Kelas G5 Buah pukul Dewasa ,
Bubuh semua orang boleh bubuh tapi bubuh yang macam mana ,
Bila Dah faham sifir pukul baru senang nak faham cara guna ikut kesesuaian keadaan 😊 ,
Dan perlu selalu ingat Budi bicara yang ada dalam pukul , Silap letak pada keadaan jatuh zalim .
Gayang 5 Kluang
Gelanggang virtual aktiviti silat gayang 5 kluang
Dalam lian ada buah , Dalam buah ada pukul ,
Dalam pukul ada rahsia , Dalam rahsia ada Rahsia .
Nak tahu rahsianya ,
Perlu kenal dulu lian , perlu kenal dulu pukul ,
Dah kenal perlu tahu nama-namanya p**a,
Baru boleh kenal rahsia .
Kelas Buah Pukul untuk dewasa on tiap minggu Sabtu-ahad ,
yang mana dekat nak join boleh hadir jam 8.30-10.30pm .
20/08/2026
TEKAD
Perisai VS Penumbuk ,
Itulah bentuk kebanyakan lambang dan logo yang ada dalam Seni Beladiri Buah pukul .
Pada kami dua bentuk inilah yang menjadi teras dan asas untuk belajar Seni Beladiri Buah Pukul .
*Sekadar ingin tahu pandangan semua , tuan-tuan lebih s**a latih perisai ke atau penumbuk ?
Bila Lihat paklong yang tak pernah pudar semangatnya ,
Kami pun jadi lebih bersemangat ,
17/08/2026
Harini Guru besar Turun Gelanggang ,
Terima kasih paklong sudi hadir melihat kami berlatih lian dan memberi teguran kepada generasi seterusnya .
Apa yang kami nampak ,
Semangat paklong tak pernah pudar walau generasi ke generasi silih berganti .
17/08/2026
Pilihan tu ada banyak jenis ,
Terkadang pilihan tu datang sama ada
BUANG ATAU BAIKI ,
Kalau kamu dalam situasi untuk memilih ,
Kamu pilih yang mana ?
Cara kami bersantai beginilah rupanya kat mana-mana pun boleh gelek 😁 .
14/08/2026
Bila belajar perlu ulangkaji ,
Bila ulangkaji perlulah latih ,
Bila latih perlu sungguh-sungguh ,
Barulah usaha membuahkan hasil .
05/08/2026
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Doa Selamat sempena Pembukaan Gelanggang Silat Gayang Lima Kluang anjuran KRT Taman Seri Suria, Kluang, Johor.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur serta seluruh warga KRT Taman Seri Suria atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk bersama-sama menghidupkan serta memartabatkan warisan Seni Silat Gayang Lima dalam kalangan masyarakat Kluang.
Insya-Allah, kami akan terus berusaha berkongsi ilmu, membentuk sahsiah, memupuk disiplin dan mengeratkan ukhuwah melalui seni silat yang menjadi warisan bangsa.
Semoga gelanggang ini menjadi tempat lahirnya generasi yang berakhlak, berdisiplin, berani dan cintakan budaya serta warisan Melayu.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
NO 1, TINGKAT, 2, Jalan Aman 1, Taman Aman, Kluang Darul Ta'zim
Kluang
86000