Evolution Combat MuayThai Club
Pusat pembangunan latihan Sukan Muay Thai di Kluang, Johor. Terbuka kepada sesiapa saja Warga Kluang yang ingin belajar seni pertahanan diri dari Thailand ini.
31/07/2026
🔥 OPEN ORDER T-SHIRT MUAYTHAI JOHOR 🔥
Ini bukan sekadar baju, ini identiti pejuang Muaythai Johor..
Kalau korang orang Johor yang menyokong atau bangga dengan Muaythai Johor, inilah masanya untuk memilikinya!
⏳ OPEN ORDER HANYA SEHINGGA AHAD INI!
Selepas itu tempahan akan DITUTUP dan pengeluaran akan diteruskan. Tiada stok ready made.
✅ Material berkualiti
✅ Design eksklusif
✅ Sesuai untuk training & dipakai harian
✅ Tidak akan dijual lagi selepas hari Isnin 3 Ogos 2026
📩 Nak order? DM je..
“Wear the Pride. Fight with Honor.” 🥊🔥
“Anak asyik main phone? Cepat mengalah? Kurang keyakinan diri?
Bayangkan dalam beberapa bulan…
🥊 Anak yang dulu lembik, kini lebih cergas.
🥊 Anak yang dulu pemalu, kini lebih yakin.
🥊 Anak yang dulu mudah putus asa, kini lebih berdisiplin dan berani.
Di kelas Muay Thai kami, kami bukan sekadar ajar cara menumbuk dan menendang.
Kami bina disiplin, fokus, hormat, keyakinan diri dan mental yang kuat.
Biar penat di gelanggang, daripada hanyut dengan telefon.
Hadiah terbaik untuk anak bukan gajet baru… tetapi karakter yang kuat untuk masa depan.
📩 Tempat adalah terhad. Hubungi kami sekarang dan beri peluang kepada anak anda untuk berubah menjadi versi terbaik diri mereka.
Coach Echan
Transform Anak, Bina Juara.
Semoga team Muaythai negeri Johor dipermudahkan segala urusan dan beroleh kemenangan! 🔥🔥🔥
04/07/2026
Alhamdulillah…fly high Evolution Combat!
2 atlet Muay Thai harumkan Malaysia di pentas dunia - 'Tahniah Yousef & Mikael' Dua atlet Muay Thai dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ping Ming, Kluang, Johor mencipta kebanggaan apabila berjaya mengharumkan nama sekolah,...
25/06/2026
21/06/2026
“Di sebalik sekeping pingat, ada ribuan tendangan yang tak dilihat, ada titisan peluh yang tak dihitung dan ada air mata yang tak pernah diceritakan.”
Hari ni, mereka berdiri di pentas dunia bukan kerana bakat semata-mata, tapi kerana keberanian untuk terus bangkit setiap kali jatuh. Dari gelanggang kecil tempat mereka bermula hingga ke pentas 1st IFMA Muaythai School World Championships 2026, mereka bawa bersama harapan keluarga, doa coaches dan maruah Jalur Gemilang..
🥇 Yousef – Emas
Budak ni rare. Nak ikutkan, dia ni paling banyak main, s**a buat orang terhibur dan kadang-kadang coach pening dengan soalan-soalan dia yang menguji kesabaran..😂 Berkat kena rotan dengan coach dan tak serik dengan kesakitan masa latihan, dia berjaya jadi juara dunia dalam kategorinya..
🥈 Umar – Perak
Baru umur 9 tahun, budak yang paling berdisiplin, rajin, beradab dan sopan, dia antara budak yang sentiasa letak 100% effort masa latihan. Inshaa Allah di satu masa nanti, tak mustahil dia akan jadi seorang atlet yang disegani..
🥉 Mikael – Gangsa
Abang kepada Yousef. Budak ni pada awal belajar Muaythai dulu, agak montel, selalu anxiety dan takut sakit. Berkat latihan yang konsisten, dia dah buktikan untuk jadi antara top 3 terbaik dunia dalam kategorinya. Pingat gangsa bukan penamat. Ia adalah permulaan kepada impian yang lebih besar dan sasaran yang lebih tinggi..
Kepada semua atlet muda, ingatlah…
Juara bukanlah mereka yang tak pernah kalah. Juara adalah mereka yang memilih untuk terus berjuang walaupun penat, walaupun sakit, walaupun seluruh dunia meragui kemampuan mereka..
Hari ni, pihak sekolah, daerah Kluang, negeri Johor dan Malaysia tidak hanya meraikan pingat tetapi meraikan keberanian, disiplin, pengorbanan dan semangat seorang atlet Muaythai..
🇲🇾 Dari Kluang ke pentas dunia..
Masa depan Muaythai Malaysia sedang dibina oleh anak-anak ini..
“Impian yang besar bermula daripada seorang anak kecil yang berani percaya bahawa dirinya mampu.” 🇲🇾🥊🏆
Evolution Combat Muaythai Club
- Coach Echan
21/06/2026
Day 5 World Muaythai School Championship 2026 (Final Day)
20/06/2026
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
YOUSEF TELAH BERJAYA BAWA PULANG PINGAT EMAS SEKALIGUS MENJADI JUARA DUNIA DALAM KATEGORINYA!
20/06/2026
TAHNIAH UMAR AYDEEN YANG TELAH MERAIH PINGAT PERAK SEKALIGUS MENJADI TEMPAT KEDUA TERBAIK DUNIA DALAM KATEGORINYA!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No. 4, Tingkat 1, Jalan Indah 1/4, Taman Kluang Indah
Kluang
86000
Opening Hours
| Monday | 18:00 - 22:00 |
| Tuesday | 18:00 - 22:00 |
| Wednesday | 18:00 - 22:00 |
| Thursday | 18:00 - 22:00 |
| Friday | 18:00 - 22:00 |
| Saturday | 18:00 - 22:00 |