30/08/2026
HARI KEDUA - KEJOHANAN KRIKET MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) TAHUN 2026
Pendidikan dan Sukan
30/08/2026
HARI KEDUA - KEJOHANAN KRIKET MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) TAHUN 2026
29/08/2026
KEJOHANAN KRIKET MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) TAHUN 2026
12/08/2026
KEJOHANAN HOKI MSS KELANTAN 2026 β BAWAH 18 TAHUN LELAKI
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah memberikan saingan hebat sepanjang kejohanan.
π₯ Johan β MSSD Kota Bharu (S)
π₯ Naib Johan β MSSD Pasir Mas
π₯ Ketiga β MSSD Tumpat
π
Keempat β MSSD Bachok
Tahniah kepada pasukan yang berjaya!
Terima kasih dan penghargaan kepada semua pasukan, jurulatih, pengurus, pegawai serta semua yang terlibat atas komitmen, semangat kesukanan dan persaingan yang ditunjukkan.
Syabas semua! Teruskan kecemerlangan hoki Kelantan!
12/08/2026
π KEPUTUSAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR
KEJOHANAN HOKI BAWAH 18 TAHUN LELAKI MSS KELANTAN 2026
Alhamdulillah, selesai sudah aksi peringkat separuh akhir.
Tahniah kepada pasukan yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir, manakala dua lagi pasukan akan berentap bagi merebut tempat ketiga dan keempat. ππ₯
π PERLAWANAN AKHIR
MSSD Kota Bharu (S) π MSSD Pasir Mas
π₯ TEMPAT KETIGA & KEEMPAT
MSSD Tumpat π MSSD Bachok
π
12 Ogos 2026 (Rabu)
π Stadium Hoki Kijang Emas, Pasir Mas
Syabas kepada semua pasukan atas semangat juang yang ditampilkan. Kini, hanya satu langkah terakhir untuk bergelar JUARA MSS Kelantan 2026! πͺπ
Teruskan perjuangan. Kejar kejayaan! π₯π
11/08/2026
Kejohanan Hoki Bawah 18 Tahun Lelaki MSS Kelantan 2026
Alhamdulillah, tamat sudah saingan peringkat kumpulan. Tahniah kepada empat pasukan yang berjaya mengisi slot ke peringkat separuh akhir!
π
12 Ogos 2026 (Rabu)
π Stadium Hoki Kijang Emas, Pasir Mas
π 8:10 pagi β MSSD Kota Bharu (S) π MSSD Bachok
π 9:10 pagi β MSSD Pasir Mas π MSSD Tumpat
Tahniah semua pasukan! Teruskan perjuangan, kejar kejayaan!
10/08/2026
KEPUTUSAN HARI PERTAMA
Kejohanan Hoki MSS Kelantan 2026 (B18 Lelaki)
Aksi pembukaan menyaksikan perlawanan yang sengit dengan setiap pasukan memberikan saingan terbaik di padang!
Tahniah kepada pasukan yang berjaya mencatat kemenangan dan syabas juga kepada semua pasukan atas semangat juang yang dipamerkan
Perjalanan masih jauh β teruskan fokus, kekalkan momentum dan berikan yang terbaik dalam perlawanan seterusnya!
Ayuh terus hadir memberi sokongan kepada pasukan pilihan anda!
Bersama Mencipta Kejayaan, Melahirkan Juara!
09/08/2026
JADUAL KEJOHANAN HOKI MSS KELANTAN 2026
Kategori Bawah 18 Tahun Lelaki
π
10 β 12 Ogos 2026
π Stadium Hoki Kijang Emas, Pasir Mas
π 8.00 pagi β 6.30 petang
Kejohanan Hoki MSS Kelantan 2026 kembali lagi dengan aksi yang lebih sengit dan penuh semangat!
Pasukan-pasukan terbaik dari setiap daerah akan berentap dalam saingan peringkat kumpulan sebelum melangkah ke separuh akhir dan seterusnya ke perlawanan akhir.
π Kumpulan A
MSSD Kota Bharu (U)
MSSD Tanah Merah
MSSD Tumpat
MSSD Kota Bharu (S)
π Kumpulan B
MSSD Bachok
MSSD Pasir Mas
MSSD Machang
MSSD Jeli
π Jadual penuh perlawanan adalah seperti dilampirkan.
Ayuh hadir beramai-ramai bagi memeriahkan kejohanan serta memberikan sokongan padu kepada pasukan daerah masing-masing!
Bersama Mencipta Kejayaan, Melahirkan Juara!
30/07/2026
π KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN HOKI MSS KELANTAN 2026
Kategori Bawah 18 Tahun Perempuan
Tahniah kepada semua pasukan yang telah mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan.
π Keputusan Akhir: π₯ Johan β MSSD Pasir Mas
π₯ Naib Johan β MSSD Kota Bharu Selatan
π₯ Tempat Ketiga β MSSD Tumpat
π
Tempat Keempat β MSSD Machang
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemain, jurulatih, pengurus pasukan, pegawai kejohanan, pengadil serta para penyokong yang telah bersama-sama menjayakan Kejohanan Hoki MSS Kelantan 2026.
Semoga kejohanan ini terus menjadi medan melahirkan bakat-bakat hoki yang cemerlang demi kecemerlangan sukan Kelantan dan Malaysia.
Hoki Kita, Semangat Kelantan! πππ