Kelantan Futsal Team

Kelantan Futsal Team

Share

Ikuti perkembangan pasukan futsal Kelantan FT yang beraksi di Malaysia Premier Futsal League Divisyen 2 bagi musim 2025.

25/08/2026

Kelantan Futsal Team Intai Penaja Baru selepas berakhirnya kontrak tajaan Ace Hub Sdn Bhd (AUSS) Ogos 2026. Adakah masih ada penaja utama yang akan menyertai Kelantan FT atau adakah era Kelantan FT akan kembali suram di pentas futsal Malaysia (khususnya dalam program pembangunan sukan futsal)? Sama-sama kita doakan rezeki untuk Kelantan FT masih ada untuk terus bernafas di pentas arena futsal Malaysia.

Rekod di pentas kebangsaan sepanjang projek futsal Kelantan FT bersama AUSS :
Malaysia Premier Futsal League 2024 (Divisyen 2) - Juara
Malaysia Premier Futsal League 2025 (Divisyen 2) - Tempat Ke 6
Kejohanan Futsal Bawah 19 Tahun Kebangsaan 2025 - Juara
Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 - Wanita (Kumpulan), Lelaki (Suku Akhir)



18/08/2026

Kelantan terpaksa akur apabila tewas kepada juara bertahan, Selangor dalam aksi suku akhir sebentar tadi.

Namun begitu, aksi dan semangat juang para pemain kita tetap wajar dipuji. đź’Ş

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua penyokong yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan dari awal hingga wisel penamat. 🙏

Futsal - SUKMA XXII Selangor 2026 18/08/2026

Kelantan vs Selangor
Suku Akhir : Futsal Lelaki SUKMA XXII

Futsal - SUKMA XXII Selangor 2026 SUKMA XXII SELANGOR 2026 – Futsal LIVESelamat datang ke siaran la...

18/08/2026

Jadual hari ini untuk Kelantan Futsal Team bagi saingan Suku Akhir SUKMA SELANGOR 2026 menentang juara bertahan, Selangor manakala dapat makluman menyatakan perlawanan persahabatan Kelantan Red Warrior FC menentang Nasrom FC yang dijadualkan pada hari ini telah dibatalkan dan diganti dengan sesi latihan sahaja.




Photos from Kelantan Futsal Team's post 18/08/2026

Sesi pemanasan badan pasukan futsal Sukma Kelantan sebelum perlawanan suku akhir sebentar lagi.

17/08/2026

Ayuh rakyat Kelate yang berada di Lembah Klang, esok kita gamatkan suasana di Stadium KOMBES Shah Alam!

Jom turun beramai-ramai, berikan sokongan kepada pasukan negeri kita!

15/08/2026

Kelantan membuka tirai saingan futsal SUKMA XXII Selangor 2026 dengan keputusan seri 1-1 menentang Wilayah Persekutuan dalam aksi pertama pagi tadi.

Photos from Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok's post 13/08/2026
Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kota Bharu
16060