumpit dan memanah tradisional 🏹✨

Saksikan aksi-aksi mereka masing-masing! πŸ˜†πŸ”₯

Pengalaman yang sangat bermakna dalam menghidupkan warisan sambil mengeratkan perpaduan πŸ’›

15/04/2026

11 April 2026

Team 1:
Kali ini KESITER CTRL+ALT+HIKE (II) menawan Bukit Botak, Sepanggar menggunakan trek baharu yang lebih mencabar berbanding trek lama. ⛰️πŸ”₯

Pendakian ini juga merupakan salah satu latihan persediaan untuk menawan Gunung Kinabalu pada bulan November nanti. Semangat menuju puncak β€” persistence & resilience is the key! πŸ’ͺ✨ Dan yang penting… kita mesti enjoy setiap langkah!

Yang struggle tu… biar kita simpan sendiri πŸ€ͺ Yang ditunjukkan, semua yang fun-fun saja! πŸ˜†πŸŽ‰

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program hiking ini πŸ’›
Kerjasama, semangat, dan kebersamaan yang ditunjukkan memang terbaik! Setiap langkah yang diambil bersama menjadikan pengalaman ini lebih bermakna ✨

Jumpa lagi di pendakian seterusnya! πŸ’ͺπŸ˜†



β›°οΈπŸ’š

Photos from Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri Sabah JTDI's post 15/04/2026

Proud to announce! πŸŽ‰

Jabatan kami kini dikenali sebagai Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Sabah (JTDI) ! Satu penjenamaan baharu yang mencerminkan hala tuju sebagai peneraju transformasi digital, pemangkin inovasi serta pemacu ekosistem teknologi Negeri Sabah! Semoga kami akan terus memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan Sabah.

Ke hadapan, kita cipta lebih banyak kejayaan bersama! πŸš€

15/04/2026

Karnival Sukan JPKN 2025–2026: BOARD GAME BONANZA telah berlangsung dengan meriah pada 17 Mac 2026 yang lalu, menjelang Hari Raya πŸŒ™βœ¨

Walaupun dalam suasana bulan puasa, semangat tetap padu! Aktiviti yang dijalankan lebih santai dan tidak memerlukan pergerakan yang berat, tapi tetap penuh gelak tawa dan kebersamaan 🀭

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Momen sederhana, tapi bermakna πŸ’›

Ps: Maaf lambat post… admin beraya sakan πŸ˜†πŸŽ‰

Photos from Kelab Sukan Dan Rekreasi Komputer - Kesiter's post 07/03/2026

Program Lawatan Kebajikan KESITER Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan JPKN
πŸ“… 6 Mac 2026

Kelab Sukan dan Rekreasi Komputer (KESITER), Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) telah mengadakan Program Lawatan Kebajikan ke Comfort Aged Care Center dan Rumah Amal Kasih sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan JPKN.

Program ini turut disertai dengan penyerahan sumbangan hasil kutipan daripada warga JPKN yang berjaya dikumpulkan sebanyak RM3,702. Sumbangan ini diharap dapat sedikit sebanyak membantu serta menceriakan penghuni di kedua-dua pusat kebajikan tersebut.

Pihak KESITER juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Comfort Aged Care Center dan Rumah Amal Kasih kerana telah mengalu-alukan kedatangan kami dengan penuh kemesraan dan layanan yang begitu baik sepanjang lawatan ini.

Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada semua warga JPKN yang telah menyumbang dengan penuh keikhlasan dalam menjayakan inisiatif kebajikan ini.

Semoga usaha kecil ini membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukan serta memupuk semangat prihatin, kasih sayang dan kebersamaan dalam kalangan kita semua.




07/03/2026

Kami dari pihak JPKN turut berterima kasih kepada pihak Comfort Aged Care Center kena menerima lawatan kami dengan hati terbuka. πŸ€—

In celebration of their 50th anniversary, Jabatan Perkhidmatan Komputer Sabah selected Comfort Aged Care Centre as their CSR partner and contributed dry food items during their visit on 6th March 2026. We extend our sincere appreciation to the 15‑member delegation for their meaningful support and commitment to community wellbeing.

Photos from Kelab Sukan Dan Rekreasi Komputer - Kesiter's post 16/02/2026

06 Februari 2026 :

Dimulakan dengan Program Ukhuwah yang diadakan seperti kebiasaan pada hari Jumaat, kali ini pihak KESITER mengambil kesempatan untuk mengadakan bacaan doa khas bagi mendoakan rakan-rakan serta ahli yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. 🀲🏻

Selesai Program Ukhuwah, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KESITER bagi tahun 2025 telah berlangsung dengan pembentangan laporan aktiviti serta laporan kewangan, di samping membincangkan perancangan dan hala tuju program bagi tahun semasa.

Turut diadakan sesi penyampaian hadiah Pertandingan Hiasan Ruang Kerja Krismas & Tahun Baharu 2026 bagi kategori Bahagian/Wilayah/PID dan Individu. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kreativiti dan komitmen yang ditunjukkan. πŸŽ‰

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para peserta Program MindOS β€œReset Bersama Alam”. Semoga penglibatan dalam program ini memberi manfaat dan pengalaman bermakna kepada semua yang terlibat.

Program diakhiri dengan Program Serahan Limau bertemakan β€œSeulas Limau, Seribu Makna” bersempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan datang. Limau telah diserahkan kepada semua kakitangan JPKN sebagai simbol doa, kegembiraan dan harapan untuk kesejahteraan bersama. 🍊

Semoga penganjuran program-program ini terus mengeratkan silaturahim, memupuk perpaduan dan memperkukuhkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga JPKN.

08/02/2026

Congratulations & well done! πŸ‘
Tahniah kepada semua warga Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN)
daripada Kelab Sukan dan Rekreasi Komputer – JPKN atas kejayaan menamatkan
11KM & 21KM di Borneo Half Marathon πŸ…

Your determination, grit, and team spirit truly paid off.

πŸ“ Borneo Half Marathon
πŸ—“ 8 Februari 2026





Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jabatan Teknologi Digital Dan Inovasi, Aras 7, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
Kota Kinabalu
88400