Kesdat

Kesdat

Share

Kelab Kebajikan Dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Klang

Photos from Kesdat's post 12/06/2026

๐’๐จ๐ซ๐จ๐ญ๐š๐ง ๐‚๐ž๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ก ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐€๐ฐ๐š๐ฅ ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ซ๐š๐ฆ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡

Alhamdulillah, Ceramah Sempena Awal Muharam 1448H bertajuk โ€œHijrah Menuju Redha Allahโ€ telah berlangsung pada 12 Jun 2026 di Auditorium Pejabat Daerah dan Tanah Klang dengan penyampaian oleh Ustaz Naim Sadoon.

Terima kasih kepada penceramah dan semua yang hadir. Semoga perkongsian yang disampaikan memberi manfaat serta menjadi inspirasi untuk terus berhijrah ke arah kebaikan dan memperoleh redha Allah SWT.



26/05/2026

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

ู„ูŽู† ูŠูŽู†ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ูุญููˆู…ูู‡ูŽุง ูˆูŽู„ูŽุง ุฏูู…ูŽุงุคูู‡ูŽุง ูˆูŽู„ูŽู€ูฐูƒูู† ูŠูŽู†ูŽุงู„ูู‡ู ุงู„ุชู‘ูŽู‚ู’ูˆูŽู‰ูฐ ู…ูู†ูƒูู…ู’

โ€œDaging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.โ€

โ€” Surah Al-Hajj: 37 โ€”

Aidiladha mengajar kita bahawa nilai sebuah pengorbanan bukan terletak pada apa yang diberikan semata-mata, tetapi pada keikhlasan hati, ketakwaan dan kesungguhan dalam mencari keredhaan Allah SWT.

Semoga sambutan Aidiladha ini menyemarakkan rasa syukur, memperkukuh ukhuwah dan menyuburkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja.

Ikhlas daripada
๐Š๐„๐’๐ƒ๐€๐“
Kelab Kebajikan dan Sukan
Pejabat Daerah dan Tanah Klang




Photos from Kesdat's post 22/05/2026

MENJUNJUNG KURNIA TUANKU SEMPENA ISTIADAT PENGURNIAAN PINGAT-PINGAT NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor berkenan mengurniakan pingat kepada 225 penerima dalam istiadat bersempena dengan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke-80 pada 20 Mei 2026 bersamaan 3 Zulhijjah 1447H bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

YBrs. Tuan Amri bin Ismail, Pegawai Daerah Klang merangkap Penaung KESDAT, YBrs. Puan Nur Afizah binti Ahmad, Pengerusi KESDAT serta seluruh wargakerja Pejabat Daerah dan Tanah Klang merakamkan sekalung tahniah kepada penerima dari jabatan ini.

Semoga terus cemerlang berkhidmat untuk Negeri Selangor Darul Ehsan.






Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

11/05/2026

Terima kasih untuk jasa, tunjuk ajar serta sumbangan puan bersama KESDAT

Jasamu dikenang dan selamat maju jaya kepada Puan Waheeda binti Md Hussain yang berpindah ke Jabatan Agama Islam Selangor - Rasmi berkuatkuasa 11 Mei 2026.

Terima kasih di atas khidmat bakti puan sepanjang perkhidmatan di Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Berpengalaman sebagai Penolong Pegawai Daerah di Unit Pembangunan Masyarakat, Bahagian Pembangunan Luar Bandar dan Unit Hasil, Bahagian Pengurusan Tanah.

Pernah memegang portfolio sebagai Penolong Pegawai Pengurus (ARO) N.42 Meru bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 dan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Selangor Ke-15 selama berada di pentadbiran ini. Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor

"Keep in touch and strengthen our ukhwah" - YBrs Tuan Amri bin Ismail, Pegawai Daerah Klang

BERSATU ERAT MAJU

10/05/2026

๐ŸŒท ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ŸŒท

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah ๏ทบ lalu bertanya:
โ€œSiapakah manusia yang paling berhak aku berbuat baik kepadanya?โ€
Baginda menjawab: โ€œIbumu.โ€
Dia bertanya lagi: โ€œKemudian siapa?โ€
Baginda menjawab: โ€œIbumu.โ€
Dia bertanya lagi: โ€œKemudian siapa?โ€
Baginda menjawab: โ€œIbumu.โ€
Kemudian Baginda bersabda: โ€œKemudian ayahmu.โ€
โ€” Riwayat al-Bukhari & Muslim โ€”

Semoga segala pengorbanan, kasih sayang dan doa seorang ibu sentiasa dibalas dengan rahmat, kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan. ๐Ÿ’–

Ikhlas daripada
๐Š๐„๐’๐ƒ๐€๐“
Kelab Kebajikan dan Sukan
Pejabat Daerah dan Tanah Klang




01/05/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Klang atas dedikasi, komitmen dan khidmat bakti dalam memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

โœจ Pekerja Madani, Kesuma Bangsa

Semoga setiap usaha diberkati dan dipermudah. Terima kasih atas jasa anda.

Selamat Hari Pekerja! ๐Ÿ’›

Ikhlas daripada:
Kelab Kebajikan dan Sukan (KESDAT)
Pejabat Daerah dan Tanah Klang

Photos from Kesdat's post 10/04/2026
20/03/2026

๐“ข๐“ช๐“ต๐“ช๐“ถ ๐“๐“ฒ๐“ญ๐“ฒ๐“ต๐“ฏ๐“ฒ๐“ฝ๐“ป๐“ฒ 1447๐“—

๐ต๐‘ข๐‘›๐‘”๐‘Ž ๐‘Ž๐‘๐‘– ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘‘๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘š ๐‘‘๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ž๐‘š,
๐พ๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘˜-๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘˜ ๐‘Ÿ๐‘–๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘œ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘˜ ๐‘”๐‘’๐‘š๐‘๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž,
๐‘‡๐‘Ž๐‘˜๐‘๐‘–๐‘Ÿ ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘”๐‘’๐‘š๐‘Ž ๐‘ ๐‘Ž๐‘ฆ๐‘ข๐‘ ๐‘‘๐‘– ๐‘š๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š,
๐‘†๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž๐‘™ ๐‘ก๐‘–๐‘๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž ๐‘๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘”๐‘–๐‘Ž.

Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Klang (KESDAT) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

Semoga Syawal ini membawa kegembiraan, keberkatan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita.



Photos from Kesdat's post 18/03/2026

๐ŸŒ™ ๐“œ๐“ช๐“ณ๐“ต๐“ฒ๐“ผ ๐“š๐“ฑ๐“ช๐“ฝ๐“ช๐“ถ ๐“๐“ต-๐“ ๐“พ๐“ป๐“ช๐“ท ๐“Ÿ๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ท๐“ฐ๐“ด๐“ช๐“ฝ ๐“Ÿ๐“ฎ๐“ณ๐“ช๐“ซ๐“ช๐“ฝ ๐““๐“ช๐“ฎ๐“ป๐“ช๐“ฑ ๐“ญ๐“ช๐“ท ๐“ฃ๐“ช๐“ท๐“ช๐“ฑ ๐“š๐“ต๐“ช๐“ท๐“ฐ 2026

Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat PDT Klang 2026 pada 18 Mac 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Musala Tafwidh Al-Amr.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Daerah Klang, YBrs. Tuan Amri bin Ismail, bersama Encik Abd Razak bin Maksud, KPPD (Pembangunan) serta Puan Azniza binti Azmi, KPPD (Khidmat Pengurusan).

Program ini merupakan kemuncak kepada penglibatan 11 Kumpulan Tadarus KESDAT 2026 yang telah berlangsung sepanjang tempoh 24 Februari 2026 hingga 13 Mac 2026, sebagai usaha menyemarakkan budaya membaca dan menghayati al-Quran dalam kalangan warga PDT Klang. Majlis turut diisi dengan sesi pentaddaburan surah pilihan sempena World Quran Hour yang telah disampaikan oleh Encik Hafizzudin bin Kadir, Ketua Unit Pengurusan Masjid, Pejabat Agama Islam Daerah Klang.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini serta kepada warga PDT Klang yang turut serta mengimarahkan majlis.

Maka dengan ini, berakhirlah Program Ramadan KESDAT bagi tahun 1447H dengan penuh pengisian dan keberkatan.

Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima dan terus memberi manfaat dalam kehidupan kita semua.





Photos from Kesdat's post 11/03/2026

๐ŸŒ™ ๐“Ÿ๐“ป๐“ธ๐“ฐ๐“ป๐“ช๐“ถ ๐“‘๐“พ๐“ซ๐“พ๐“ป ๐“›๐“ช๐“ถ๐“ซ๐“พ๐“ด ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ซ๐‘จ๐‘ป ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Alhamdulillah, ๐‘ƒ๐‘Ÿ๐‘œ๐‘”๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘š ๐ต๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘Ÿ ๐ฟ๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘ข๐‘˜ ๐พ๐ธ๐‘†๐ท๐ด๐‘‡ pada 10 Mac 2026 telah berlangsung dengan jayanya melalui gotong-royong ahli KESDAT, bersama penyertaan PUSPANITA Daerah Klang.

Sebanyak dua periuk bubur lambuk disediakan oleh KESDAT untuk warga Pejabat Daerah dan Tanah Klang, manakala satu periuk lagi disediakan oleh PUSPANITA Daerah Klang untuk diagihkan kepada agensi-agensi sekitar.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Daerah Klang, YBrs. Tuan Amri bin Ismail, yang sudi bersama-sama menyantuni para sukarelawan di kalangan Ahli KESDAT dan juga Ahli PUSPANITA Daerah Klang. Beliau juga telah menyempurnakan penyerahan bubur lambuk kepada wakil-wakil unit di Pejabat Daerah dan Tanah Klang serta wakil PUSPANITA sebagai simbol kebersamaan dan perkongsian rezeki sempena bulan Ramadan.

Tahniah kepada Biro Agama KESDAT atas penganjuran program ini dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.

Semoga program seperti ini terus mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga PDT Klang sepanjang bulan Ramadan.





Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Klang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00